Khamis, 23 Februari 2012

BIAR AKU SAJA YANG RASA



semalam
di sini lah kami berkumpul
sebuah rumah yang begitu meriah
ayah dan mak tersenyum gembira
melihat anak-anaknya yang dah bahagia
masing-masing dah punya keluarga
kecuali aku yang belum berpunya
abang sibuk dengan anaknya
masih seorang tapi dah cukup nakal
kakak pula sedang di dapur
masak untuk suaminya yang sedang tidur
anaknya bermain dengan anak abang
adik...sibuk melayan isterinya
maklumlah pengantin baru
tak putus-putus bercerita dengan mak dan ayah
dalam sayu ku selitkan tawa
aku hanya menumpang gembira mereka
bodoh lah aku bercerita yang aku sedang berduka
senyum ku lebarkan ketelinga
cemburu juga rasanya
bila melihat mereka bahagia
____________________________________

giliranku pula bila?
layak kah aku mengimpikan bahagia?
dalam keadaanku yang serba tak ada
ketika dadaku sakit
kepala bagai nak pecah
dalam jaga mahu pun lena
jantungku berdenyut lemah hinga tak bermaya
hanya aku seorang yang merasa
dalam menahan sakit yang tak terkata
aku sering bekurung di bilik yang tak ada sesiapa
jam aku rasakan seperti saat
begerak begitu pantas
mungkin usia ku bakal tamat
sebelum tiba hari kiamat

dan macam mana pula mereka?
bila aku dah tak ada
apa kah dunia mereka akan terus bahagia?
menangis kah mak dan ayah?
ada lagi kah senyum dan tawa?
mesti mengalir air mata mereka
mengenang aku yang dah di alam sana
abang,kakak dan adik,
mereka pula bagaimana?
ada kah mereka juga akan berduka?
kawan.....
mereka tau kah bila aku dah tak ada?
senyap tanpa berita
hilang secara tiba-tiba
mesti ingat aku dah lupa mereka
biarlah apa mereka kata..
aku mohon maaf andai aku pernah berdosa
gurauan ku semua bukan bermakna menghina
gurauan ku juga bukan bermakna mengata
ikhlas dari ku ingin melihat kamu ketawa
di samping aku menumpang bahagia..

kenalanku banyak di dunia maya
tempatku berhibur saat aku berduka
di situ lah aku jumpa bahagia
bersembang dengan manusia
walaupun tak kenal paras rupa
terima kasih semua
melihatkan aku erti bahagia
bukan air mata yang aku minta
hanya doa yang ikhlas mungkin menyejukkan aku di sana
aku hanya mengharap dan meminta
ada insan  yang akan terus berdoa

saat ini
aku masih lagi sehat..
jangan risau...
aku masih lagi mampu gelak ketawa.
betul..
berjalan kemana saja aku suka
mungkin... esok lusa aku dah tak ada
aku tak tahu bila..

.jangan sesekali jatuhkan air mata.


ayie reshque ^L^,.....

4 ulasan:

AkuOsi berkata...

awk pn boleh bahagia mcm mereka,,
hnya percaya pada takdirNya

>_<

AYIE RESHQUE berkata...

ya.hehehe wink2. >,<

Arzetha11 berkata...

Assalamualaikum wahai peraguuuuttt... hehehe
kan ku doa kan dirimu selalu kawan.. ^_^

Tanpa Nama berkata...

ayie nk kena sekeh ni. buat puisi yg camni.