Jumaat, 25 Februari 2011

TERIAK

lihat saja awan putih  itu,,
di situ letaknya kau,,
lihat saja gunung yang tinggi itu,,
disitu juga letaknya kau,,
jangan kau pandang angin yang bertiup itu,,
ia tak mampu di lihat oleh mu,
cuba kau sentuh bayu itu,,
mesti terasa oleh tubuhmu,,
kau mengerti maksudku?....

cuba lihat lagi di kaki pelangi itu,,
di situ adanya aku,,
ketemu kah kau?,,

teriakan saja suara hatimu,,
itu maksudnya kau mencari diriku,,
sampai kemana tingginya suaramu,,
sampaikah ke warna pelangi yang ketujuh??

ku pejam mataku,,
kabus itu pn menyelubungiku,,
bayang-bayang itu mengekori setiap langkah jejakku,,
yang hanya ada di depanku,,
sekelompok embun yang membasahi ruang perjalananku,
ku buka mataku,,
ku lihat sekelililngku,,
aku dalam keliru,

kau?
siapa kau?
kau itu lah "semangat" ku,,
kau telah bebas dalam diriku,,
kau telah pergi jauh meningalkan ruang jasadku,,
kau pergi ke awan yang tinggi itu,,
kau tinggalkan aku,,
kau juga pergi ke puncak gunung itu,,
apa tujuan mu?...

ku cuba seru kau,,
kau mencari-cari aku,,
sampaikn ku mendengar suaramu,,
lantang bergema di pelangi warna yang ketujuh,,
dalam kabus yang tebal itu,,
kau malu berdepan dengan ku,,
hanya mengekori bagaikn bayangku sendiri,

semangat..
ku rayu padamu,,
bersatu lah dengan jasadku,,
biar sabar itu menemanimu,,
berteriak saja kau dalam diriku,,
jangan sesekali kau bebas lagi,,
tidak kah kau sedih melihat jasadku,
mengeluh nasib kehilangan mu..


1 ulasan:

Khairiyah berkata...

NICE...apakah yang akan terjadi jika semangat itu sudah hilang???