Isnin, 28 Oktober 2013

Lontarkan pada awan-awan

4 bulan yang membosankan.Aku belum nampak jalan lagi.Masa yang terlalu lama..semuanya tak sama apa yang aku rancangkan.Aku dah tak larat tanggung semuanya lagi.''ROOFTOP RANT''..aku ada buku ni sebuah.karya HLOVATE.."lontarkan....kalau tidak ia meracun..kongsikan...walau hanya pada awan-awan''...kata-kata yang cukup berkesan dan memang kena dengan aku.Aku suka buku ni.

"Hidup tak selalunya lawa..tak selalunya ada pelangi...kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada.Kadang-kadang...bilamana 'malapetaka' tu datang,terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo,Rasa macam dah tak mampu bangkit,Rasa macam dah tak mampu hela nafas...

Tu la sebahagian sinopsis dalam cerita tu.aku tergoda dengan hasil tulisannya.Adik aku dah balik semula ke negeri 9.Aku sedih tengok dia sekeluarga berangkat balik.cuti dia selama 2 minggu kat sini aku rasa gembira sebenarnya.Tengok dia dah ada anak.comel pula tu..Mohd putera huzair...tu la namanya.Nak jatuh air mata masa dia nk balik tu.tapi leh kaber gak...nasib baik.kalau tak memang dia gelak besar hehehe..aku bila lagi nak ada anak dan keluarga sendiri?...rasa nak bawa diri jauh-jauh saja rasanya.yang orang tak kenal!.

Khamis, 24 Oktober 2013

AIR MENGALUNKAN IRAMANYA.


ok jom cuci mata dengan sesuatu yang indah.tengok sesuatu yang indah semuanya akan terasa indah.
tapi tak semua yang INDAH itu mendatang kegembiraan pada kita.pendek kata yang indah itu tak semestinya indah.pandangan pertama selalu menjanjikan keindahan.

bawah ni antar pic yang sempat aku ambik.tak sedar sebenarnya tempat ni wujud kat tempat aku.berderet orang menunggu saat persembahan pancutan air ni.semuanya berlaku tak lama.hanya dalam lingkunagn 10 minit.Begitu lah keindahan...tak akan kekal lama.



jam 7.00 pm  start persembahan

teka la di mana?..kalau tau korang datang la.hehehe

Selasa, 22 Oktober 2013

kembali la wahai semangat yang hilang.

kau ke mana lama menghilang?...kau buat apa sekarang? kau masih cuti? di mana kau kerja? berapa orang anak kau? lama kau cuti? bila kau naik laut lagi? bila kau kawin? apa kau buat sekarang? apa kerja kau? berapa gaji kau? semua ni soalan membunuh.banyak tanya sangat.korang tak tahu kah jiwa aku tengah bekecai.jangan lagi tanya soalan ini wahai manusia di luar sana.jangan bandingkan aku dengan kamu.jalan kita semua bukan sama.kau bahagia  dan senang itu hidupmu.kau harus bersyukur.tapi tolong jangan bandingan aku dengan kamu kamu dan kamu semua.

erk... apa aku taip.bersyukur la dengan apa yang korang miliki.bila allah tarik nikmat yang ada.baru korang akan sedar akan nikmat yang korang miliki sekarang adalah yang terbaik untuk anda dan anda semua.jangan di sia-siakan apa yang ada.katakan tidak pada manusia yang bermuka-muka.doakan la yang terbaik untuk aku.kerana sudah berbulan-bulan jiwaku kacauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.sekian.

Selasa, 8 Oktober 2013

kambing suka makan apa?

Beli kambing semalam seekor.harga rm 700 nak di buat kenduri aqikah.tak boleh tidur di buatnya.sebab apa?...sebab kambing tu menangis.dia tau nak kena potong.aku baru tau kambing suka makan pisang,hahahaha.tapi bau kambing memang tak boleh blah.betul kata pribahasa.orang tak mandi bau kambing.rajin-rajin la mandi.kambing memang tak wangi hahahaha.tapi kecian juga tengok kambing ni bila waktu nak kena potong tu.ok sekian cerita tentang kambing.

Ahad, 6 Oktober 2013

sekarang bukan yang dulu.



ok.dah x ada puisi.sekarang aku taip macam biasa.dan aku takkan berpuisi lagi.semuanya mengarut.dunia semakin lesu.ok itu saja aku nak taip.sekali skala aku akan lawat blog ni.tak kesah lah kalau dah tak ada yang datang lagi atau jengok blog ni.memang dah tak ada pun.yang datang tu terima kasih ya.semalam besday aku.sebenarnya aku harpakan semalam adalah hari yang terbaik untuk aku.tapi tak..hari yang sama juga aku rasa. haish mengarut..

aku letih dah bermain dengan perasaan sendiri.bermonolog sendiri.siapa yang peduli?...tak payah fikir la siapa yang nak peduli.aku dah cuba nak ubah mindset aku.korang takkan faham apa yang aku maksudkan.hidup turun naik..orang akan suka bila nampak kita senang.kemudian orang akan menjauh bila nampak kita tak akan mendatangkan kesenangan.apa lagi di benak fikiran mereka hanya menyusahakan dan membebankan.semua tu lumrah ker?...

aku tau dan aku sedar.manusia tu bila becakap suka belapis-lapis..hati pula tak ada yang pernah tetap.sedangkan gunung boleh di alihkan..ini kan pula hati yang sebesar gengam tangan.campak saja ke mana-mana.itu la peribahasanya.

orang akan pandang bila seseorang tu punya kelebihan.itu satu hakikat.tapi apa kes pula orang yang ada kelebihan kemudian hilang kelebihannya.kebanyakkannya mereka di sisihkan.kalau boleh akan menjauh dan semakin menjauh..ok sekian.