Ini adalah entry last dari aku.Mungkin cenderawasih berlari akan berhenti untuk seketika untuk memberi laluan iklan pada penaja.hehehehe.Lama dah aku tak buat puisi.Kerana ilham tu tak datang.Mungkin kerana mud aku dah berubah.Kali ni aku nak persembahkan sebuah puisi untuk seseorang yang selalu menemani CENDERAWASIH dalam kesunyian mauhupun dalam tekanan.Ada masa CENDERAWASIH BERLARI pasti akan kembali lagi.Kita jumpa lagi.^L^,...
Rabu, 16 November 2011
Selasa, 15 November 2011
MALU BESAR
Wakakakaka.......malu besar kali ni kat seorang blogger.hahahahahaha.nasib baik shoutmix die private.kalau tak tebal muka teman..hahahaha.tu lah gelojoh sangat baca entry orang.sampai apa yang di sampaikan tak faham.bila baca balik2 baru faham macam mana game tu hahahaha.Sebab aku tak penah main benda ni.Korang tgok lah mcm mana reaksi aku malu tadi kat bawah ni........malu...malu..malu...
hahahahaha yang ni bukan aku beb.reaksi jer macam ni tadi pas tu jadi macam kat bawah.hahahaha |
- Pakai HP ape ?
- HP BIASA JER :p
- Jenama HP ?
- NOKIA :p
- Korang adore JB takk ?
- YG NI AKU X FAM.HAHAHAHA
- Agak2 korang kenapa lebih ramai blogger perempuan berbanding lelaki ?
- RASANYA LELAKI BANYAK YANG X MINAT ON9
- Lelaki lebih Player atau perempuan ?
- PEREMPUAN LAH HAHAHA
- Minat cerita indons tak ?
- MINAT GAK LAH.
- Kalau minat , cerita apa ? & sebab apa ?
- KCB,AAC N MAK INGIN NAIK HAJI.SEBAB MORAL TRLLU TNGGI
- Suka najwalatif ?
- X MINAT.
- If ada bf , bf korang rapat SEMACAM dgn rakan kau . U HOT tak ?
- AKU NORMAL,XMINAT NGAN LAKI.MNDE BF.HAHAHAHAHA
- kau layan ROCK lagu ?
- JERITAN BATINKU AZLAN.
- Suka kawan dgn minah2 badget HOT STUFF ?
- BERKAWAN XPE.YG PENTING PNDAI JAGA DRI.
ok yang tag aku ni sebenarnya blogger aree@arisha.aku tak pndai tag sebenarnya.apa2 pn thanx pada beliau kerana men tag cenderawasih dlm game tu.hahahaha ni.link blog die.
aku harap betul lah ape yang aku buat ni.hahahahaha
penuh kot shoutmix die aku jwb dlm tu td.hahahaha
ayie reshque ^L^,
Jumaat, 11 November 2011
LUKISAN ALAM
Tengok lah pic mana yang cantik antara semua ni.....
Setiap gambar punya nama tersendiri.hahahaha.korang
pilih lah mana yang cantik.
![]() |
(PERMAIDANI DI SULAMI BENANG KUNING) Tempat ni cantik sebenarnya.aku tertarik sangat tengok rumput tu semua warna kuning.Rumput ni menjalar. |
(BATUAN PERMAINAN DUYUNG)
Tengok batu-batuan ni pula.Aku suka sangat tengok.
sebab tu aku ambik gambar.Cantik la.
(PERMATA PUTERI SI BATU)
Tengok cengkerang ni pulak.Corak yang warna merah-
merah tu.Macam ada orang lukis.Tapi tu semula jadi.
Cantik.
(TAMAN PUTRA KEDAMAIAN)
Gambar ni pula paling aku suka.Tengok pemandangan
ni memang tenang di buatnya.Aku nak tangkap gambar
kat atas batu tu.Tapi tak ada orang nak ambik.
terasa rugi sesangat.
ayie reshque ..^L^,
Ahad, 6 November 2011
CIUMAN LIPAN DI HARI RAYA
Entry kali ni aku tak buat puisi.Aku nak mengadu cikit.ok aku cerita terus.Jam satu lebih waktu subuh.Tengah malam lah.Sedap-sedap jer layan mimpi tiba-tiba saja aku sedar.Aku rasa sakit kat bahu belakang sebelah kanan.Jujur lah malam kadang-kadang aku tidur x pakai baju.Bungkus dengan selimut jer.Tapi suar pakai lah.Jangan korang otak kuning dah lah.hahahaha..Aku bangun lah dari tidur,lain macam jer aku rasa bahu kat belakang belah kanan,rasa sakit sangat.Macam dah di sengat sesuatu.Tapi memang betul lah ada benda yang dah sengat.Bisa gak lah aku rasa,memang x leh nak tidur di buatnya.Aku tengok kat cermin memang sengatan lipan.sakit beb.Meroyan aku di buatnya tengah-tengah malam.Tapi aku diam jer.Tak nak heboh dengan dorang.Lagi-lagi dengan mak.Aku tahan sakit jer lah,cari ubat sapu sendiri.Pagi nak sambut raya haji.Apa malang la nasib.cian ngan aku.Yang pelik..dari mana datangnya lipan tu.Aku tak dapat kesan pun kat mana lipan tu.Lepas macam tu jer.Sampai sekarang pun bahu aku masih sakit.Lemah semacam jer.Jujur lagi sekali.
Isnin, 31 Oktober 2011
Selasa, 25 Oktober 2011
KISAH SI BUTA
Ini kisah si buta
aku menulisnya
hanya dengan sebatang pena
dia bercerita dalam tangisannya
di samping aku duduk bersama
kau manusia cukup bertuah
punya mata yang sempurna
menikmati ciptaanya yang terindah
dan kau ego memilikinya
tidak sepertiku hidup dalam gelap gelita
malam dan siang susah aku nak beza
sekadar mendengar manusia bercerita
betapa indahnya bulan bercahaya
di temani bintang-bintang di angkasa
saat menunggu terbitnya sinar sang suria
malah aku hanya bermain dengan minda
berimeginasi dengan suasana
bagaimana rupanya cahaya
apa pula kaitannya bulan,bintang dan suria...
dan aku masih setia
mendengar setiap bicara
dari bibir tua si buta
kisahnya buat mataku terbuka
melihat nikmat yang diberi percuma
kisahnya juga buat hatiku sedar dari lena
nikmat tuhan manakah yang kita dusta?
si tua terus bercerita...
dalam sujudku aku pernah berdoa
meminta sesuatu daripada tuhan yang maha esa
semoga allah panjangkan usia
walaupun hidupku tak sempurna
bukan seperti manusia biasa
aku sering di hina
insan sepertiku hanya menyusahkan saja
tapi aku tidak pernah lupa
yang membezakan manusia mulia
hanya iman dan taqwa
apa guna andaiku punya mata
jika maksiat menguasai dunia
pasti aku tidak akan terlepas dari berbuat dosa
dan aku lebih suka buta
dan terus buta selamanya
andai ini adalah takdir darinya
dan biar lah aku jauh dari dunia manusia
asalkan aku tidak jauh darinya
dia lah tuhan yang maha pencipta.
AYIE RESHQUE ^L^,
Selasa, 18 Oktober 2011
TAK SEMPURNA
sekelip mata
se akan tak percaya..
dunia semakin berusia..
aku pula kini semakin dewasa,,
semua benda dah tak sama..
tapi aku tetap manusia biasa..
berbuat pahala dan dosa..
kadang-kadang berlaku tanpa di duga.
dulu aku kecil saja
lalu aku remaja,,
kini aku dewasa,,
nanti aku akan tua..
kemudian aku akan bertemu dengannya
dia lah tuhan yang maha esa
tak sempurna
jujur aku tak sempurna
bukan seperti yang kau duga
aku cacat..
aku buta walaupun aku ada mata..
aku cacat..
aku pekak walaupun aku ada telinga,,
aku cacat..
aku bisu walaupun aku ada suara
aku cacat..
aku lumpuh walaupun tubuhku sempurna
apa guna itu semua
andai aku terus leka dengan dunia
dosa berlipat ganda
pahala secebis cuma
ajal pula semakin tiba.
ayie reshque..... ^L^,
Jumaat, 14 Oktober 2011
BUKAN PUISI
hari ni satu kepuasan sebenarnya.dah lama nak update blog ni.akhirnya hari ini tanggal 14.oktober.2011.blog cenderawasih berlari berwajah baru.hasil usaha gigih aku sendiri.hahahahahaha.sebenarnya tak ada apa pun.setakat tukar tamplet saja la.hahahahaha.canti tak?...kalau cantik ianya khas untuk pengunjung2 blog cenderawasih berlari.hehehehe.nantikan karya-karya terbaru cenderawasih berlari lepas ni.hehehehe macam karyawan jer.hahahaha.sebuah pantun untuk pengunjung cenderawasih berlari..^L^,
dalam semak ada biawak,,
dalam mulut ada gigi,
saya nak ucapkan kepada awak,,
lain kali datang lag lagi,,
hehehehehe,,
ayie reshque....^L^,
dalam semak ada biawak,,
dalam mulut ada gigi,
saya nak ucapkan kepada awak,,
lain kali datang lag lagi,,
hehehehehe,,
ayie reshque....^L^,
Rabu, 5 Oktober 2011
BILA MASANYA
sendiri lagi?
biasa bagiku..
menghitung waktu..
hari semakin berusia
mengejar masa
mulut tak terkata
hati pula tak berdaya
jiwa memendam rasa
mata pula cemburu melihat bahagia
semua orang bergelak ketawa
bukan miliku
tapi punya mereka
dan aku pula bila?
hehehe ...
ayie reshque,,,,,, ^L^,
Isnin, 26 September 2011
Ahad, 18 September 2011
DI MANA KAH
aku tetap teguh disini,,
berdiri....
memilih jalan yang bakal aku lalui,,
sendiri...
itu yang pasti.
aku ingin memiliki sebuah lagi hati
yang tertulis namanya cinta..
AYIE RESHQUE ^L^,
Sabtu, 6 Ogos 2011
MONOLOG HATI PENGEMIS
PART 1
jangan dekatiku
nanti aku jatuh hati..
kenapa?
bila aku jatuh hati..
aku takut di lukai...
kenapa fikir macam tu?
mencintai namun tak di cintai..
mengharap tapi tak mampu memiliki..
kenapa awak rasa macam tu?
ianya menyakitkan..
bila ia melanda diri sendiri..
jadi apa yang akan awak buat jika ada yang mendekati?
hanya bermain dengan perasaan sendiri .
dan bermuhasabah diri.
layak kah awak di cintai?
masih belum layak di cintai..
tapi sentiasa saja mencintai..
kenapa awak mencintai sedangkan awak belum layak di cintai?
mencintai orang yang di cintai,,
bukannya mencintai harus aku miliki..
ayie reshque,,,^L^,...
nanti aku jatuh hati..
kenapa?
bila aku jatuh hati..
aku takut di lukai...
kenapa fikir macam tu?
mencintai namun tak di cintai..
mengharap tapi tak mampu memiliki..
kenapa awak rasa macam tu?
ianya menyakitkan..
bila ia melanda diri sendiri..
jadi apa yang akan awak buat jika ada yang mendekati?
hanya bermain dengan perasaan sendiri .
dan bermuhasabah diri.
layak kah awak di cintai?
masih belum layak di cintai..
tapi sentiasa saja mencintai..
kenapa awak mencintai sedangkan awak belum layak di cintai?
mencintai orang yang di cintai,,
bukannya mencintai harus aku miliki..
ayie reshque,,,^L^,...
Khamis, 4 Ogos 2011
RAMADHAN KU LALUI LAGI
khas untuk ramadhan ^L^,
setahun sekali..
ramadhan pasti aku lalui..
dan hari ini aku laluinya lagi.
alhamdullillah usia ku di lanjutkan lagi..
pada ketika ini hati ku masih lagi meragui
siapa sebenarnya hamba yang hina ini
mengaku islam dalam diri
mengaku beriman dalam hati
tapi hakikatnya
sering munkir janji padamu ya illahi
aku akui..
aku lemah dengan nafsuku sendiri..
sering saja mengikut kehendak hati
dan ku harap ramadhan kali ini
kau bantulah aku untuk memperbaiki diri
sebelum aku menemui mati
sesungguhnya ya allah
aku takut menerima buku amalan sebelah kiri
yang mencatit segala dosa yang aku nikmati
ya allah ya tuhanku
jangan buat aku merasa rugi
melalui ramadhan dengan pahala sedikit
sedangkan dosa tinggi berbukit-bukit.
semoga aku tidak tersesat lagi
sepanjang ramadhan kali ini..
ayie reshque.... ^L^,
Ahad, 24 Julai 2011
Aku pun tak tahu
ingin ku lukis gambaran cinta mu
di atas sekeping hati ku yang baru
akan ku coba buang semua kisah silam ku yang dulu
yang pernah datang sekadar mengecewakanku…
hadirmu ku harap akan membahagiakan setiap jagaku
bukan hanya untuk menghiasi mimpi-mimpi malamku
kemudian kau pergi meninggalkan aku
kesepian ……
sendirian lagi……
saat kau sendiri tak tahu..
aku sebenarnya memerlukanmu…
sebagai temanku
menemani masa-masa sepiku..
tapi…
siapa kah kau?..
aku belum lagi ketemu.
Ahad, 17 Julai 2011
aku bukan penulis
MIMIPI ITU AKU JADIKAN SEBUAH BUKU LALU AKU LONTAR IA KEDALAM TONG SAMPAH.YANG HANYA PERNAH MEMBACA KESEMUA MIMPI ITU HANYA LAH SEKELOMPOK KAWANAN SEMUT YANG MENCARI SISA-SISA MAKANAN UNTUK BERJUANG TERUS HIDUP.
aku bukan seorang penulis,,
mencipta cerita...
tentang perjalanan hidup ku sendiri..
aku cuma insan tahap biasa...
meluah apa yang di rasa...
tak pernah bertentang mata...
walau dengan sesiapa....
tapi hanya di atas sekeping kertas..
yang ku asingkan...
dari sebuah buku kosong...
di situ lah aku tulis...
semua mimpi yang pernah hadir.
dalam setiap lena ku..
ayie reshque,,,^L^,
Isnin, 11 Julai 2011
aku bukan yang dulu
hari ini..
aku merasa dingin sekali..
tersedar saja aku dari tidur..
terus ku nikmati gugurnya tetes embun pagi..
biar pun mentari kuning itu belum muncul lagi..
aku seakan masih lagi di buai mimpi tadi..
bersalam mencium tangan ayah..
erat memeluk tubuh ibu..
bermain bersama abang,kakak dan adik..
aku merasakan nikmat bahagia..
yang pernah melewati kehidupan ku yang dulu..
rindunya aku pada saat itu..
seakan mengores-gores tubuhku..
aku tersepit dalam kesepian..
suara mereka tak akan aku dengar lagi..
aku dah jadi pekak saat ini..
wajah mereka tak mampu aku lihat lagi..
aku juga sudah buta ketika ini...
antara siang dan malam..
bagiku hanya sama ku rentasi waktu..
tidak ada beza,,,
tidak punya rasa,,,
aku di kurung dalam penjara sepi..
gelap menemaniku..
sunyi jadi kekasihku..
air mata yang membanjiri ...
ku jadikan air wudhuk mensuci segala dosa-dosa..
yang pernah aku nikmati dulu.
aku kesal saat-saat itu..
punya mata..
tapi melihat benda-benda berdosa...
punya telinga..
mendengar benda yang tak berguna..
punya lidah..
mengata orang di sini sana...
bila nikmat sudah tiada
menyesal memang tak berguna
balasan menunggu di neraka..
^L^,... ayie reshque
Isnin, 4 Julai 2011
KEMANA SEMUA ORANG
aku tak punya siapa-siapa di dunia nyata....
siang dan malam hanya sunyi menemaniku...
aku sepi saat orang di sekeliling dah tak ada....
bila aku bertanya pada diri sendiri..
kemana semua orang telah pergi?
aku akan duduk di tepi jendela
melihat langit dan bintang...
seolah mereka saja yang ada...
kenapa kini aku rasa sendiri...
sedangkan dunia ini luas...
kemana-mana saja aku boleh pergi..
terbang bersama burung..
mendaki pelangi...
izinkan aku untuk merasa..
makna nikmat bahagia seketika..
walau hanya secebis cuma...
walau hanya sebesar titik embun..
asalkan aku mampu mengerti..
bagaimana rasanya bahagia...
yang di inginkan semua manusia...
ayie reshque,,^L^,
sedangkan dunia ini luas...
kemana-mana saja aku boleh pergi..
terbang bersama burung..
mendaki pelangi...
berenang bersama ikan di tasik....
izinkan aku untuk merasa..
makna nikmat bahagia seketika..
walau hanya secebis cuma...
walau hanya sebesar titik embun..
asalkan aku mampu mengerti..
bagaimana rasanya bahagia...
yang di inginkan semua manusia...
ayie reshque,,^L^,
Ahad, 19 Jun 2011
di bilik ini lah
AYIE RESHQUE ^L^,....
Rabu, 1 Jun 2011
kau cenderawasih aku kura-kura tak berkaki
cenderawasih
bagaikan sandiwara tanpa episod lagi
tekapar aku menanti di seberang lautan mati
aku mencari cinta abadi
namun cintamu hadir dalam sunyi
bila mataku melihat mentari
seakan rohku tak ada lagi
di bawa angin sepoi-sepoi pergi
menemanimu di sana bermadah sepi
jujur saja aku tak punya harga diri
mencintaimu sedalam lautan api
setinggi gunung melepasi pelangi
memujamu bagaikan seorang bidadari
kita berbicara dalam alunan puisi
meluahkan rasa antara dua hati
setiap kata ada makna tersembunyi
masing-masing sukar untuk mengerti
kini aku sedar kau hanya sebuah mimpi
yang hadir di saat aku sepi
kau membuatkan aku senyum bila merasa sendiri
ianya sudah cukup walau hanya dalam dunia fantasi
cenderawasih yang sedang terbang tinggi
aku hanya kura-kura yang tak berkaki
pernah mencintaimu sepenuh hati
kini kau terus sunyi
aku tak akan mengharap lagi
disaat kau sudah tak merindui
selamat tinggal cenderawasih terbang tinggi
walaupun kau secantik bidadari
aku akan terus menganggap ianya mimpi
sehingga lah saat aku menemui mati
tinggal lah sahabatku yang ada disini
membaca puisi yang aku tulis sendiri
ayie reshque...^L^,
Selasa, 31 Mei 2011
ayah
hahaha anak sape lah ni yang aku rembat ^L^, |
ayah
aku masih kecil waktu itu
kau menatapku dengan penuh rasa rindu
di wajahmu kau pecahkan empangan airmatmu
melihat aku si kecil dengan botol susu
terngiang-ngiang jeritan suaraku
membelah kesunyian di malam kau bersama ibu
ayah
kau menyapa raut wajahku
kau bisikan ketelingaku
sepotong ayat tanda kasih sayangmu
namun aku hanya sikecil yang hanya tahu menyusahkanmu
kau cuba memberhentikan tangisanku
tapi apa dayamu
aku hanya berusia 1 tahun 3 bulan 4 minggu
ayah
kau cuba membahagikan keluargamu
membanting tulang cuba untuk mengisi perut isteri dan anak-anakmu
setiap tetes peluhmu adalah nasi buatmu
namun di waktu kecil itu
aku hany tahu menangis tanpa mengendahkan kepayahanmu
apa yang kau berikan itulah makanan buatku
ayah
aku rindu dengan pelukanmu
aku rindu bila jemarimu mengusap belahan rambutku
aku rindu gelak tawamu bermain dengan tangisanku
aku rindu saat itu
aku rindu saat itu
.........................
ayie reshque....^L^,
Langgan:
Catatan (Atom)