Isnin, 28 Oktober 2013

Lontarkan pada awan-awan

4 bulan yang membosankan.Aku belum nampak jalan lagi.Masa yang terlalu lama..semuanya tak sama apa yang aku rancangkan.Aku dah tak larat tanggung semuanya lagi.''ROOFTOP RANT''..aku ada buku ni sebuah.karya HLOVATE.."lontarkan....kalau tidak ia meracun..kongsikan...walau hanya pada awan-awan''...kata-kata yang cukup berkesan dan memang kena dengan aku.Aku suka buku ni.

"Hidup tak selalunya lawa..tak selalunya ada pelangi...kalau nak kata a bed of roses pun,duri-durinya tetap ada.Kadang-kadang...bilamana 'malapetaka' tu datang,terasa macam kena gelek ke bumi dek ahli sumo,Rasa macam dah tak mampu bangkit,Rasa macam dah tak mampu hela nafas...

Tu la sebahagian sinopsis dalam cerita tu.aku tergoda dengan hasil tulisannya.Adik aku dah balik semula ke negeri 9.Aku sedih tengok dia sekeluarga berangkat balik.cuti dia selama 2 minggu kat sini aku rasa gembira sebenarnya.Tengok dia dah ada anak.comel pula tu..Mohd putera huzair...tu la namanya.Nak jatuh air mata masa dia nk balik tu.tapi leh kaber gak...nasib baik.kalau tak memang dia gelak besar hehehe..aku bila lagi nak ada anak dan keluarga sendiri?...rasa nak bawa diri jauh-jauh saja rasanya.yang orang tak kenal!.

Tiada ulasan: