Rabu, 28 Ogos 2013

I WAS WRONG



TER PERANGKAP DENGAN DUNIA CERPEN HASIL CIPTAANYA



ayie reshque ^L^,..

Isnin, 26 Ogos 2013

WARNA PELANGI KE LAPAN






Setiap kali terlihat langit malam
Hanya hitam yang kelihatan
Warnanya bukan seperti siang
Terang…..
Bila aku merenung jauh kedalam diri
Aku ibaratkan.. diri ku sama seperti malam
Gelap gelita tanpa cahaya..

Biar lah sang punguk berkata..
Yang malam itu, ada bintang dan bulan..
Pengubat hati mereka yang tengah sawan
Tapi aku tidak
semuanya hanya racun bagiku
Tak setia pada malamm
Akan hilang di goda awan
Akan hilang bila hari siang

Siang….
Didalamnya memang terang..
Ada mentari yang bersinar..
Namun ..akan mendung  bila hari hujan
Dalam siang ada hujan..
Selepas hujan ada pelangi yang terang
Tapi tetap juga akan hilang

bukan tujuh warnamu sang pelangi
tapi lapan…
yang kelapan ada di hati..
menerangi dan menemani sepi..
tapi ia ingin pergi
lari dan mungkin takkan kembali
aku sedih..
rindu akan sinarnya..
kini hati mini ku mungkin gelap lagi.
warna pelangi  kelapan….
aku ingin kau tahu
kau lah cinta hati
aku ingin kau ada selamanya di sisi
sehingga status ku bergelar mati.


AYIE RESHQUE ^L^,…    

Rabu, 21 Ogos 2013

=..=



warna pelangi yang ke 8 hehehe....
apakah akan hilang....
jangan lupa bagi novel pertama
itu janji.....
janji harus ditepati bukan d capati
smoga menjadi penulis yang berjaya
kata piko dan emie.
aku tetap peminat no1
walau pun bukan d hatimu.

~bila nampak kinabalu ingat cenderawasih yang berlari-lari ingin terbang~


ayie reshque...vL^,...           >___<


                                          TAMAT

Isnin, 19 Ogos 2013

ENCIK AIS KETUL BATU




bercerita tentang hati....
sebenarnya aku mati...
bukan di gantung tak bertali...
tapi di tikam kaca seakan duri..

mcm pantun la pula hoho..

"bercerita tentang hati"

tak terluah kata diucap lidah..
dia aku punya..
sudah terikat dengan nikah..
sudah bergelar suami isteri yang sah..
penuh dengan sketsa
zahirnya semua helah
tapi batinya sungguh terseksa.

"sebenarnya  aku mati"

tubuh ku masih bernyawa..
tapi roh entah kemana..
melayang layang tanpa arah
ini bukan sandiwara..
cerpen,novel, ataupun sebuah drama
dia melihatku seperti tak ada nilainya
aku adalah isterinya.

"bukan di gantung tak bertali"

dia buta hati..
dia seperti tuli (pekak)
hak ku sebagai isteri tolaknya ketepi..
5 bulan aku rasa sendiri
hidup menyepi
seperti tak ada suami..


"tapi di tikam kaca seakan duri"

bagai siang dan malam...
yang tak pernah sehaluan..
owhhh kawan..
mana kalian?
ini satu penyeksaan..
ini satu kezaliman
aku kebingungan.

...........................................

insyallah ada jalan..
jangan biarkan jiwamu menjadi debu
hanya kerana yang tak menghargaimu..
simpatiku kawan
pesan ini kutinggalkan buatmu
zikir YA LATIFFU YA KHAFI
baca la dan amalkan la
ia pelembut hati yang keras
baca la dengan ikhlas
niatkan kedalam mata hati
insyallah akan lembut hati si dia
pada insan yang kau gelar.."ENCIK AIS KETUL BATU".


ayie reshque ^L^,......






Sabtu, 3 Ogos 2013

SEPERTI KUNANG-KUNANG KELIPNYA




bukan setiap malam ada bulan menerangi kegelapan
meski ada bintang-bintang yang bersinar
takkan sama seperti bulan serinya

terbentang sana lautan biru
bukan ada apa
cuma sekelumat perasaan yang di kumpul menjadi satu
iatu rindu...

dunia seperti berbeza
punya garis sempadan
ketawa dan kesibukkan kota
itu semua milik orang daratan

lari dari kenyatan
hilang dari pandangan
diam membisu saat di perlukan
kejam sungguh perasaan..

ayie reshque,,,, ^L^,....

jom naik gunung kinabalu

lukisannya indah
hidup dan bernyawa
mata kasar melihatnya mati

diberi aku seketul hati 
ianya tak mengenal erti dunia
tak mampu aku melindunginya
dibuli dan di noda
terluka empat kaki panjangnya
berparut tapi tak terlihat
tiada jahitan
seperti tiada apa
semua orang jadi buta!

ayie reshque ^L^,.....

Khamis, 1 Ogos 2013

OSMOSIS

suatu hari aku pasti akan menangisi apa yang aku miliki sekarang.
kerana aku tahu aku akan kehilangan semuanya
ayah,ibu,abang,kakak dan adik
bahkan bukan itu saja
semuanyaaaaaa....
termasuk orang yang aku sayang..

aku tak mampu melihat masa hadapan
kerana aku bukan tuhan


ayie reshque ^L^,.. edisi raya~~