Selasa, 25 Januari 2011

HATI SEORANG LELAKI

Aku seorang lelaki.aku hidup dengan gaya yang sederhana.kini umur aku sudah memasuki era 24 tahun.Aku merasakan tidak ada apa yang berubah dengan diri aku.Perasaan aku sama sahaja seperti dulu.Waktu kecilku hinggalah waktu dewasaku kini.Tidak ada apa yang aku nak banggakan dengan diri aku.Aku cuma bersyukur,kerana aku lahir sebagi seorang islam.

 Kini aku sudah bekerja,dan kini seharusnya aku sudah menjadi lebih matang dalam semua hal.Dulu aku hanya lah penuntut dI sebuah Institut,dan ini lah hasil yang aku perolehi sekarang.Aku bersyukur,wlauapun ianya masih belum memuaskan hati,cukup lah sekadar aku bukan dilihat seorang yang suka jadi penganggur.

 Seperti orang lain,aku juga mempunyai kisah suka dan duka.Ada kisah yang tak boleh diceritakan dan ada juga kisah aku yang boleh diceritakn.Tapi aku bukan lah jenis orang yang suka bercerita masalah pada orang lain.aAku tidak mahu di anggap sebagai menagih simpati dan kasihan orag lain bila mendengar setiap kisah dan maslah aku.Itu salah satu faktor yang mendorong aku untuk menjadi seorang yang memendam perasaan.

 Dulu aku adalah seorang yang periang,dan dulu juga aku bukan lah seorang yang suka pada masalah,aku tidak mahu kepala aku di penuhi dengan pelbagai masalah.Dengan kawan-kawan aku suka membuat lawak,adakalanya kadang-kadang lawak aku banyak tidak menjadi,tapi aku berusaha buat orang sampai gelak,itu salah satu kelebihan aku.Walaupun pada kasarnya aku nampak seperti seorang yang amat serius.

 Dulu aku tidak pandai bercinta,dulu aku tidak berani mendekati cinta,dulu juga aku bukan seorang yang ingin menikmati cinta.Aku pernah dikatakan sombong satu ketika dulu ,oleh beberapa wanita yang pernah meminati aku.hanya kerana aku tidak membalas surat-surat yang aku terima dari mereka.Semua itu aku ambil positif,kerana dalam fikiran aku belum tiba masanya untuk aku bercinta pada masa itu.

 Satu malam yang aku rasakan sungguh dingin sekali,dalam tidur aku diberi sebuah mimpi.Dalam mimpi itu cinta datang kepadaku dalam bentuk wanita berpakaian serba putih.Sungguh bercahaya jasad wanita itu,akan tetapi aku sungguh kesal,aku tidak mampu melihat wajah si jelita itu.Aku mula bersuara dan menanyakan wanita itu."awak siapa?,".tanya aku pada wanita itu.

"aku lah cinta.cinta yang ingin dimiliki oleh setiap makhluk di muka bumi ini.aku datang kedalam mimpimu kerana sudah tiba masanya kau mengenali cinta.kau kejarlah aku.akulah cintamu.aku hadir untumu."

 Suara itu sungguh lemah lembut dan merdu sekali.ia berkata dengan nada yang perlahan kepadaku.Lengok tutur kata wanita itu cukup memukau hatiku.Peristiwa ini berlaku di alam mimpiku.

 Mimpi itu lah yang membuat aku mula mendekati cinta,dan mulai saat itulah aku kemaruk dengan cinta.Cinta itu mengajar aku segala-galanya.Segala nikmat perasaan aku rasakan.

  Dulu aku mencintai seorang wanita.Wanita itu datang kepadaku sebagai pembangkit semangat aku.Dia hadir setiap saat aku perlukan.Aku mencintainya setulus dan sepenuh hati.Tidak ada lagi yang aku rasakan .melainkan hanya mencintainya semata-mata.Begitu taksubnya aku pada cinta.Hatiku ku berikan sepenuhnya kepada wanita itu.Dia sudah memiliki hatiku.

 Aku begitu yakin dengan cintanya,dalam hatiku dia lah jodoh sebaik-baik untuk aku.Kami sudah saling merancang masa hadapan apa akan jadi satu hari nanti.ternyata rancangan kami itu cukup meyakinkan antara dua pihak.begitu lama kami sudah becinta,dan sepatutnya sudah tiba masanya kami mendirikan rumah bahagia.Tapi kecacatan ada pada aku.Aku masih belum mampu memberi itu semua.Aku begitu yakin pada cinta.tapi aku lupa,duit itu juga merupakan satu syarat dalam percintaaan yang berjaya.

 Mungkin aku telah mengecewakan dia.Apa lah sangat kemampuan aku.Hanya bekerja sebagai seorang mekanik kereta.bekerja di company yang kecil.bermain dengan enjin kereta bermandi dengan minyak hitam.Nampak selekeh bila waktu aku kerja.Pakaian yang begitu comot dan tidak terurus.Begitulah personaliti seorang mekanik yang bekerja di company kecil.Itu lah watak aku.

Adakah wanita yang tahan bercinta dengan aku?
Adakah wanita yang sanggup menunggui cinta aku?
Aampai bila?
Aampai tua?
Sanggup kah wanita hidup bersama seorang mekanaik seperti  aku?

 Aku bercinta dengan kekasih aku selama 4 tahun lebih.Satu waktu yang cukup lama.Aku dan dia begitu rapat sekali.Dia lah kekasih dia lah teman.Sejujurnya aku tidak mempunyai teman yang lain yang begitu rapat sperti kekasih aku.Hanya dia yang memahami aku,setiap jiwa aku dia usik dengan pelbagai corak senyuman.

 Aku tidak mempunyai ramai teman sperti orang lain,yang hidup dengan ramai kawan.yang sentiasa berkongsi masalh dengan kawan,yang selalu lepak dan keluar dengan kawan.Aku bukan seperi itu.Bukan kerana aku sombong,kerana aku punya sebab tertentu.

 Kenapa bila saja cinta itu sudah cukup kukuh untuk kita nikmati,untuk kita bawa sebagi bekal ke alam yang lebih bermakna dalam hidup.Cinta itu mula semakin malap.Kenapa pembohongan hampir saja menyerupai kejujuran.Kenapa pengkhianatan hampira saja menyerupai kesetian,sukar untuk kita bezakan.

 Cinta yang telah aku bina selama 4 tahun kini sudah mula hancur.Aku semakin tidak mengenali siapa kekasih aku.Disebalik kesetiaannya tersembunyi seribu rahsia.Suatu saat dia berkata kepadaku." saya takut kehilangan abang,tapi semua itu allah yang menentukan".aku mula kesal dengan kata-katanya.dia semakin berani jujur kepadaku,tapi di selindungi rasa bersalah dan penipuan yang aku sendiri belum sedari.

 Apa lah daya aku sebagai seorang lelaki yang ,mempunyai hati yang begitu lemah,walaupn pada zahirnya aku namapk seorang yang tabah dalam sesuatu situasi.Aku juga mempunyai hati dan perasaan,aku juga pandai menagis sperti insan yang lain,aku juga pandai kecewa,aku juga pandai berduka.Semua itu aku pendam dalam hati.aku tak pernah melihatkan semua itu pada orang lain.

 Bagaimana rasanya bila saja aku mengetahui kekasih yang aku sayangi dan aku cintai mula curang di belakangku.Dia lah teman dia lah kekasih,dalam hati aku cuma memiliki dia.Begitulah cinta aku kepadanya.Aku cukup bahagia bila berada disampingnya.Aku akan berbuat apa saja untuk dia, mengikut kemampuan aku.Selalunya aku akan buat yang terbaik untuk dia.

 Suatu hari,,13 mei 2009.hari yang cukup memberi kesan dalam hidup aku.dia mengajak aku berjumpa,pada hari itu aku dapat merasakan ada sesuatu yang akan bakal berlaku.namun aku masih belum mampu dapat mengagak.Pada masa itu kami hanya bersembang berhampiran telefon awam yg melekat di dinding sebuah kedai.Sukar untuk digambarkan.

 Saat dia bercerita kepada aku tentang kecuranganya .Aku hanya terdiam membisu,aku dengar suara tangisannya diiringi ayat-ayat simpati.Memohon kemaafan dari aku.Dia tersedu-sedu,rasa bersalahnya dapat aku rasakan.Rayuannya kepada ku untuk tidak meninggalkanya dari hidup ku begitu bersungguh sekali.Namun aku masih belum mampu bersuara,aku memberi peluang kepadanya untuk menjelaskan segalannya.Aku tahan air mataku daripada mengalir membasahi pipiku,aku memahami maksudnya.Aku palingkan mukaku membelakanginya.Mataku semakin merah,air mata seakan-akan tidak mampu lagi aku tahan.hatiku remuk,kecewa dan sedih.Semua yang diceritakannya aku dengar dengan jelas sekali.

 Aku cuba selindungi kesedihanku daripadanya.Aku mula bersuara,dengan harapan airmata aku tidak akan keluar.Aku tanya hubunganya dengan lelaki itu sampai ketahap mana.ternyata bila dia bercerita lagi,satu tamparan yang begitu hebat di hatiaku.Bagaikan hati aku telah di hempap oleh batu yang amat besar sekali.Seperti suami isteri yang biasa  lakukan,akan melakukan hubungan intim,dia dan lelaki itu tidak terlepas dari berbuat  semua itu.

 Rohku bagai dah keluar dari jasad.Airmata yang kucuba tahan dari mengalir,akhirnya mampu juga memecahkan empangan yang aku anggap sudah begitu cukup kukuh dari pada menahan air mata itu mengalir.
Akhirnya aku biarkan ia mengalir terus,tapi membelakangi kekasihku.

 Kekasih yang kusayang,yang kucintai yang ku agung-agungkan dari semua insan di bumi ini sudah mengkhianati aku.kepercayaan  yang aku berikan kepadanya di sia-siakan.Disaat aku meyakini cintanya saat itu juga dia telah bermain onak di belakangku.Dia menginginkan kestiaan ,keikhlasan dan,kejujuran cintaku.Aku telah berikan segalanya dan aku sudah buat yang terbaik untuknya.Kini dia pula yang mengkhianati aku.Mungkin semua itu belum cukup terbaik buatnya.

 Aku meninggalkan kekasihku tadi keseorangan,aku mebawa diri dengan hati yang begitu pilu sekali.Aku terbayang-bayang perbuatanya bersama lelaki itu di kepalaku,semakin aku bayangkan semakin sakit hati aku.Semakin pula aku tidak berdaya.Hati aku menangis,meronta,terluka.

 Pada malam itu,aku menangis sepuas-puasanya dalam bilik.Aku mula merasa keseorangan,perasaan yang tidak pernah aku rasakan selama ini.Sepanjang malam itu aku menangis,aku tidak tidur,aku tidak makan.Telefon aku matikan,aku tidak mahu di ganggu oleh sesiapa,yang pasti malam itu aku tidak mampu tidur.Sampai lah hari beganti siang.Seorang lelaki menangis hanya kerana seorang perempuan.

 Sudah seminggu peristiwa itu berlaku,ternyata aku masih lagi memikirkan dia,ternyata aku masih lagi menyayangi dia,ternyata aku masih lagi mencintanya.Aku merasakan, aku tidak mampu hidup tanpanya.Selama 4 tahun aku hidup bertemankan cintanya.Aku cuba hidupkan semula telefon aku.Aku melihat lebih seratus miscall dari bekas kekasih aku itu.Berpuluh-puluh mesej dikirimnya kepada aku.Aku membaca dan ternyata dia juga masih memerlukan aku,dia juga seperti aku,menangisi kehancuran cinta kami..

 Hatiku begitu lemah sekali,memang aku kecewa olehnya.Tapi dia menginginkan hubungan itu di bina semula.Dia ingin aku memaafkanya,kesalahnya bukan lah sesuatu yang amat kecil untuk di maafkan begitu saja.Mahkotanya yang sepatutnya aku miliki sudahpun di serahkanya kepada orang lain terlebih dulu.Oleh kerana sebab sayang dan cinta aku kepadanya.Aku memaafkanya walaupun begitu pahit untuk aku telan semuanya.Aku cuba berfikir positif,aku menerimanya seperti dulu.Aku anggap dia seperti kekasih baruku,walaupan dia orang yang sama.Semua itu hanya sebagai langkah untuk mengawal emosi aku yang cukup lemah.Kenapa aku begitu baik sekali,cinta itu memang buta.

hubungan kami berlanjutan 4 bulan seperti biasa,kesalahnya hampir mampu aku maafkn sepenuhnya.,walaupn kadang-kadang aku masih kecewa dengan sikapnya.yang mengangap seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.betul kah dia seperti dulu,yang benar-benar mencintaiku.aku hanya diam membisu,biar hatiku berkata-kata.aku akan cuba perbaiki setiap kelemahanku untuknya.

 Tahun 2010 hampir menjelma.dalam 3 minggu lagi tahun 2009 akan di tinggalkan.kekasih aku ingin melanjutkan pelajaran.Dia minta pendapat dan persetujuan dari aku.Pada dasarnya,aku memang tidak bersetuju,aku tahu,bila saja dia menjejaki di satu tempat yang baru ,aku akan mula hilang keyakinan akan cintanya.Aku yakin dia akan mula curang lagi.Tapi demi kebaikan dia,dan masa hadapanya,aku cuba untuk berfikiran  positif dalam semua hal.Aku tidakmahu mengongkong anak orang.Aku belum ada hak apa-apa lagi keatasnya,hanya sebgai seorang kekasih.

  5 January 2010,Kekasihku melanjutkan pelajaran di sebuah kolej sewasta,dia tinggal di hostel yang di berikan kepada mereka untuk pelajar wanita.Dalam masa seminggu dia di sana,setiap hari dia meluahkan perasaannya kepadaku,dia mengadu nasibnya disana.Dia tiada berteman,dia rindu dengan Ibunya,dia rindu ingin pulang kerumah.Aku cuba memberi dia semangat,aku cuba meyakinkan dia,dalam beberapa waktu lagi dia pasti akan ramai kawan.Aku juga berpengalaman pernah tinggal di asrama sewaktu aku menuntut di sebuah institut dulu.

 Aku mengira waktu,sudah hampir 3 minggu dia disana.Kami masi berhubung seperti biasa,dia sudah mula mengadu,ada beberapa lelaki yang menganggu ketenteramaannya,pelajar kolej itu juga.Hatiku yang dulu hampir dah tenang akibat  peristiwa hari itu,kini  memberontak semula.Aku hampir dapat menjangkakan dia akan buat lagi.Tapi dia cuba untuk meyakinkan aku,dia benci dengan lelaki-lelaki itu,aku hanya mendiamkan diri.

 Tiga bulan sudah dia belajar di kolej itu.Kini hati aku mula sudah tidak tenang.Cara dia bersembang  dengan aku bukan seperti biasa,memang ada sesuatu yang ttidak kena.Terasa da sesuatu lagi yang dia sembunyikan daripada pengetahuanku.Kenapa begitu banyak sekali dugaan yang datang kepadaku.Aku sudah mula mengeluh.

 Keesokan harinya,aku ingin datang datang kekolejnya.dengan harapan aku dapat sesuatu tentang kekasih aku.Kolejnya dari tempat aku tinggal mengambil masa 3 jam perjalanan.Dalam perjalanan kesana pula,aku harus melintasi beberapa buah bukit yang tinggi.Boleh dikatakn suku perjalanan kesana adalah kawasan berbukit.

 Daerah itu adalah baru bagi aku,maklumlah daerah terletak kolejnya itu sebenarnya jauh dari pusat bandar.Jadi aku sememangnya tidak pernah lagi pergi kesana dan aku langsung tidak tahu menahu tentang dimana letaknya kolej itu.Aku hanya bergerak kesana dengan sebuah motorsikal Honda Wave 100.Tanpa di temani kawan,aku bergerak sendirian.Selok belok jalan menuju kedaerah itu pun sebenarnya aku tidak tahu.Aku kesana hanya berdasrkan petunjuk papan tanda yang tertulis di tepi tepi jalan.

 Dalam perjalanan kedaerah itu,aku terserempak dengan seorang wanita tua.Masa itu aku betul-betul berada di kawasn jalan berbukit,kebetulan itu juga tidak ada sebuah kereta atau kenderaan pun yang lalu diwaktu itu.Aku melihat perempuan tua itu meminta pertolong,dia duduk rebah seperti kesakitan.Aku memberhentikan motorsikal aku.dan cuba untuk membantu dia.Aku melihat wajah orang tua itu nampak muram sekali,aku tanya dia pula tidak menjawab.Aku biarkan,aku  melihat kaki orang tua itu berdarah.Aku cuba menolong orang tua itu bangun,bila saja aku pegang tanganya,aku tersentak,begitu sejuk sekali.aku tidak mengindahkannya.

 Aku mengajak orang tua itu duduk di tepi jalan berhampiran motorsikal aku,kebetulan ada sebiji batu besar di sana,boleh dikatakan sesuai kalau di buat untuk duduk.Aku dudukkan orang tua itu di atsa batu.Sudah banyak kali aku bersuara dan bertnya,orang tua itu pula asyik membisu.dan tunduk.Aku cuba melihat kakinya yang berdarah itu,lukanya tidak lah besar sangat.aAku  cuba bangun dan mendapatkan pembalut yang kebetulan memang sentiasa aku bawa kemana-mana pun aku pergi.

 Ketika aku membuka tempat duduk motorsikal aku,tiba-tiba.satu petir yang amat kuat berbunyi,aku begitu terjkejut sekali,apa tidak cuaca aku tengok pada hari itu namapak elokdan cerah.Bulu roma aku pula tiba-tiba saja berdiri.Perasaan aku pula semakin tidak enak.Bila saja aku berpaling untuk mendapatkan orang tua itu tadi.aku di kejutkan lagi.Kemana hilangnya orang tua yang aku tolong tadi.Dia ghaib secara tiba-tiba.Dalam fikiran aku,tak kan lah orang tua itu  takut dengan aku dan menganggap aku ini  adalah penjahat.Mungkin sebab itu dia lari meninggalkan aku.Aku pula jadi bingung di buatnya.

 Bulu roma aku semakin menegak,seperti ada sesuatu yang tidak kena.Aku menghidupkan motor aku,dan tanpa berlengah aku cuba beredar dari sana.Motorsikal aku terasa berat sangat,bukan sesuatu yang biasa aku rasakan..Hati aku semakin risau,perjalanan aku sudah tertangguh.Tidak semana-mana,aku di kejutkan lagi.

  Tiba-tiba saja satu pelukan aku rasakan dari belakang.Aku lihat di cermin sisiku,wanita tua itu tadi ada ikut membonceng  di belakangku,sambil memeluk aku.Aku teriak tanda ketakutan dan tanda terkejut,aku lihat rambutnya kembang mengurai,wajah orang tua itu nampak buruk sekali,bau busuk yang teramat sangat menyusuk hidungku.Aku berpeluh dan makin ketakutan.

 Tanpa segan silu dan belas kasihan,aku hentak muka orang tua itu menggunakan siku sebelah kananku dengan sekuat hati aku.Aku kesakitan kerana siku aku tadi terkena gigi orang tua itu.Aku buat berkali-kali sehinggalah orang tua itu melepaskan pelukanya dan terjatuh bergolek dari atas motosikal aku.Baru aku rasakn motorsikal aku semakin ringan.Aku toleh kebelakang dan aku lihat orang tua itu sudah tiada,aku tidak tahu kemana menghilangnya.aku bergerak laju menuju kedistinasiku.

 Aku sudah tiba di Daerah kolej di mana kekasih aku berlajar.Satu lagi masalah buat aku,aku tidak tahu di mana kedudukan kolej itu.Aku terkenang dulu dia pernah memberitahu aku yang kolej itu berhampiran dengan sebuah hotel.Aku terus mencari,aku malas menanyakan kekasih aku pada waktu itu,sebab aku tidak mahu dia tahu yang aku sudah berada disana.Aku melihat jam sudah menhampiri pukul 2 petang.Waktu ini sepatutnya dia dah keluar kolej.Aku menelefonnya.dan mengajak dia berjumpa dengan aku.ternyata pada mulanya dia erkejut dengan kedatanganku dan bermacam alasan yang dia bagi untuk mengelak berjumpa dengan aku.tapi lama kelamaan dia mengalah juga.

 Aku mengajaknya makan disebuah restoran,sepatutnya dia bergembira sebab aku datang untuknya,tapi dia memarahi aku pula.Tapi memang salah aku juga pada masa itu sebab datang tanpa pengetahuanya.Aku  sbenarnnya ingin buat kejutan kepadanya.Akhirnya dia senyum dengan pujukan aku.Kami bergerak bersama--sama mencari restoran yang sesuai.Dia lebih arif tentang daerah itu berbanding aku,jadi aku serahkan kepadanya untuk memilih restoran.Kami hanya bergerak berjalan kaki,tanpa menaiki motorsikal aku.

 Bila saja tiba dalam restoran telefon kekasih aku asyik berbunyi,dan bunyi itu aku kenal,itu bunyi mesej telefon  dia.Pada mulanya aku tidak mengendahkan.mungkin itu masej dari keluarganya.Makanan yang kami pesan tadi sudah sampai,aku makan,dia pun makan.Aku sayang sangat dengan kekasih aku,aku betul-betul tidak mahu kehilanganya. Tiba-tiba pula aku merasa sayu sekali pada hari itu.Dia meminta telefon aku,dia nak tangkap gambar aku makan,dia suka buat lawak dengan aku,aku tahu dia cuba buat aku tersenyum,banyak gambar aku yang dia tangkap.Tapi itu pun menggunakn telefon aku.maklumlah telefon dia tak ada camera.

 Aku perhatikan telefon kekasih aku asyik berbunyi dari tadi,hati aku makin tidak senang dengan semua itu.Kenapa dia tidak tidak  membuka masej yang di hantar.Aku mula syak sesuatu.aku mengajaknya keluar darI restoran,dan semua makanan tadi aku sudah bayar.Kami pun bergerak menuju hostelnya.dalam 30  langkah dari restoran itu,akhirnya dia mengeluarkan telefonya,dan dia cuba menjarakkn diri dari aku,aku biar dia bergarak di hadapan,degan tak semana-manaaku merampas telefonya dari  tanganya,nampak tepancar seribu ketakutan di wajahnya,dia seakan-akan menagis meminta telefonya kembali,aku bergerak laju sedikit di hadapnya,dengan hati yang memberontak.

 Dengan lafaz bismillah aku membuka masej-masej yang ada di telefon nya.ternyata,pisang berbuah dua kali,seseorang yang telah aku maafkan dari satu kesalahaan yang amat besar mula mengkhianati aku lagi.Semua masej yang aku baca penuh dengan panggilan sayang.Aku tahu semua itu bukan masej dari aku,hati aku retak lagi.Aku cuba menenangkan diri.Aku menarik nafas perlahan-lahan dan panjang.Dalam hati,aku tidak mampu berkata lagi,hati aku sudah bergelut dengan pelbagai rasa.Hati aku bagi di cencang-cencang lagi.Satu denyutan yang amat kuat dan laju di jantungku.Aku seakan-akan tidak mampu bernafas.Air mata aku cuba untuk mengalir lagi.Aku tahan sedaya upaya aku,untuk menunjukkan kelakian aku.

 Telefon kekasih aku tadi aku serahkan kembali kepadanya,dan aku tahu lelaki itu ingin berjumpa denganya pada waktu itu.Aku meminta,supaya kekasih aku menemukan lelaki itu dengan aku.Aku cuba untuk bersabar dan aku sudah menjadi lemah.Aku cuba kawal emosiku,dia tahu aku sangat bersedih.dia tahu aku sangat kecewa denganya.Kekasih aku mula tidak tenang,dia tidak mahu aku berjumpa dengan lelaki itu.Dia tidak mahu aku meninggalkanya .Aku merayu pada kekasihku,supaya dia memenuhi permintaan aku.Tapi dia tetap berdegil dan tidak mengendahkn.Dia menyuruh aku pulang,sebab perjalanan aku jauh.dia takut aku akan sampai malam kerumah.Itu cuma alasan semata-mata darinya.

 Apabila kami semakin  hampir dengan hostel kekasih aku,aku ternamapk kawan sekuliahnya  bercerita dengan seorang lelaki.Mungkin dengan teman lelakinya.Aku mula berfikir mungkin lelaki yang menghantar masej itu tadi ada berhampiran.Aku memberitahu kekasih aku,yang aku ingin balik sekarang,dan aku meninggalkanya.Aku bukan lah seorang yang bodoh.Aku mula menghidupkan motorsikal aku,dan aku pura-pura bergerak meninggalkan hostel kekasihnya.Dia hanya memerhatikan aku,dan aku lihat dia menaiki hostelnya.Aku bepatah semula ke hostel kekasih aku tadi,dan aku menjarakan diri dan mula menyorok dari dilihat,dalam beberapa minit saja aku melihat kekasih aku tadi bukan di hostel.tapi sebaliknya,duduk bersama seorang lelaki di sebuah tempat duduk awam.

Pada mulanya aku hanya memerhati dari jauh.Dan aku mula yakin yang mengahntar masej itu adalah dia.Aku mendekati meraka,aku melihat bukan hanyan dia,kawannya juga ada turut menemani,aku terus turun dari motorsikal,dan aku mendekati mereka,ternyata.kekasih aku begitu menyakitkan hati.Dia lari naik ke hostel dan tidak mahu bersemuka dengan aku,aku mengejarnya sampailah keatas hotel,lelaki itu hanya melihat dan terdiam.Satu perbuatan yang agak berani sedikit.Aku mengejarnya hinggalah kedalam hostel kekasih aku.Hostel perempuan adalah tempat larangan bagi orang luar.Aku masuk tanpa segan silu dan menariknya berjumpa dengan lelaki itu tadi.

 Hari yang begitu bodoh sekali aku rasakan.Ini lah hari penentu cinta aku sebenarnya.Aku berhadapan dengan lelaki itu.Satu tindakan yang amat bodoh,dalam keadaan itu,aku banyak bercakap,mereka hanya duduk terdiam,aku meluahakan perasaan aku pada waktu itu,kebetulan kawan-kawan mereka turut melihat drama korea itu.Aku sebagai watak yang menceritakan sebuah perasaan yang telah di khianati.Aku mula lesu,aku sudah tidak berdaya lagi.Lelaki itu hanya diam membisu.kekasihku resah tidak menentu,aku sudah mengalah,aku tidak tahan lagi menanggung semua itu.Aku mengambil keputusan biar aku lah yang mengundurkan diri,aku korbankan hubungan aku selama 4tahun lebih.

 Lelaki itu meminta maaf kepada aku,seakan-akan dia ingin memeluku,tapi aku cuba mengelak,emosiku waktu itu tidak menentu.Air mataku yang cuba untuk mengalir kepipiku ,aku tahan sedaya upaya waktu itu.Aku mnegucapakn selamat tinggal kepada keksihku dan lelaki itu.Aku sudah puas  hati,banyak benda yang telah aku cakap kepada mereka.dan aku betul-betul betekad untuk mengundur diri.Wlaupun aku begitu sedih sekali.

 Dengan hati yang sayu dan pilu aku melangkah pergi meninggalkan mereka,terpancar rasa bersalah di wajah kekasihku.Aku tahu dia dia juga dalam delima untuk memlilih siapa yang benar-benar untuk di milikinya.Aku terkenang dalam perjalanan dari restoran tadi,aku masih ingat kekasih aku berkata,lelaki itu hanya boyfriend sementara,dan dia tidak serius bercinta denganya,semua itu hanya cinta kontrak.Dia hanya mempergunakan lelaki itu untuk membanatu dia membuat setiap tugasan yang di beri.Walau apapun alasan yang di beri aku sudah tidak berdaya lagi meneruskan hubungan itu.

 Dalam beberapa langkah aku meninggalkan mereka,air mataku telah jatuh mengalir sendirinya,aku tidak lagi mampu menahanya.Pipiku habis di basahi air mata.Aku mencapai motorsikal aku,dan aku bergerak pulang menuju kerumah . Sepanjang perjalanan pulang itu,air mataku tidak berhenti mengalir,aku juga di timpa hujan,tapi semua itu aku tidak endahkan,aku menangisi kehancuran cinta yang aku bangga-banggakan selama ini.

 Aku Anuar bin Zainal Arif,bukan seperti dulu lagi.Diriku sudah mati,semangat ku hilang entah kemana,dan kini aku bagai mayat hidup.Aku tidak lagi mampu tersenyum,jiwaku masih meratapi pemergian kekasihku.Tapi aku cuba untuk melawan semua itu.Aku tidak lagi banyak bercakap seperti dulu,kini aku lebih suka banyak membisu seribu bahasa.Apabila aku melihat dua pasangan kekasih sedang berduaan.aku akan terkenang kekasih aku.Betapa aku mencintainya dan menyayanginya.Tapi kini ianya sudah pergi dari hidup aku.Semua itu hanaya tinggal kenangan.

 Pada saat ini aku tidak lagi mempercayai kata-kata manis wanita,bila kepercayaan kita di pergunakan.amat perit sekali untuk kita menerimanya.Kejujuran biasanya diiringi dengan penipuan,adakalanya bila kita jujur oranag akan pergunakan kita,apabila kita di pergunakan kita selalunya mudah terleka.Kita meletakkan kepercayaan sepenuh hati kita kepada seseorang yang kita harapkan.Dan apabila kita mengetahui yang kita sudah dikhianati.kita akan merasa hati kita memberontak.Memberontak yang seakan-akan tidak ada jawapanya.Aku bukan menyalahi wanita,aku berkata untuk semua orang,apa pun jantinanya,apapun setatusnya,apa pun agamanya.kejujuran amat penting dalam hidup kita.

Biar orang mengkhianati kita.biar orang menipu kita,jangan sesekali kita yang mengkhianati orang yang ada di sekeliling kita dan yang mengenali diri kita.kejujuran amat penting dalam sesuatu perhubungan.

"Hidup mati kerana cinta,"
Hanya cinta yang ingin di rasa,
Kalau benar cinta itu buta,
Sakit lah jiwa,sakit lah hati badan pula menjadi mangsa..

6 ulasan:

THE LITTLE OF ME berkata...

jiwang x abis2...
kihkihkih

Khairiyah berkata...

cerpen yg best,,,,suke bace

AYIE RESHQUE berkata...

thankz,,,komeny all.hobi d masa lapang,,;-,

::Khazinatul Asrar:: berkata...

macam pengalaman sendiri je..ye ke?

AYIE RESHQUE berkata...

ehem2,,,leh d katakn mcm tue lh jg..hantu tue tmbh2 je ckit.saje bljr2 nk wat crpn..tp bnyk sgt klemahn,,hehehe

Unknown berkata...

cam betul tpi tang antu tu seberani itukah lelaki tu berbuat begitu? asenyer kalau realiti mau pengsan kat ctu gak hehe...