Jumaat, 1 November 2013

al fahtiah untuk kalian bertiga.

  Selamat siang,tiba-tiba aku terasa nak menaip pepagi buta ni.maaf la aku suka guna ayat santai.tatabahasa pun agaknya kondem.agaknya kot.aku teringat dengan 3 orang kawan aku ni.Bagi aku mereka adalah sahabat.mereka rapat sengat dengan aku..mereka juga adalah kawan terbaik aku.

kami selalu bersembang tentang impian..impian yang kami bina dalam jiwa kami sendiri.aku kenal mereka pada masa yang berbeza dan tempat yang berbeza.susasana juga berbeza.pada usia yang berbeza.rasanya ketiga-tiga mereka x pernah bertemu pun.Mereka adalah kawan yang terbaik dalam hidup aku yang pernah aku kenal.

Mereka dah pun bertemu illahi pada usia yang muda...al mahrum nizam bin noh..dia meninggal dua minggu lagi sebelum SPM..aku menangis kerna kehilangan dia.

Dato mohd fadzli..dia aku kenal semasa form5.dia budak baru kat sekolah kami.tapi aku layan dia macam dah lama kenal.best kan aku? hehehe..Satu hari tu..dia datang kerumah dengan moto rxzny.dia jumpa dengan aku..katanya dia nak pergi.dia nak balik kampung.tak sangka..hari tu adalah hari yang terakhir aku jumpa dengan dia.dalam perjalanan tu dia kemalangan jalan raya.dia meninggal kat situ juga.aku terkedu mendengar berita tu.masa tu dah habis spm.nak ambik result.

YAN..aku x ingat nama betulnya.di sebabkan susah nak sebut.aku tak pernah pun ambik perhatian tentang nama dia yang susah nak eja dan sebut tu.so aku pangil yan saja.aku kenal dia ni masa belajar kat sebuah institut dulu.dia seorang yang lurus.bagi aku dia terlalu baik sangat.orangnya pun kacak.dia selalu datang bilik aku masa kat asrama dulu.macam2 dia luah.perihal kakanya,perihal kawan-kawanya.dia nampak tak matang lagi.entah lah kenapa dia baik sangat pada aku masa tu.masa konvo tu aku cari dia,aku tak nampak dia pun.kawan bagitau dia dah meninggal sebab ekseden moto juga.

cukup la tentang mereka.malas nak cerita lebih2.aku doakan mereka tenang di alam sana.

Tiada ulasan: