Selasa, 18 Januari 2011

STOP DULU CINTA

  Aku ZACK MALIQUE,,ini nama yang diberikan kepada aku oleh mak dan bapa aku sendiri.umur?,,ahhaaaaa,,kini umur aku dah menjangkau rahsia.hurmmmmmmm,,,leh dkatakn tua dah kot.arhhhhhhhhhh,lantak lah,hehehehe.Janji aku tak tension.hehehehehe.Tapi sebenarnya memang tension pun.hahahahaha.tau lah kan.orang lain nampak bahagia je tengok aku,tapi sebaliknya.uwaaaaaaaaaa"nagis".Cakap pun tak guna.Aku cakap ker?,,yang aku tahu aku taip jer,,uwaaaaaaaaa,,memang sewel kau ZACK.

  Kat sini aku nak cerita satu hal tentang hidup yang pernah aku lalui,satu ketika dulu,dah lama dah cerita ni.tapi dah tiba-tiba ingat balik,jadi aku buat lah dalam bentuk cerita,hehehehe.tak salah kan.suka hati aku lah.hahahahaha.

  Cerita ini tentang kisah cinta aku dimasa zaman dunia khayalan dulu.Aku saja kata macam tu,sebab cinta kadang-kadang memang mengkhayalkan.Lagi-lagi yang baru berjinak nak bercinta.Sah memang jiwang habis.kalau tak percaya,tanya mak bapak korang bagi yang tak pernah becinta,kalau yang dah pernah bercinta,tak payah tanya lah buang karan .hehehehehe

  Aku sebenarnya dah puas bercinta,aku tak tahu apa nak jadi dengan aku,doktor cinta kah aku?,profesor cinta kah aku?,atau pengemis cinta kah aku?,sudah banyak kali becinta tapi semuanya memang menyakkitkan.jadi korang faham-faham saja lah.

Ok,aku nak cerita cinta pertama aku,ketika itu aku masih sekolah lagi.Tapi bukan sekolah rendah beb,jangan salah faham."ahhhhhhhh betul."..sekolah menengah.Masa itu aku di form 6 atas.Boleh dikatakan masa itu lah penentu berakhirnya zaman persekolahan aku di sekolah menengah.Senior katakan,otai dalam sekolah.

  Namanya mawar,gelak masa aku mula-mula tahu siapa namanya.Apa tidak,dah lah nama mawar,itu kan nama orang dulu-dulu,hahahahahaha,zaman nenek-nenek kita lagi.Tapi dia cantik dan cute beb,nampak ayu je dari jauh.Dia lah wanita pertama yang betul-betul mengetuk pintu hati aku untuk cuba merasai nikmat cinta.Wahhh,,,,betul-betul nikmat masa itu,apa tidak cinta pertama katakan.Kami bercinta agak kelasik sedikit,nak tau sebab apa?..ahhaaa...kami bercinta berutus surat,,,hahahahaha.terkejut aku bila dia mengirim surat pada aku,mau tidak mahu aku balas juga,wlaupan tulisan aku tak lah cantik,hahahahaha,.Boleh dikatakan setiap hari kami berutus surat.Hinggakn aku tak dapat nak fokus pada peperiksaan yang akan bakal berlaku dalam beberapa bulan lagi.ni nak pecah rahsia sikit,,yang tulis surat pada dia itu sebenarnya bukan aku,tapi sepupu aku,,hahahaha.maklumlah tulisan aku kan tak cantik jadi minta khidmat dia lah.Tapi ayat semua memang oreginal semua aku yang buat.tak ada copy2 beb
.
 Bak kata pepatah orang zaman purba,jangan percaya pada cinta pertama,kerana cinta pertama tidak akan kekal untuk selamanya,ewahhh,,,hahahaha.orang zaman purba kata macam tu juga kah?.lantak lah.tapi memang betul.hubungan kami tak lah lama sangat.Kami putus selepas saja aku dah habis sekolah.Last contect katakan.hurmmmm......

Cinta kedua(2)....
Haaaaa......ni nak cerita tentang cinta kedua aku pula.cinta pertama aku dah gagal.dan aku dah berjaya pun lupakan dia.Walaupan memakan masa sedikit.Fras menongeng juga dibuatnya.Tapi,syukur alhamdulilah,,ada juga insan yang ambil berat dan perihatin pada aku sebenarnya tanpa aku sedari.Ceritanya macam ni.Cinta kedua aku ni bukan lah orang jauh sangat dengan cinta pertama aku tadi.Mereka sepupu sepapat.belah bapa je adik beradik,dekat sangat.Yang mengenalkan dia dengan aku pun sebenarnya cinta pertama aku juga.Entah secara tak sengaja hubungan kami menjadi rapat.Dia selalu nasehatkan aku,supaya sabar..dalam diam-diam,tak sangka pula dia sukakan aku sbenarnya.hahahahahaha...itu hikmah di sebalik kekecewaan aku yang pertama tadi.Bukan perasan beb,tapi dah jadi kekaseh pun.hahahahaha.

  Kami becinta selama 4 tahun,dalam 4tahun tu lah banyak suka dan duka aku lalui bersama dia,setiap cubaan dan rintangan aku hadapi dengan hati yang tabah.Aku tak tahu bahagian mana yang tak kena dengan hubungan kami,yang aku tahu,aku seorang yang setia pada cinta,dan aku tahu betapa hati aku sayangkan dan cintakan dia sepenuh hati.Semua itu memang aku rasakan.

 Nama cintaku kedua .ITA.....boleh dikatakan,dia seorag gadis yang cantik dan baik.Tak tahu macam mana bibit-bibit cinta boleh lahir dari dalam hati kami.Tahun pertama hubungan kami,semuanya nampak baik dimata aku.Dia cukup meyakinkan bahawa dia betul-betul cintakan aku,dengan lapaz kata-kata yang manja dan penuh keikhlasan.Kepercayaan aku kepadanya aku letakn melebihi 100%.Aku cukup syangkan dia,aku tak nak orang lain sakiti dia.Setiap kali dia mengadu pada aku ada orang yang cuba untuk mengurat,hati aku betul-betul tersentak dan tak tenang.aku risau,aku syangkan dia.aku tak nak kehilangan dia.

"abang,saya dah bosan duduk rumah,kata hani dekat kfc perlukan orang,sementara saya dapat kerja yang lebih baik,saya nak kerja kat sana dulu,boleh tak bang?"..kata ITA kepadaku.aku pun befikir panjang sebelum membuat keputusan.Kalau aku benarkan dia kerja,mesti pekerja lelaki kat kfc semua ngorat dia.Apa-apa pun,,aku benarkan juga dia bekerja disana.befikir positif sejenak.Siapa lah aku nak halang-halang dia untuk bekerja,belum sah lagi jadi suami isteri pun.

 Hubungan kami seperti biasa,tidak ada apa-apa perubahan yang ketara,kami selalu berjumpa,dan date sama-sama.Keyakinan yang kuletakan padanya semakin betamabah.dan aku dah yakin sangat bahawa dia lah cinta terakhir aku.Dan dia lah jodoh aku,sehinggakn satu saat aku pernah bersumpah kepadanya
,
"yang,abang janji,klau abang curang abang akan masuk neraka,".

Kata-kata itu lah yang aku pegang setiap saat,demi menjaga kesetian aku kepadanya.Kami sudah berjanji masing-masing akan setia.Boleh kah aku curang setelah aku keluarkan kata-kata macam tu?.rasanya tak kan?.

 Sudah 3 tahun usia percintaan kami,saat ini lah bagaikan aku jatuh dari satu puncak yang amat tinggi.aku menjadi pelik,kenapa setiap kali aku fikirkan ITA hati aku tidak akan tenang.Seolah-olah memberontak pada sesuatu yang aku sendiri tidak pasti sebenarnya.Perubahan demi perubahan sudah di tunjukan pada watak ITA dan aku sudah mula syak sesuatu,dia ada lelaki lain.

   Tapi aku bukan lah bodoh sangat,aku mengambil langkah yang bijak,setiap rentaknya aku turuti sperti biasa.Aku mula percayakn kata hati aku,aku mula menyiasat benda yang sepatutnya aku tahu.Bayangkan betapa sayangnya aku pada dia,bila saja aku fikirkan dia,dan hati aku tak senang,aku sanggup tak kerja hanya ingin mengetahui apa sebenarnya yang berlaku keatas dirinya.

  Aku bukan lah seorang yang kaya dan beharta,aku hanya lah seorang office boy.Aku hanya mempunyai sebiji motorsikal honda ex5.Dengan unta itu lah aku selalu pergi berjumpa denganya.Jarak aku dengan dia juga merupakan satu maslah,2 jam perjalanan.Tapi aku yang selalu bergerak jemput dia kalau nak keluar date.Dalam hujan,dan gelap pun aku sanggup redah hanya kerana ingin berjumpa dengan dia,dah namanya sayang.

"ang ang ang..doraemo..oon",,,Itu bunyi masej telefon aku,dan aku buka ada masej dari ITA.

"bang hubungan kita dah tak macam dulu lagi kan,dulu kita selalu keluar,bergurau senda,kita saling meluah antara satu sama lain.tapi skarang kita sama-sama sibuk dengan kerja,memang betul kita hari-hari masej,tapi masa untuk kita terhad,memang dah tak macam dulu,maafkan saya bang"

aku mula tak sedap hati,dan aku tanya dia,tanpa mengulas masej yang dia hantar.

"kalau dah ada yang lain tu terus terang je lah,awak ada bf baru kan?"..masej yang aku hantar kepada ITA.

nak tahu apa dia jawab?,,
"suka hati je tuduh-tuduh orang,xade lah,abang ni kesitu pula",..

Tapi,aku tak percya,,dan hati aku betul-betul dah tak senang,ini membuatkan aku mandi tak basah,tidur tak lena,makan lagi lah tak nak.
.
  Keesokkan harinya aku pergi tempat kerja dia,dan aku ambil cuti tanpa dia sendiri sedari.Aku kesana hanya ingin menyiasat apa sbenarnya yang berlaku.Sanggupnya aku hanya kerana ingin ,menenangkan hati aku yang penuh dengan teka teki.Bila saja ITA habis kerja,aku mengintai dari jauh,dan aku memang dah agak,ada seseorang yang bersama denganya.Hati aku betul-betul membuak,aku tahu dia tipu aku selama ini.

 Hati aku mula berkata-kata,kecewa,resah dan terluka sudah mula dirasai.walaupan sbenarnya aku tak pasti siapa lelaki yang bersamanya itu.Aku mula telefon dia dalam suasan tersebut.ternyata dia abaikan panggilan telefon dari aku,dia tak tahu kah yang aku dari tadi tengah perhatikan dia dengan lelaki tak guna itu.Suka suki aku je nak maki orang.arhhhhhhhhhh....makin pedih aku rasakn.Dia tak nak jawab panggilan telefon aku.Aku cuba tenangkan hati,dan pejamkan mata,aku cuba untuk bersabar.Hati aku berkata"kenapa kau buat aku macam ni".

 Tidak semana-mana,,dia dan lelaki tadi ternampak aku tengah syok perhatikan mereka dari tadi.Nampak sangat tepapar wajah bersalah dan risau di wajah ITA ,kami betentangan mata,lelaki tadi tinggalkan dia keseorangan.dan ITA datang mendekatiku.Aku tanya dia siapa,dia menjawab cuma kawan skerja.Tapi aku bukan bodoh.benda ni aku dah lama syak.dan aku paksa dia untuk mengaku siapa lelaki tersbut.dia bkeras juga tak mengaku.

  ITA minta aku hantar dia pulang kerumah,aku hanya menungang motosikal.Dalam perjalanan pulang itu,aku nampak di cermin sisi aku,ada sebuah motosikal sedang mengekori kami.dan aku yakin sangat itu adalah lelaki tadi.Berani-berani dia mengekori aku macam penjenayah.Aku cuma biarkan,dan sampai lah satu saat tiba di selekoh jalan raya.Tanpa ITA duga,,aku pusingkan kepala motorsikal aku dan bepatah semula,,,dan disitu jelas nampak lelaki tadi mengekori kami,,dan dia seolah-olah nak larikan diri.Tapi tak berdaya.mana tidak dia masuk halaman rumah orang cina yang ada anjinag.haaaaaaa,,,,disitu dia dah terperangkap dengan aku.Rasakan!!!

 Lelaki itu begitu jelas sekali nampak,,,ketakutan, rasa bersalah dan malu di mukanya.lantak lah kau dalam hati aku berkata,siapa suruh cari nahas.ITA pula cuba tengah menyabarkan aku,dan dia tahu aku tengah panas dan mud memang tak baik sangat.Belum sempat aku tanya lelaki itu,,dia awal-awal dah minta maaf dengan aku,dan aku ajak dia untuk berbincang.kami singgah dI sebuah jembatan yang ada berdekatan.Yang peliknya,,ITA pula tersenyaum dan gelak.Dalam masa yang sama dia tak nak kami berbual,dia cuba untuk larikan diri.tapi aku tak ambil peduli,sebab tengok cara dia aku dah panas hati,dalam keadaan dan situasi seperti itu  dia masi mampu ketawa dan tersenyaum.Tinggal aku dengan lelaki itu,ITA menjarakan diri dari kami.ITA takut aku akan buat sesuatu yang bodoh.

  Bertalu-talu soalan aku tanya pada lelaki tadi,dan ternyata dia memang bf ita yang baru.sebenarnya sudah setahun mereka bercinta tanpa aku sedari.Aku yang ketinggalan,kenapa begitu senang dia bodohkan aku.Bermacam-macam lelaki itu ceritakan kepada aku.Dalam hati aku pula hanya tuhan saja yang tahu.Kalau ikutkan hati,,aku tak akan bagi can sepatah pun lelaki itu becakap,memang aku dah cepuk,tapi demi sebuah kebenaran.aku cuba untuk bersabar.

  ITA hanya memerhati dari jarak yang jauh,,dia tahu aku sangat kecewa denganya.aku tahu dia rasa bersalah.Tapi kenapa dia buat semua ini kepada aku.Selesai kami berbincang,,kami cuba untuk mendapatkn ITA,kami bersemuka tiga orang.Aku suruh ITA membuat pilihan,siapa sebenarnya yang dia nak.Jawapn yang amat mengecewakn."saya nak dua-dua,",,stupid girl.boleh kah dalam satu masa memiliki dua hati.

  Aku mula mendesak dia,supaya cepat membuat keputusan,sebab aku dah tak tahan dengan semua itu.Dan aku dah maafkan dia atas apa yang dia buat pada aku,walaupn sebenarnya aku tak maafkan dia lagi.Akhirnya dia pilih aku,cinta yang berusia 3 tahun.dan lelaki tadi undur diri,dengan hati yang sayu dan kecewa.ZACK jaga ITA baik-baik ok."Ciss!!!".kata hati aku,dah lama aku jaga dia kau yang menganggu.Tapi aku tetap bersabar.Aku pendam semuanya dalam hati.Aku simpan air mata aku untuk perjalanan pulang kerumah aku nanti.

  Sudah 3 bulan peristiwa tersebut berlaku,dan hati aku sudah mula dapat memaafkan ITA sepenuh hati.Tapi masih ada keraguan lagi di hati aku.Dan aku memang tahu,tak semudah dia akan lupakan lelaki itu.Mereka rakan sekerja,ita selalu mengadu kepadaku,yang syam merayu dan masih menganggu dia.Dan dia selalu mengugut ita,untuk bocorkan rahsia yang aku sendiri tak tahu. kepada keluarga ita.

 Suatu hari aku mula terfikir tentang ITA,apakah selama dia bersama syam mereka tak prnah buat benda bodoh?.Aku telefon ITA,dan aku tanya soalan yang sebenarnya aku tak patut tanya.Tapi memang patut pun.

"selama awak dengan syam pernah tak awak buat benda bodoh?",,

  Korang faham-faham saja lah apa yang aku maksudkan.Dia tetap tak mengaku,tapi aku masih tidak percaya,aku tanya lagi soalan itu bertalu-talu kepadanya.dan aku suruh ITA bersumpah atas nama bapa dan mak dia.akhirnya,

"maafkn sy....ya kami pernah buat hubungan intim,saya minta maaf,saya sayangkan abg,saya buat hanya sekali dengan dia,sy xnak kehilangan abg,jgn tinggalkn sy"...

.......cerita cintaku berhenti disini untuk seketika..........


2 ulasan:

Khairiyah berkata...

awak sy doakan awk bahagia,,semoga awk bertemu dengan insan yg dapat bahagiakan awk sebenar2nya,,i'm a super girl~lalalala..hepi2 slalu k??xpayah dkenangkn benda yg dh berlaku,anggap sebagai ujian allah untuk awk

Senget itu seni berkata...

Bayammmm....sentap der aku baca blog ko...cam berbeza ngan ape yg aku knl ko...derrr xpeah aku doakn yg terbaik tok ko..pape pon ko tetap bayam aku selamanya brooo huuuuuu