Ahad, 7 April 2013

PENGGANAS SULU SERANG LAHAD DATU EDISI KHAS ( HILANG KEBAL )




Angkat tangan dan jangan melawan :P



semboyan telah berbunyi...
menuju medan bakti....
andai kata kami gugur semua..
tabur lah bunga di atas pusara...
kami mohon doa...
malaysia berjaya..


Korang pasti tahu kan lagu kat atas tu.serangkap tu saja yang aku ingat.betul atau tak aku pun tak yakin.kalau salah korang boleh betulkan.ok persoalannya,kenapa aku taip rangkap lagu ni dan muatkan dalam posting aku kali ini.kalau kita hayati betul-betul lirik lagu ini aku percaya akan menitis atau mengalir air mata kita apa tah lagi jika tempo dan suasana kena dengan tempatnya.( betul ker ayat aku tu.lantak lah..)

Jujur aku sebagai lelaki yang punya hati  lembut berwarna merah berbentuk jantung pisang tanduk tersentuh apabila mendengar lagu tersebut.Waktu tu aku di tengah laut,tengah kerja.heboh satu kapal Lahad datu di serang penceroboh sulu sehingga menyebabkan kematian beberapa orang anggota keselamatan kita.hati ini terus tersentak mendengar khabar angin yang semamangnya mengemparkan malaysia.Pada hari dan malam tu juga tv room penuh dengan orang semata-mata hendak melihat berita tv3 tentang perkembangan lahad datu.Dan apabila saja lagu semboyan di putarkan tanpa tak sedar air mata aku mengalir,terharu,sebak dan sedih di tambah lagi dengan melihat kematian anggota keselamatan kita.Takziah buat mereka yang mati syahid.Besar sangat jasa mereka buat tanah air.

Bagi aku lagu tu sangat bernilai harganya dan jika di hayati dengan hati memang mengalirkan air mata mengenangkan pejuang-pejuang kita yang mengadaikan nyawa di timur sabah.masa itu juga abang aku bertugas di sana.Sejak dari berita pencerobohan sulu tersebar hati ini sentiasa risau dan mendoakan keselamatan beliau dan rakan-rakan beliau yang lain.

Mendengar khabar juga segelintir pengganas dari sulu ini mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu kebal.Ada yang mengatakan bertalu-talu tembakan di lepaskan pun mereka masih mampu bertahan.Manakala ketika pasukan keselamatan cuba memasuki zon pengganas kabus pula menyelubungi kawasan tersebut.Ini menyukarkan lagi keadaan mengesan mereka.Ada jua yang mengatakn mereka mampu berlari di atas daun kelapa sawit.Kalau di fikir logik akal memang mustahil dan amat melucukan bagi yangberfikir mengikut logik akal.Mungkin bagi sesetengah pihak ianya cerita yang di tokok tambah dan mengarut.Mujur lah sebahagian anggota keselamatan kita berpengalaman menghadapi musuh-musuh yang sebegitu.Namun bagi islam kenyataan tentang adanya sihir cukup jelas.dan pengamalannya adalah di cegah sekali kerana ianya syirik dan amat di benci allah swt.kerana ianya ilmu syaitan yang di ajar pada manusia bagi menyesatkan umat islam dan seluruh manusia di muka bumi allah ini.

Ada cara nak memusnahkan amalan sihir mereka ini.Antara contoh amalan ilmu kebal.. cara nak menumpaskan adalah dengan meletakkan darah babi dekat peluru.Cara yang lain dengan menanam peluru ke dalam tanah sebelum di tembakan pada suspek.kerana asal usul kita adalah tanah.Ada juga cara dengan meletakkan darah haid wanita pada peluru.allahualam. Tapi sebahagian cara tersebut berkemungkinan di gunakan untuk menumpaskan pengganas sulu tersebut.Anggota keselamatan kita memang hebat.

Apa pun pegangan kita percaya lah.tiada yang mustahil melainkan semuanya berlaku atas kehendaknya
iaitu pencipta kita.Bagi umat islam..dunia ini hanya lah sementara tempat di mana iman kita di uji dan sejauh mana umat manusia bersyukur atas nikmat yang telah di beri olehnya..( tetiba pula aku ni berceramah ).

Ok bagi aku.bersyukur lah dengan keamanan dan kemakmuran yang telah sekian lama kita capai.bukan sesuatu yang mudah kita dapat hidup aman macam ni.buat apa kita nak mengeluh lagi.mungkin tragedi di lahad datu boleh mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan keamanan yang telah kita capai.cuba bayangkan kalau benda tu berlaku di tempat anda.Kita tak payah fikir jauh sampi di palestin..baru korang tahu apa erti keamanan sebenar.Dan tak lama lagi pru 13 bakal tiba ( awat tetiba pru13 ni kihkihkih) pandai-pandai lah korang nak undi siapa.Kerana semuanya penentu masa depan negara kita yang tercinta.Bagi warga indonesia,singapore,brunei,myanmar,loas,afghanistan,turkistan,kazakstan , hindustan dan seluruh negara di dunia ni tolong la doakan  malaysia terus menjadi negara maju ( perasan giler blogger ni).


biarpun isu lahad datu dah hampir selesai.Ini adala edisi eksklusif yang aku buat untuk memperingati tragedi tersebut.( kahkahkah macam pro jer mamat ni).sebab aku memang dah terlambat nak buat entry ni.

kredit by: ayie reshque







AYIE RESHQUE   ^L^,......

.

Tiada ulasan: