Khamis, 30 Januari 2014
Kebenaran Theweeklypay?
Assalammualaikum...hari ni aku nak cerita tentang satu virus yang melanda kat alam maya sekarang.Benda ni mungkin dah lama.Tapi kali ni aku saja nak kongsi dengan korang..mungkin bermanfaat untuk sebahagian para reader dalam blog ni.
Rasanya korang pernah dengar dan tengok tentang theweeklypay.Mungkin ada juga yang tak tahu lagi.Ok..mehh aku kongsi satu hal..theweeklypay ni ada lah satu sistem yang akan generate trafik secara percuma.dan setiap klik pada link tersebut akan di beri ganjaran us10$ pada pemilik link tersebut.mak ai kau jahhh.siapa tak nak kan?...faham tak ni?...dia macam ni...siapa yang register kat theweeklypay tu akan di beri satu link.kemudian korang kononya akan bekerja dengan mempromosikan link tersebut.setiap klik pada link tersebut bermakna anda telah mendapat 10USD.gilerrrr weiyyyyy lumayannn.
Hahahahaha memang lumayan...cuba bayangkan kalau seribu orang yang klik.hahahaha...tak pun cincai je lah....30 orang..dah berapa? hahaha cuba pula darab dengan ringgit malaysia.kau gilerr jah.... bukan susah pun kalau setakat nak dapat 30 klik..tapi masalahnya di sini.adakah benda tu benar-benar wujud atau sekadar muslihat dari sesebuah agensi untuk mengaburi mata orang dengan menjanjikan jalan mudah?...hahahah
aku dah kaji benda alah ni...semuanya hanya lah tipu muslihat semata-mata.Bagi yang punya otak dan fikiran pasti dah boleh syak yang benda ni memang ada muslihat.so kalau korang rasa nak cuba boleh juga.korang tak akan rugi apa2 pun.selagi korang tak ON OK dan send ke 32355.aku dah sampai takat ni.tahap dah nak keluarkan hasil yang aku buat.dan ternyata semuanya hanyalah muslihat semata-mata.harap korang semua tak akan terpedaya dengan semua tu.kalu korang nak cuba silakan lah..dan tengok macam mana perjalanannya.
ok tu je lah yang boleh aku taip.harap bermanfaat untuk orang2 yang mencari kebenaran theweeklypay ni.benda ni kalau setakat nak buat game boleh...tengok berapa ramai yang dah klik boleh hahahaha
notis: kalau sesesiapa dah berjaya keluarkan duit dari theweeklypay tu.sila info kat sini hahahaha
by: ayie reshque____
Khamis, 16 Januari 2014
besi yang bengkok
hati yang terluka umpama besi yang bengkok.walau di ketuk sukar kembali pada bentuk asalnya.lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan.
Jumaat, 29 November 2013
MONOLOG HATI PENGEMIS 3
PART 3
aku bicara tentang merpati yang kepenatan
yang tak mampu mendendangkan siulannya
namun tak ada yang mengerti
aku bicara tentang warna pelangi yang ke lapan
warna yang terhasil dari sebuah kerinduan
namun tak ada juga yang mengerti
aku bicara lagi tentang puisi yang ku ciptakan
tentang rose merah yang masih kemerahan
sungguh tak ada juga yang mengerti..
aku bicara tentang awan putih yang membawa hujan di empangan
sedangkan gurun sahara kering kontang ketandusan..
ternyata tak ada juga yang mengerti
aku bicara seperti orang gila
entah kemana hilang siumannya
monolog yang tiada sudahnya
by ayie reshque
MONOLOG HATI PENGEMIS 2
PART 2
bukan sekali jiwa tenggelam dalam lautan buana
atau terperangkap dalam tembok karya yang tak tercipta
ketahui la...
puisiku bukan lah untuk jiwa yang sedang berlari.
ayie reshque
Selasa, 26 November 2013
DI PONDOK KECIL DI PANTAI OMBAK
"di.... pondok kecil...di pantai ombak..berbuih putih. beralun....alun..''
ia sebuah lagu...lagu lama.ustaz kazim pernah nyanyi lagu ni..suatu hari tu. ketika aku menonton tv keluar la iklan karoot komedia.dalam tu aku tedengar jep nyanyi lagu ni..tersentap hati aku masa tu.kemudian pencarian aku pada lagu tu pun bermula.lama aku cari..akhirnya hari ni...aku dapat juga cari lagu tu.berbelit tak ayat aku?...huhu..aku ni mudah sangat tersentuh masa tengok movie dan masa dengar lagu.tapi lagu ni buat aku nak nangis jer dengar.
lagu ni ada dua versi.satu ada muzik dan satu tak ada muzik.bagi aku yang tak ada muzik tu meresap sangat kat jiwa..korang percaya la.... pada hati-hati yang suci pasti menangis dengar lagu ni.ek elehhh kononya hati aku ni suci la ye.hehehe (poyo).heyyy korang kalau tak menangis.sentuh dada sebelah kiri pejam mata.tanya hati kenapa aku tak menangis? kenapa aku tak tersentuh?.pasti ada yang tak kena.klik link kat bawah.
http://www.4shared.com/mp3/_QqPgUcK/nadamurni_-_di_pondok_kecil.htm = <<< versi tak ada muzik
huhu aku jer yang sebenarnya ketinggalan.dah berkurun lagu ni sebenarnya.
''BUIH PUTIH''
bergetar jiwa dan sarafku
mendengar lagu tentang ayahku
perginya bukan seperti ombak
mengempas tepian pantai
datang dan kembali membawa buih putih
oh ayah...
kau pergi melepasi sempadan duniwi
menunaikan janji bertemu yang maha tinggi
tinggal la kami disini
berperang dengan diri sendiri
oh ayahku
doaku adalah hadiah buatmu
airmataku bukan tak merdhai pemergianmu
kenangan yang kau tinggalakan bersamaku
tak mungkin aku temui lagi
ya allah..
rahmati lah ayahku..
tempatkan lah dia kedalam taman-taman syurga
di temani dengan khairatun hisan
yang di cipta dari zafaran di syurga
semoga kau tenang di alam sana.
(untuk yang kehilangan ayah)
ayie reshque.
Selasa, 19 November 2013
PANCING IKAN BESAR TEKNIK POPPER
Awal pagi lagi aku dah bangun.Semangat ingin memancing ikan haruan menggunakan teknik casting bekobar-kobar dalam diri aku pada pagi itu.Tepat jam 7.00 pagi aku bergegas ke tempat lokasi.Seperti biasa..aku menggunakan umpan jenis popper kecil untuk memikat haruan.
Aku bertolak secara solo tanpa di temani sesiapa pun.Sampai saja di lokasi ,aku terus melontar umpan yang aku bangga-banggakan selama ini.Bukan sekali dah berjaya aku jinakkan ikan haruan menggunakan teknik casting dengan umpan jenis popper.Tapi dah banyak kali juga berhasil.Tak lama!...satu sambaran dari bawah permukaan air menuju ke arah umpan yang aku baling tadi.Sayangnya terlepas,mungkin terlalu cepat aku menyentap pancing tadi.
Dalam empat ke enam kali juga aku melontarkan umpan jenis popper itu ke permukaan air...masih tak ada lagi rentapan dari arah bawah sana .Aku merehatkan diri seketika sekitar 30 saat ke 60 saat.Kemudian aku melontarkan semula popper itu diatas permukaan air.Beberapa saat kemudian...umpan aku di sambar oleh seekor ikan yang agak besar juga.Aku pun melayan karenahnya hingga beberapa saat..ternyata yang menyenatap itu adalah seekor haruan bersaiz XL juga.
Kemudian tiba la saat genting....aku membuka mata kail yang mengenai mulut ikan haruan tersebut..tak semana-mana..ikan tersebut cuba melarikan diri.Akibatnya...."arhhhhhhhhhhhhhhh... adoiiii..."mata kail mengenai tangan aku...dan ikan haruan masih lagi mlekat dekat umpan tersebut.Aku cemas saat itu.akhirnya allah memberi aku ilham dengan mengepit ikan haruan tersebut menggunakan kaki,dan membuka mata kail yang mengenai mulutny.Sekarang yang tinggal mata kail yang melekat kat tangan aku.korang tengok la kat bawah...
tangan aku ni hahahahaha.kuikui.
Isnin, 11 November 2013
tersenyum melihat katak tersenyum
Tangan ni terasa sangat nak menaip.Puisi tu belegar-legar saja kat kepala.Tapi susah sangat aku nak luahkan.Susah aku nak terjemahkan dengan ungkapan-ungkapan indah.Akan aku bentang bak sebuah tesis di hadapan semua orang.Ketahui la semua itu rasa hati sebenarnya.Susah juga nak di gambarkan dengan sebuah foto atau video.kalau la aku boleh.Akan aku tonton kan pada dunia,terutama pada sang Katak.mesti dia tersenyum kerana suka.Pernah tengok kata senyum tak? hahahaha..korang tengok lah kat cermin nanti.huhu...
Sebenarnya aku pernah tengok katak tersenyum.Bukan sekali bukan dua kali.Rasanya dah banyak kali juga.Aku tengok katak tu senyum dalam usop sontorian.upin ipin pun ada hari tu.hahahaha..
ada bulan tapi tak bercahaya,,
ada bintang tapi tak bersinar
kalau lah hidup saling percaya
..........................?
titik embun bukannya satu
putih awan akan legam juga
jangan lah ego bak keras batu
............................?
Langgan:
Catatan (Atom)

