Jumaat, 29 November 2013

MONOLOG HATI PENGEMIS 3



PART 3





aku bicara tentang merpati yang kepenatan
yang tak mampu mendendangkan siulannya
namun tak ada yang mengerti

aku bicara tentang warna pelangi yang ke lapan
warna yang terhasil dari sebuah kerinduan
namun tak ada juga yang mengerti

aku bicara lagi tentang puisi yang ku ciptakan
tentang rose merah yang masih kemerahan
sungguh tak ada juga yang mengerti..

aku bicara tentang awan putih yang membawa hujan di empangan
sedangkan gurun sahara kering kontang  ketandusan..
ternyata tak ada juga yang mengerti

aku bicara seperti  orang gila
entah kemana hilang siumannya
monolog yang tiada sudahnya


by ayie reshque






MONOLOG HATI PENGEMIS 2



PART 2



bukan sekali jiwa tenggelam dalam lautan buana
atau terperangkap dalam tembok karya yang tak tercipta
ketahui la...
puisiku bukan lah untuk jiwa yang sedang berlari.

ayie reshque

Selasa, 26 November 2013

DI PONDOK KECIL DI PANTAI OMBAK






"di.... pondok kecil...di pantai ombak..berbuih putih. beralun....alun..''

ia sebuah lagu...lagu lama.ustaz kazim pernah nyanyi lagu ni..suatu hari tu. ketika aku menonton tv keluar la iklan karoot komedia.dalam tu aku tedengar jep nyanyi lagu ni..tersentap hati aku masa tu.kemudian pencarian aku pada lagu tu pun bermula.lama aku cari..akhirnya hari ni...aku dapat juga cari lagu tu.berbelit tak ayat aku?...huhu..aku ni mudah sangat tersentuh masa tengok movie dan masa dengar lagu.tapi lagu ni buat aku nak nangis jer dengar.

lagu ni ada dua versi.satu ada muzik dan satu tak ada muzik.bagi aku yang tak ada muzik tu meresap sangat kat jiwa..korang percaya la.... pada hati-hati yang suci pasti menangis dengar lagu ni.ek elehhh kononya hati aku ni suci la ye.hehehe (poyo).heyyy korang kalau tak menangis.sentuh dada sebelah kiri pejam mata.tanya hati kenapa aku tak menangis? kenapa aku tak tersentuh?.pasti ada yang tak kena.klik link kat bawah.

http://www.4shared.com/mp3/_QqPgUcK/nadamurni_-_di_pondok_kecil.htm = <<< versi tak ada muzik


huhu aku jer yang sebenarnya ketinggalan.dah berkurun lagu ni sebenarnya.

''BUIH PUTIH''

bergetar jiwa dan sarafku
mendengar lagu tentang ayahku
perginya bukan seperti ombak
mengempas tepian pantai
datang dan kembali membawa buih putih
oh ayah...
kau pergi melepasi sempadan duniwi
menunaikan janji bertemu yang maha tinggi
tinggal la kami disini
berperang dengan diri sendiri

oh ayahku
doaku adalah hadiah buatmu
airmataku bukan tak merdhai pemergianmu
kenangan yang kau tinggalakan bersamaku
tak mungkin aku temui lagi

ya allah..
rahmati lah ayahku..
tempatkan lah dia kedalam taman-taman syurga
di temani dengan khairatun hisan
yang di cipta dari zafaran di syurga
semoga kau tenang di alam sana.

(untuk yang kehilangan ayah)
ayie reshque.



Selasa, 19 November 2013

PANCING IKAN BESAR TEKNIK POPPER


 Awal pagi lagi aku dah bangun.Semangat ingin memancing ikan haruan menggunakan teknik casting bekobar-kobar dalam diri aku pada pagi itu.Tepat jam 7.00 pagi aku bergegas ke tempat lokasi.Seperti biasa..aku menggunakan umpan jenis popper kecil untuk memikat haruan.

 Aku bertolak secara solo tanpa di temani sesiapa pun.Sampai saja di lokasi ,aku terus  melontar umpan yang aku bangga-banggakan selama ini.Bukan sekali dah berjaya aku jinakkan ikan haruan menggunakan teknik casting dengan umpan jenis popper.Tapi dah banyak kali juga berhasil.Tak lama!...satu sambaran dari bawah permukaan air menuju ke arah umpan yang aku baling tadi.Sayangnya terlepas,mungkin terlalu cepat aku menyentap pancing tadi.

 Dalam empat ke enam kali juga aku melontarkan umpan jenis popper itu ke permukaan air...masih tak ada lagi rentapan dari  arah bawah sana .Aku merehatkan diri seketika sekitar 30 saat ke 60 saat.Kemudian aku melontarkan semula popper itu diatas permukaan air.Beberapa saat kemudian...umpan aku di sambar oleh seekor ikan yang agak besar  juga.Aku pun melayan karenahnya hingga beberapa saat..ternyata yang menyenatap itu adalah seekor haruan bersaiz XL juga.

  Kemudian tiba la saat genting....aku membuka mata kail yang mengenai mulut ikan haruan tersebut..tak semana-mana..ikan tersebut cuba melarikan diri.Akibatnya...."arhhhhhhhhhhhhhhh... adoiiii..."mata kail mengenai tangan aku...dan ikan haruan masih lagi mlekat dekat umpan tersebut.Aku cemas saat itu.akhirnya allah memberi aku ilham dengan mengepit ikan haruan tersebut menggunakan kaki,dan membuka mata kail yang mengenai mulutny.Sekarang yang tinggal mata kail yang melekat kat tangan aku.korang tengok la kat bawah...


tangan aku ni hahahahaha.kuikui.


Isnin, 11 November 2013

tersenyum melihat katak tersenyum






Tangan ni terasa sangat nak menaip.Puisi tu belegar-legar saja kat kepala.Tapi susah sangat aku nak luahkan.Susah aku nak terjemahkan dengan ungkapan-ungkapan indah.Akan aku bentang bak sebuah tesis di hadapan semua orang.Ketahui la semua itu rasa hati sebenarnya.Susah juga nak di gambarkan dengan sebuah foto atau video.kalau la aku boleh.Akan aku tonton kan pada dunia,terutama pada sang Katak.mesti dia tersenyum kerana suka.Pernah tengok kata senyum tak? hahahaha..korang tengok lah kat cermin nanti.huhu...

 Sebenarnya aku pernah tengok katak tersenyum.Bukan sekali bukan dua kali.Rasanya dah banyak kali juga.Aku tengok katak tu senyum dalam usop sontorian.upin ipin pun ada hari tu.hahahaha..

ada bulan tapi tak bercahaya,,
ada bintang tapi tak bersinar
kalau lah hidup saling percaya
..........................?

titik embun bukannya satu
putih awan akan legam juga
jangan lah ego bak keras batu
............................?

Jumaat, 8 November 2013

senyuman itu penawar

Berbeza..ada kawan dengan tak ada kawan.kn? kn? kn?...

tuhan tunjukkan lah apa yang terukir dalam hatinya
jalan mana yang harus aku  datangi
agar terlerai semua kusut ini

mungkin aku tak bisa menyatakan
apa yang terlintas di benak ku
bukan kerana aku tak peduli
kerana ku tak bisa menatap mata mu

amalia alias-takut (lirik lagu) dah di edjus ckit.

group aku semua dah pergi laut.tadi pun aku hantar seorang kawan kerja kat airport.dia ajak aku sekali pergi.tapi nak buat macam mana.aku tak di seru lagi.selamat bekerja untuk korang semua.lirik lagu tak ada kaitan dengan yang ini.hehehe

senyuman itu penawar?  hehehe ya betul.tapi ada banyak jenis senyuman di muka bumi ini.tak semua juga senyuman itu penawar.sebab apa aku kata macam tu?...senyuman yang baik tu memang merupakan satu penawar untuk hati yang tak setabil pada sesiapa yang melihat senyuman tu.

tapi senyuman sinis bukan satu penawar.bah kan kategori racun paling berbisa juga.senyuman jahat.
ok habis.sekian.

Isnin, 4 November 2013

awan nampak putih


Aku nak keluarkan hati aku ni.nak bagi ayam makan,nak bagi itik makan,nak bagi angsa makan.Aku nak hati yang baru.hati yang tak boleh calar.tentu mahal harganya.tapi aku nak tukar juga.ada jual kat kedai dua ringgit.semalam aku ada nampak.timbang kilo.keluaran adidas.kalau la betul...senang saja kalau nak cakap.

langit hari ni cerah..aku lihat si pemuda tu ketawa gembira.si kecil tu aku lihat berlari-lari mengejar ibunya.hari ini dunia nampak terang dengan sinaran matahari tanpa di sabotaj awan.semua awan yang aku nampak pada hari ni berwarna putih.tak ada tanda nak mendung.laut nampak tenang dengan airnya yang kebiruan.mungkin malam ni bulan dan bintang-bintang akan muncul.

Tahun-tahun yang dulu tak akan kembali lagi.sesat yang akan datang belum pasti di lalui.

Jumaat, 1 November 2013

al fahtiah untuk kalian bertiga.

  Selamat siang,tiba-tiba aku terasa nak menaip pepagi buta ni.maaf la aku suka guna ayat santai.tatabahasa pun agaknya kondem.agaknya kot.aku teringat dengan 3 orang kawan aku ni.Bagi aku mereka adalah sahabat.mereka rapat sengat dengan aku..mereka juga adalah kawan terbaik aku.

kami selalu bersembang tentang impian..impian yang kami bina dalam jiwa kami sendiri.aku kenal mereka pada masa yang berbeza dan tempat yang berbeza.susasana juga berbeza.pada usia yang berbeza.rasanya ketiga-tiga mereka x pernah bertemu pun.Mereka adalah kawan yang terbaik dalam hidup aku yang pernah aku kenal.

Mereka dah pun bertemu illahi pada usia yang muda...al mahrum nizam bin noh..dia meninggal dua minggu lagi sebelum SPM..aku menangis kerna kehilangan dia.

Dato mohd fadzli..dia aku kenal semasa form5.dia budak baru kat sekolah kami.tapi aku layan dia macam dah lama kenal.best kan aku? hehehe..Satu hari tu..dia datang kerumah dengan moto rxzny.dia jumpa dengan aku..katanya dia nak pergi.dia nak balik kampung.tak sangka..hari tu adalah hari yang terakhir aku jumpa dengan dia.dalam perjalanan tu dia kemalangan jalan raya.dia meninggal kat situ juga.aku terkedu mendengar berita tu.masa tu dah habis spm.nak ambik result.

YAN..aku x ingat nama betulnya.di sebabkan susah nak sebut.aku tak pernah pun ambik perhatian tentang nama dia yang susah nak eja dan sebut tu.so aku pangil yan saja.aku kenal dia ni masa belajar kat sebuah institut dulu.dia seorang yang lurus.bagi aku dia terlalu baik sangat.orangnya pun kacak.dia selalu datang bilik aku masa kat asrama dulu.macam2 dia luah.perihal kakanya,perihal kawan-kawanya.dia nampak tak matang lagi.entah lah kenapa dia baik sangat pada aku masa tu.masa konvo tu aku cari dia,aku tak nampak dia pun.kawan bagitau dia dah meninggal sebab ekseden moto juga.

cukup la tentang mereka.malas nak cerita lebih2.aku doakan mereka tenang di alam sana.