Rabu, 16 November 2011

ROSE MERAH

Ini adalah entry last dari aku.Mungkin cenderawasih berlari akan berhenti untuk seketika untuk memberi laluan iklan pada penaja.hehehehe.Lama dah aku tak buat puisi.Kerana ilham tu tak datang.Mungkin kerana mud aku dah berubah.Kali ni aku nak persembahkan sebuah puisi untuk seseorang yang selalu menemani CENDERAWASIH dalam kesunyian mauhupun dalam tekanan.Ada masa CENDERAWASIH BERLARI pasti akan kembali lagi.Kita jumpa lagi.^L^,...



ambilah....
hanya ini yang mampu aku persembahkan
sebuah kenangan yang tak akan pernah padam.

Antara kau dan aku..
dulu kita tak pernah kenal...
sehingga satu saat...
jari mula berbicara..
di atas sebuah komputer riba..
kita di pertemukan
di kalangan berjuta manusia
kau dan aku yang terpilih
ini bukan satu kebetulan..
ianya sebuah takdir yang jelas..
sebijak mana kita mengharunginya..
setulus mana kita menghadapinya
dan
aku mengelarnya sebuah persahabatan
kau memahami ku bedasarkan tafsiranmu
aku akur
kau memang memahami jiwa puitisku
ini yang di katakan sahabat
saat aku melontarkan tangisan hati
pelbagai variasi
kau menundukkan aku
dengan tajamnya kata-katamu
mungkin kau tak sedar
kau membuatkan aku terjaga dari lena
tidur yang terlalu panjang
kini aku dah sedar
dan aku ingin  merangkak kehadapan
mengembara kedunia
yang tak pernah aku teroka
aku sayang dengan hubungan ini
sebuah persahabatan yang mungkin sejati
cuma aku takut
hubungan ini dicemari

dengan perasaan cinta 
yang mungkin akan membuat
persahabatan kita ini mati.
aku ingin mempersembahkan
sebuah hadiah yang tak ternilai harganya
buatmu yang sentiasa menemaniku
namun aku tak mampu
mungkin satu saat nanti
allah pasti membantuku
untuk seketika waktu
terima lah pemberianku
rose merah yang masih belum layu.

>__<



AYIE RESHQUE  ^L^,

Selasa, 15 November 2011

MALU BESAR

Wakakakaka.......malu besar kali ni kat seorang blogger.hahahahahaha.nasib baik shoutmix die private.kalau tak tebal muka teman..hahahaha.tu lah gelojoh sangat baca entry orang.sampai apa yang di sampaikan tak faham.bila baca balik2 baru faham macam mana game tu hahahaha.Sebab aku tak penah main benda ni.Korang tgok lah mcm mana reaksi aku malu tadi kat bawah ni........malu...malu..malu...
                                                                       

hahahahaha yang ni bukan aku beb.reaksi jer macam ni tadi
pas tu jadi macam kat bawah.hahahaha

macam ni lah,hahahahaha.malu gila di buatnya.




ok game blogger tu macam ni.die buat entry tentang beberapa soalan.pas tu orang yang die tag kne jawab soklan yang di kemukakan.hahahahaha.so aku pun tersenarai.tapi jujur lah.aku memang takfaham sebenarnya.skarang ni pun tak tahu masih faham ker tak lagi ni.ok ni soklan die.aku jawab sekali.mungkin die nak aku jawab kat entry sendri kot maksud game tu.hahahahaha:

ni soklan die...aku bagi jawapan sekali
  • Pakai HP ape ?
  • HP BIASA JER :p

  • Jenama HP ?
  • NOKIA :p

  • Korang adore JB takk ?
  • YG NI AKU X FAM.HAHAHAHA

  • Agak2 korang kenapa lebih ramai blogger perempuan berbanding lelaki ?
  • RASANYA LELAKI BANYAK YANG X MINAT ON9

  • Lelaki lebih Player atau perempuan ?
  • PEREMPUAN LAH HAHAHA

  • Minat cerita indons tak ?
  • MINAT GAK LAH.

  • Kalau minat , cerita apa ? & sebab apa ?
  • KCB,AAC N MAK INGIN NAIK HAJI.SEBAB MORAL TRLLU TNGGI

  • Suka najwalatif ?
  • X MINAT.

  • If ada bf , bf korang rapat SEMACAM dgn rakan kau . U HOT tak ?
  • AKU NORMAL,XMINAT NGAN LAKI.MNDE BF.HAHAHAHAHA

  • kau layan ROCK lagu ?
  • JERITAN BATINKU AZLAN.

  • Suka kawan dgn minah2 badget HOT STUFF ?
  • BERKAWAN XPE.YG PENTING PNDAI JAGA DRI.

ok yang tag aku ni sebenarnya blogger aree@arisha.aku tak pndai tag sebenarnya.apa2 pn thanx pada beliau kerana men tag cenderawasih dlm game tu.hahahaha ni.link blog die.


aku harap betul lah ape yang aku buat ni.hahahahaha
penuh kot shoutmix die aku jwb dlm tu td.hahahaha



ayie reshque ^L^,


Jumaat, 11 November 2011

LUKISAN ALAM

Tengok lah pic mana yang cantik antara semua ni.....
Setiap gambar punya nama tersendiri.hahahaha.korang
pilih lah mana yang cantik.

(PERMAIDANI DI SULAMI BENANG KUNING)
Tempat ni cantik sebenarnya.aku tertarik sangat tengok 
rumput tu semua warna kuning.Rumput ni menjalar.

(BATUAN PERMAINAN DUYUNG)
Tengok batu-batuan ni pula.Aku suka sangat tengok.
sebab tu aku ambik  gambar.Cantik la.


(PERMATA PUTERI SI BATU)
Tengok cengkerang ni pulak.Corak yang warna merah-
merah tu.Macam ada orang lukis.Tapi tu semula jadi.
Cantik.


(TAMAN PUTRA KEDAMAIAN)
Gambar ni pula paling aku suka.Tengok pemandangan
ni memang tenang di buatnya.Aku nak tangkap gambar
kat atas batu tu.Tapi tak ada orang nak ambik.
terasa rugi sesangat.


ayie reshque ..^L^,

Ahad, 6 November 2011

CIUMAN LIPAN DI HARI RAYA




Entry kali ni aku tak buat puisi.Aku nak mengadu cikit.ok aku cerita terus.Jam satu lebih waktu subuh.Tengah malam lah.Sedap-sedap jer layan mimpi tiba-tiba saja aku sedar.Aku rasa sakit kat bahu belakang sebelah kanan.Jujur lah malam kadang-kadang aku tidur x pakai baju.Bungkus dengan selimut jer.Tapi suar pakai lah.Jangan korang otak kuning dah lah.hahahaha..Aku bangun lah dari tidur,lain macam jer aku rasa bahu kat belakang belah kanan,rasa sakit sangat.Macam dah di sengat sesuatu.Tapi memang betul lah ada benda yang dah sengat.Bisa gak lah aku rasa,memang x leh nak tidur di buatnya.Aku tengok kat cermin memang sengatan lipan.sakit beb.Meroyan aku di buatnya tengah-tengah malam.Tapi aku diam jer.Tak nak heboh dengan dorang.Lagi-lagi dengan mak.Aku tahan sakit jer lah,cari ubat sapu sendiri.Pagi nak sambut raya haji.Apa malang la nasib.cian ngan aku.Yang pelik..dari mana datangnya lipan tu.Aku tak dapat kesan pun kat mana lipan tu.Lepas macam tu jer.Sampai sekarang pun bahu aku masih sakit.Lemah semacam jer.Jujur lagi sekali.sembahyang raya pun aku lepas tadi pagi.Dorang bangunkan aku tak sedar.Aku tido mati sebenarnya.Menangis kazen aku yang umo 7 tahun menunggu nak g sembayang tak muncul-muncul.ENTRY  BERANI .hahahahahaha.Sedar-sedar jer aku bangun dari tidur.Macam MAYAT hidup dah.Badan lemah semcam,bahu yang disengat tu bengkak.tapi dah tak sakit.alhamdulilah.



Ni lah ubat yang aku guna.bangun jer cari ,ubat ni  terus sapu.memang berkesan.Ni produk dari  CNI...Ubat serba guna sebenarnya ni.Ubat ni memang selalu aku bawak lau jalan jauh.Ubat buang panas,angin,seliuh,selsema,dingin,sakit pala.Korang cari lah ubat ni.sekian.lari motif.hahahaha.



ayie reshque ... ^L^,