Isnin, 25 April 2011

AKU LAH LELAKI KELMARIN


aku lah lelaki kemarin
lelaki yang berlari
mengejar sebuah  ilusi
yang tak pernah berhenti
walau seribu kali disakiti
meskipun hati terasa sepi
setiap kali aku merindui

hai hati jangan lah macam ni
aku lelah memujuk mu sendiri
kau menanti benda yang tak pasti
kau merindui sesuatu yang sendiri kau ragui
kau sedang berlari meniti
sekeping papan yang penuh duri

berbicara lah minda dengan hati
sebuah kisah yang bagaikan tak bererti
bergelut sesama sendiri
mencari jawapan yang seakan tak ditemui

apakah dia disana ada menemani
disaat aku tak mengetahui
mataku buta tapi aku merindui
ingin rasanya aku tolak ketepi
mencintai sekeping hati
yang takdir belum tentu menyebelahi

tuhan sampai bila takdir begini
membuat aku merasa sepi
apakah aku telah jauh darimu illahi
sekian lama sejadah takku tangisi
sekian lama masjid tak ku jejaki
ini lah balasan yang aku lalui

aku lah lelaki kelmarin dan hari ini
yang sentiasa saja sunyi
yang senitasa saja berilusi
merindui sekeping hati
cenderawasih yang sedang terbang tinggi



Jumaat, 8 April 2011

JAWAPAN UNTUK SAHABAT TERBAIKU

bukan kah indah melihat orang bahagia
lagi-lagi sahabat yang menganggap
diri kita sebagai sahabat
=.=


awak,
saya terekejut bila membuka blog awak
air mata saya menitis sedikit bila membaca setiap rangkap puisi yang awak buat.
awak begitu menghargai sahabat..
malah awak letakan saya sebagai sahabat terbaik mu,,,
sumpah saya begitu teharu..
dan saya rasa bersalah pada awak..
itu adalah karya yang terbaik yang pernah saya baca,,
saya cukup bangga denganya,,

awak
akan saya jawab setiap persoalan  baris rangkap puisi mu
akan saya lihatkn betapa saya malu jadi sahabat terbaikmu,,

awak
saya akui,,,awak adalah sahabat yang terbaik
seperti dalam luahan kata-kata awak,,
walau sebenarnya kita langsung tak pernah bertemu,,
semua itu bukan alasan mengapa kita tak mampu jadi sahabat,,
mungkin kita di pertemukan untuk saling nasehat menasehati,,

awak
awak tau tak,,
saya juga mengharap benda yang sama,,
saya juga sedar persahabatan kita semakin menjauh,,
sedangkan dulu kita semesra pipit dan padi,,
kini kita masing-masing dengan dunia sendiri..
awak tak tahu dalam diam saya memerhatikan awak,,
awak pernah berkata,orang selalu salah sangka dengan persahabatan kita
lalu saya cuba menjarakan diri,,(dlm hal ni mngkin sy salh)
saya tak nak jadi penghalang kebahgian awak,,
tapi semua itu bukan bermaksud saya melupakan awak.

awak..
jujur saya katakan,saya senang dan gembira menasehati awak,
kerana dalam diam saya juga menasehati diri saya sendiri,,
saya tersenyum bila awak mengadu yang awak tengah sedih,,
bukan bermaksud saya persendakan awak,,
kerana saya gembira,saat awak sedih awak akan cari saya..
kemudian saya nak awak ceritakan semua masalah awak,,
saya akan cuba mencari akal untuk buat awak tak bersedih,,
tapi kadang-kadang saya akan jauh hati,bila benda yang saya nak cakap tak habis,,
kemudian awak akan off9.,,(mngkin slh sy bnyk mmbebel)
mungkin bagi saya itu tanda awak dah bosan dengan semua kata-kata saya,,
awak selalu buat macam tu...
akhirnya saya akan mengeluh sendirian,
tapi saya tau bila mud awak dah ok,,awak pasti akan cari saya semula.^ ^,

awak,,
bagi saya,jaga perasaan orang itu lebih baik,,
bukan bermaksud saya abaikan perasan saya sendiri,,
kadang-kadang saya juga tak sedar ada perasaan yang terguris kerana saya,,
itu yang saya takutkan,,
orang membenci secara diam,,
memang hati saya tak akan tenang,,
cukup sekadar saya tau orang itu bahagia,,
itu sudah membuat saya bahagia juga..
saya tau awak marahkan saya,,
kerana awak seorang saja yang memahami saya,,
tapi saya suka awak marah saya,,
kerana awak kawan terbaik saya..
saya tak akan serik selagi tuhan belum menutup pintu hati saya.


awak,,
saya sudah cukup menyusahkan awak,,
sebahagian hidup saya telah awak terokai,,
awak telah mengambara jauh kedalam hati saya,,,
saya tak nak awak mengambara lagi,,
bagi saya semua itu hanya menyusahkan awak,,
awak,,biar pun awak hanya sahabat baik saya,,
namun awak hampir setanding insan yang pernah membahagiakn saya,,
awak memahami saya,,tapi awak adalah yang terbaik bagi saya..


awak,,
saya juga tak ingin hati di sakiti,,
saya juga nak bahagia..
tapi bukan kita yang tentukan dari mana datangnya bahagia,,
kita hanya mengimpikan bahgia itu akan datang ke dalam hati,,
tuhan lebih arif dengan semuanya,,

awak,,
saya sebenarnya gembira melihat awak bahagia,,
awak di pertemukan dengan sesesorang,,
seseorang yang awak rasa boleh membahagiakan awak,,
tapi saya risau benda yang pernah awak bagitau saya,,
akan berulang semula menimpa awak,,
bukan saya mendoakan,,
saya cuma ingin awak beringat,,
tapi saya yakin awak mesti telah buat keputusan yang terbaik,,

awak,,
cukup lah sekdar orang yang awak cintai,,
dan cukup lah sekadar teman-teman awak yang lain,,
membahagiakan awak dan memberi semangat pada awak,,
awak begitu seronok melaluinya,,
saya tumpang gembira,,
namun saya juga sebenarnya cemburu,,
kerana saya bukan lagi orang yang serapat dulu,,
saya dah tak nampak ruang itu lagi,,
seakan bila saja saya cuba menghampiri,,
seolah-olah ada cerita sedih yang bakal awak dengar,,
saya tak nak jadi pemusnah mud baik awak,,
dan saya tak nak melihat awak bersedih lagi..
kini saya tahu awak dah gembira..
dan awak percaya lah,,,
saya tak akan pernah melupakan awak.
kerana awak pernah mengambara jauh ke dalam hati saya...^ ^,

"maaf kan saya kerana tak mampu jadi sahabat yang terhebat"
semoga menjadi seorang nurse yang berjaya suatu hari nanti,,,^^,..=.=

Rabu, 6 April 2011

KAU KACANG DAN AKU KULIT





hari ini aku ingin berbicara tentang mu..
sesuatu yang pernah mengempa bumikan seluruh hidupku..
saat aku tak pernah mengenalmu....
kau dan aku masing-masing bertanya dalam diri siapa cintaku..
aku hanya tersenyum dan kau terus bergerak mencari cintamu,,
kau di taman langitmu aku di halaman rumputku..
jauh kan....?
namun satu peristiwa telah menimpaku..
waktu itu aku baru saja jatuh dari langit..
aku cedera parah..
aku tak mampu mengubat diriku sendiri,,,
aku hampir mati waktu itu,,,
namun aku masih bernyawa,,,
mungkin belum sampai ajalku,,
tuhan masih megasihaniku,,
lalu kau datang menghampiriku,,
kau membalut semua lukaku,,
lantas itu kau memapahku,,,
kita pun berjalan seiringan,,,
kau lemparkan satu senyuman berkongsi dengan ku,,
murahnya hatimu,,,,
kau berusaha memulihkan semangat ku,,
kita berkenalan tanpa di duga,,,
satu degupan yang kencang lahir dalam dadaku,,
begitu juga kau mengatakan padaku,,
satu sisi perkenalan telah kita berdua lewati,,
satu cinta mula terluah dari bibirmu,,
kau tepuk dadaku,,
mulanya aku sangsi dengan setiap bicaramu,,
bagaikn kacang dengan kulit,,
kau lah kacang dan aku lah kulit,,
kacang memerlukan kulit,,
tanpa kulit tak lengkap rasnya kacang..
aku menerimamu sebagai kacangku,,
yang mengisi ruang kosongku,,
lantas mengembara lah bahagia itu d hati kita,,
seakan penuh kad memori dalam kepala ku,,
apa yang kita lalui tersimpan satu persatu,,
bukan yang kita duga dan impikan itu semuanya kabul,,
bukan semua yang berpasangan itu kekal,,
mengharap siang berpanjangan,,
mengharap bulan datang berbicara,,
berlalu lah siang muncul lah malam,
cahaya pucat bulan datang menjelma,,
mentari muncul hilang lah seri malam,,
sejarhmu dan sejarahku sudah mula berubah,,
aku merasakn kau tak lagi sendirian,,
aku bagaikn kupu-kupu malam,,
mencari sinar dari mana datangnya cahaya,,
kau bagaikan kacang lupakan kulit.
pergi tanpa menoleh,,,
hilang tanpa suara,,
setitik air mata kulit yang menagis,,
tak akan siapa pernah peduli,,
jadi lah kulit sisa yang terbuang
jadi lah kau kacang yang digunai ramai,
begitu beharga,,,




kacang andai kau datg memerlukan kulit,,aku tak mampu lagi melindungimu,,,kerana kau telah keluar dari ruang hidupku.aku yang begitu menjagamu dari kau rosak d ganggu makhluk perosak langsung kau tak pernah hargai.Aku tau dirimu kacang yang lembut,kau lemah dengan dunia luar.kenapa kau perlu keluar dari perlindungan ku.Apa aku tak cukup untuk melindungimu,apa aku tak cukup menjagamu,atau apa aku tak cukup memberi kasih sayang padamu.lupakan lah kulit selama-lamanya kacang.Andai ini takdir yang sudah tertulis.Jadi lah kau pepatah kacang lupakan kulit.

^ ^,.....bulan,bintang dan angin...nanti aku jawab..yg ni bukan.,,hehehe

Selasa, 5 April 2011

BULAN,BINTANG DAN ANGIN TEMANKU


sudah ku katakan pada bulan,,
aku telah melihat yang lebih indah dari wajahnya,,

sudah ku bicarakan pada bintang,,
bahawa aku telah terpandang yang lebih manis dari senyumanya,,

sudah ku bisikan pada sang bayu,,
aku telah merasakan ada lagi yang lebih sejuk dari tiupanya,,

bulan bertanya padaku,,

"wahai si pemikir,,apa benar kau telah melihat yang lebih indah dari cahaya wajahku?,,,kalau benar cuba buktikan kepadaku.Aku juga teringin memandangnya."

ku lihat bintang.binatng juga bertanya kepadaku.

"wahai si pemuja bulan dan bintang..cemburu rasanya hatiku bila kau mengatakan ada senyuman yang lebih manis dari senyumanku.kalau benar boleh kamu tunjukan kepadaku?,,aku juga ingin melihat senyuman manisnya."

ku tersenyum.lalu angin datang menyapa telingaku.

"wahai pemikir pemuja bulan dan bintang,,apa benar yang kau katakn?,,kau membuatkan aku tertanya-tanya.Apakah yang lebih sejuk dari tiupan ku?.sesungguhnya kau telah menguris hatiku dengan berkata sedemikian.Aku ingin mengetahuinya."



"Nanti aku jawab yer bulan,bintang dan angin",, ^L^,,,,,peace.hehehe._______

Khamis, 31 Mac 2011

3 LANGKAH DI SATU LEMBAH




 Di satu lembah aku terdampar,,waktu itu sunyi sepi aku rasakan.Namun keadaan disitu cerah,cukup bagi aku untk melihat keadaan di sekeliling.Aku tidak tahu aku berada di mana sebenarnya.Aku yang masih dalam keadaan terbaring,mula membangunkn diri.Aku rasakan otot-otot ku semuanya sakit,seperti baru saja jatuh dari langit.Aku merasakan sejuk sebelah kananku dan panas di sebalah kiriku.

 Aku mula melangkah setapak.Apabila aku melihat  keadaan  lembah di sebelah kananku,ternyata cukup indah mempersona.Aku terdiam dan terpaku untuk jangka masa lima hingga ke spuluh minit."masayallah indahnya"..suara hatiku berkata.Aku melihat aliran sungai yang bergitu jernih dan cukup perlahan,rumput-rumput yang menghijau,langit yang begitu membiru.binatang-binatang yang sedang mengalas perut dengan menikmati tumbuhan disekeliling.Pemandangan itu sungguh indah.Namun ianya sunyi,hanya tiupan angin yang menyapa telinga kananku mampu aku dengar.

 Selepas saja sedar dari terpaku itu,aku mula melangkah setapak lagi,namun aku tunduk.Kemudian,aku memalingkan muka ke sebalah kiriku."masayallah dasyatnya"...suara hatiku berkata lagi.Kali ini aku melihat aliran sungai berwarna merah,ianya membuak-buak bagaikan larva gunung berapi.Langsung tidak ada kehidupan yang aku lihat di lembah sebelah kiriku ini.Semuanya nampak gersang,kemudian aku mula membayangkan.Jika lah aku dalam kehausan dan memerlukan air,dan meminum sungai yang ada di sebelah kiriku,sudah pasti aku akan sengasara.Kemudian aku mandi di dalam sungai itu,masyallah,,betapa sakitnya aku rasakan."astaghfirullahalazim,,astaghfirullahalazim,,,astaghfirullahalazim,,"

 Kemudian aku melangkah setapak lagi,aku melihat di hadapan ku satu jurang yang amat dalam,bila aku melihat dibawahnya,,,terdapat ribuan jarum besar yang tesedia terpacak bagai menunggu mangsa yang jatuh.Dihadpanku tersedia satu tali yang membolehkan aku pergi ke seberang sana.Namun aku lihat tali itu sudah tidak berapa utuh.Aku mula dalam dilema.Sepantas aku melihat diseberang sana,ribuan anak-ank kecil ditemani ibu bapa dengan berpakaian serba puteh.Mereka bermain disatu taman yang cukup begitu indah.Begitu gembira dan bahagia sekali.Hatiku terasa sangat ingin ke sana.Namun tali yang hampir rapuh itu membuatkan aku dalam terkaku..

 Aku cuba untuk berundur setapak lagi,,namun aku tidak mampu melangkah.Kemudian aku cuba memalingkan muka ku ke belakang.Aku tersentak,dan aku terkejut .Sepantas kilat aku mengalirakan air mata tanpa henti.,,terasa menyesal dalam diri sudah tidak berguna lagi.apa yang aku lihat???

"resh! resh! resh! bangun,,"..suara yang selalu dan biasa aku dengar setiap pagi.lalu aku tersentap dari mimpi.

"erm"..aku menjawab dengan nada yang cukup malas.

"bangun! bangun! dah pagi"...suara ibu yang cuba membangunkan aku dari tidur.

"erm"..aku menjawab dengan nada yang malas lagi.aku masih terlentang di atas katil bagai mayat yang bernyawa.

"bangunnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn!!!!!!!!!!!!!!!!!"....suara yang amat kuat sekali.Aku rasakan gegendang telinga bagaikan hampir nak pecah.

Lantas aku terduduk diam bagaikan baru terkena satu kejutan elektrik.Rambutku yang hampir paras bawah telinga berdiri tepacak,namun mataku masih lagi tertutup.

"kau tak kerja ker hari ni?,,dah jam 8.00 am.kau dah lewat.nanti tak masal kau kena tiau(marah) oleh bos kau.",,suara ibu yang sedang berceloteh pada anak pemalasnya.Anak itu lah aku.

"kerja lah mak,,jap lagi lah"..aku menjawab dengan suara yang cukup lembut.

kemudian aku pun pergi bersiap mandi.sperti biasa aku pergi kerja dengan hati yang cukup bosan.lalu aku menyanyi lagu....

~~kalau lah mata bertentang mataaaaaaa...........~~                      ^L^,



Jumaat, 25 Mac 2011

saat aku memikir akan diri sendiri




ah...sudah lah..aku benci dengan diri ku sendiri.
aku tak tau kemana harus aku pergi
aku seperti tak mempunyai hati
selalu saja resah sendiri

aku mula untuk mencari
mencari jawapan yang ingin aku sendiri temui
jiwa sudah bosan dengan hanya menanti
kini saatnya aku mengenal diri sendiri

aku bosan dalam kehidupan
bosan dengaan kealpaan
bosan dengan kebingungan
juga bosan dengan kelekaan

diriku hilang di telan gelap malam
jasad yang dikatakan menyimpan seribu cerita kelam
di iringi semangat yang hampir suram
seakan terpedaya ajakan sang iblis ke neraka jahanam

selamatkan lah aku wahai tuhan
aku mula lelah menghadapi kenyataan
aku takut,aku akan sesat di persimpangan
kemudian kau buat aku menangis di hari perhitungan

Ahad, 20 Mac 2011

LUAHKAN


kata hatiku.. luahakan lah
dengan kau berpuitis


secantik kau bagai mawar mewangi
tak ada yang kekal membangga diri
indah itu sekelip mata 
jaga lah kelopakmu 
biar hujan menimpamu
meski ribut menerjahmu
aku tak punya penawar untuk merawat
bila kelopakmu jatuh satu persatu,
ingin ku lihat kau tumbuh indah di tamanku
bersama harumnya aromamu

hujan itu membasahi
maka layu lah kau di luar kotak hati
warnanya juga semakin pudar

berapa kali ku cuba yakini
udara yang ku hirup ini 
adalah wangian dari aromamu
mungkin kau juga mendengar
tapi apa kan daya 
semua ni hanya impian yang terlerai

ingat pesan ranting yang telah memautmu
"bila kau jatuh pasti akan tumbuh bunga yang baru"