Khamis, 4 Ogos 2011

RAMADHAN KU LALUI LAGI

 khas untuk ramadhan ^L^,



setahun sekali..
ramadhan pasti aku lalui..
dan hari ini aku laluinya lagi.

alhamdullillah usia ku di lanjutkan lagi..
pada ketika ini hati ku masih lagi meragui
siapa sebenarnya hamba yang hina ini
mengaku islam dalam diri
mengaku beriman dalam hati
tapi hakikatnya
sering munkir janji padamu ya illahi

aku akui..
aku lemah dengan nafsuku sendiri..
sering saja mengikut kehendak hati
dan ku harap ramadhan kali ini
kau bantulah aku untuk memperbaiki diri
sebelum aku menemui mati
sesungguhnya ya allah
aku takut menerima buku amalan sebelah kiri
yang mencatit segala dosa yang aku nikmati
ya allah ya tuhanku
jangan buat aku merasa rugi
melalui ramadhan dengan pahala sedikit
sedangkan dosa tinggi berbukit-bukit.

semoga aku tidak tersesat lagi
sepanjang ramadhan kali ini..



ayie reshque.... ^L^,

Tiada ulasan: