Ahad, 7 April 2013

PENGGANAS SULU SERANG LAHAD DATU EDISI KHAS ( HILANG KEBAL )




Angkat tangan dan jangan melawan :P



semboyan telah berbunyi...
menuju medan bakti....
andai kata kami gugur semua..
tabur lah bunga di atas pusara...
kami mohon doa...
malaysia berjaya..


Korang pasti tahu kan lagu kat atas tu.serangkap tu saja yang aku ingat.betul atau tak aku pun tak yakin.kalau salah korang boleh betulkan.ok persoalannya,kenapa aku taip rangkap lagu ni dan muatkan dalam posting aku kali ini.kalau kita hayati betul-betul lirik lagu ini aku percaya akan menitis atau mengalir air mata kita apa tah lagi jika tempo dan suasana kena dengan tempatnya.( betul ker ayat aku tu.lantak lah..)

Jujur aku sebagai lelaki yang punya hati  lembut berwarna merah berbentuk jantung pisang tanduk tersentuh apabila mendengar lagu tersebut.Waktu tu aku di tengah laut,tengah kerja.heboh satu kapal Lahad datu di serang penceroboh sulu sehingga menyebabkan kematian beberapa orang anggota keselamatan kita.hati ini terus tersentak mendengar khabar angin yang semamangnya mengemparkan malaysia.Pada hari dan malam tu juga tv room penuh dengan orang semata-mata hendak melihat berita tv3 tentang perkembangan lahad datu.Dan apabila saja lagu semboyan di putarkan tanpa tak sedar air mata aku mengalir,terharu,sebak dan sedih di tambah lagi dengan melihat kematian anggota keselamatan kita.Takziah buat mereka yang mati syahid.Besar sangat jasa mereka buat tanah air.

Bagi aku lagu tu sangat bernilai harganya dan jika di hayati dengan hati memang mengalirkan air mata mengenangkan pejuang-pejuang kita yang mengadaikan nyawa di timur sabah.masa itu juga abang aku bertugas di sana.Sejak dari berita pencerobohan sulu tersebar hati ini sentiasa risau dan mendoakan keselamatan beliau dan rakan-rakan beliau yang lain.

Mendengar khabar juga segelintir pengganas dari sulu ini mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu kebal.Ada yang mengatakan bertalu-talu tembakan di lepaskan pun mereka masih mampu bertahan.Manakala ketika pasukan keselamatan cuba memasuki zon pengganas kabus pula menyelubungi kawasan tersebut.Ini menyukarkan lagi keadaan mengesan mereka.Ada jua yang mengatakn mereka mampu berlari di atas daun kelapa sawit.Kalau di fikir logik akal memang mustahil dan amat melucukan bagi yangberfikir mengikut logik akal.Mungkin bagi sesetengah pihak ianya cerita yang di tokok tambah dan mengarut.Mujur lah sebahagian anggota keselamatan kita berpengalaman menghadapi musuh-musuh yang sebegitu.Namun bagi islam kenyataan tentang adanya sihir cukup jelas.dan pengamalannya adalah di cegah sekali kerana ianya syirik dan amat di benci allah swt.kerana ianya ilmu syaitan yang di ajar pada manusia bagi menyesatkan umat islam dan seluruh manusia di muka bumi allah ini.

Ada cara nak memusnahkan amalan sihir mereka ini.Antara contoh amalan ilmu kebal.. cara nak menumpaskan adalah dengan meletakkan darah babi dekat peluru.Cara yang lain dengan menanam peluru ke dalam tanah sebelum di tembakan pada suspek.kerana asal usul kita adalah tanah.Ada juga cara dengan meletakkan darah haid wanita pada peluru.allahualam. Tapi sebahagian cara tersebut berkemungkinan di gunakan untuk menumpaskan pengganas sulu tersebut.Anggota keselamatan kita memang hebat.

Apa pun pegangan kita percaya lah.tiada yang mustahil melainkan semuanya berlaku atas kehendaknya
iaitu pencipta kita.Bagi umat islam..dunia ini hanya lah sementara tempat di mana iman kita di uji dan sejauh mana umat manusia bersyukur atas nikmat yang telah di beri olehnya..( tetiba pula aku ni berceramah ).

Ok bagi aku.bersyukur lah dengan keamanan dan kemakmuran yang telah sekian lama kita capai.bukan sesuatu yang mudah kita dapat hidup aman macam ni.buat apa kita nak mengeluh lagi.mungkin tragedi di lahad datu boleh mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan keamanan yang telah kita capai.cuba bayangkan kalau benda tu berlaku di tempat anda.Kita tak payah fikir jauh sampi di palestin..baru korang tahu apa erti keamanan sebenar.Dan tak lama lagi pru 13 bakal tiba ( awat tetiba pru13 ni kihkihkih) pandai-pandai lah korang nak undi siapa.Kerana semuanya penentu masa depan negara kita yang tercinta.Bagi warga indonesia,singapore,brunei,myanmar,loas,afghanistan,turkistan,kazakstan , hindustan dan seluruh negara di dunia ni tolong la doakan  malaysia terus menjadi negara maju ( perasan giler blogger ni).


biarpun isu lahad datu dah hampir selesai.Ini adala edisi eksklusif yang aku buat untuk memperingati tragedi tersebut.( kahkahkah macam pro jer mamat ni).sebab aku memang dah terlambat nak buat entry ni.

kredit by: ayie reshque







AYIE RESHQUE   ^L^,......

.

Rabu, 3 April 2013

AKU BUKAN PEMUISI CINTA

aku bukan pemuisi cinta....

aku lahir dalam sebuah kehidupan..
punya ibu punya ayah...
namun masa lahirku aku tak mengenal mereka...
kelahiranku seolah-olah tidak di relakan..
apa dayaku si kecil yang masih tak tahu apa-apa..
hanya rela menjadi mangsa orang dewasa..
akhirnya aku menemui jalan ku sendiri

apabila aku meningkat dewasa..
aku mengenal siapa ibu siapa ayahku...
rasa berani aku semat dalam diri..
aku ingin merasa kasih sayang dari mereka..
kasih seorang ibu dan ayah..
yang selama ini aku tak pernah rasa..
harapan itu terlalu tinggi aku berikan..
namun apa yang aku dapat..
hanya hinaan dan cacian dari mereka..
siapakah aku di mata mereka?..
apakah seorang anak tidak bernilai bagi mereka?
luluh hati ini...
hancur hati ini...
saat seorang ibu melontarkan hinaan pada anak kandungnya sendiri..
apakah aku di cipta hanya untuk merasa kedukaan?
dan bila datangnya kebahagian dalam hidupku?..

aku pernah cuba untuk memesongkan diri..
yang aku rasakan...ianya sebuah ketenangan..
hidupku mula liar ..
seperti burung berterbangan bebas..
aku memberontak dalam diri..
mencari kedamaian dan kebahagian yang suci,,
ternyata jalan yang ku ambil salah..
aku tersesat dalam dua simpang..
menoleh kebelakang aku tak mampu..
aku berteman dengan orang yang salah..
aku buntu ..seolah-olah dunia mentertawakanku..
aku menangis di pinggir laut biru..
berteriak semoga ada yang mendengar jeritanku..

pada ayah dan ibu..
kasih sucimu tetapku tunggu..
walau kewujudan ku kamu tak pernah ambil tahu..
aku sayang seikhlas hatiku buat mu ayah dan ibu..
dan aku dahagakan kasih sayang kalian

buat rabbku...
maafkan aku...
aku lemah dalam menilai sesuatu..
bantulah aku menuju kejalanmu..
rahmat mu jadi impianku..



ayie reshque ^L^,....

Selasa, 27 November 2012

JERITAN BATINKU (PAC BINTAN)






angin malam bertiup sejuk menyentuh tubuhku..
bulan terang  malam ini..
tanpa di temani sebutir bintang..
kadang kala awan menyelimuti keindahannya..
terasa asyiknya kesyahduan malam..
aku rindukan dengan insan yang tak pernah aku temui..
mengalamun jauh seorang diri di atas kapal di tengah samudera..
di lautan luas ku coretkan rasa rindu dan sayangku..
ku kirimkan kabarku melalui tiupan bayu yang membawa embun..
entah sampai entah tidak..
aku seolah mengharap bulan dan bintang menjadi satu
seprti bersatunya cinta adam dan hawa
aku ingin dia tahu cinta ini bukan cinta palsu..
kemanisannya pula bukan seperti gula...
sayang ku bukan kerana rupa..
cintaku bukan kerana harta..



AYIE RESHQUE ^L^,...

Rabu, 26 September 2012

KIAMAT DALAM HATI





sedar diri sebenarnya
pungguk.....
tak pernah bersatu dengan bulan..
apa lagi bintang.....
tak pernah di gapai sebenarnya....
rasa kiamat dalam hati.


ayie reshque ^L^,....

Jumaat, 14 September 2012

tak leh tido



ada se pohon pokok,daunnya rimbun hampir mencecah ke bumi.dia punya buah hati iatu seekor kancil.
kancil ada lah seekor haiwan yang pintar.cita-citanya menjadi seekor haiwan yang berjaya dan di kagumi.kancil juga sangat cantik.dia mempunyai ramai kenalan.

pada suatu hari pokok yang rimbun bersembang dengan sang kancil..

kancil : wahai pokok yang rimbun.apa yang menyebabkan kau suka kepadaku?

pokok :aku menyukai mu kerana cerita-cerita yang kau olah mampu melembutkan hati kerasku.

kancil : aku akan selalu menemanimu wahai pokok yang rimbun.kau luahkan sajalah padaku akan semua isi hatimu pada ku.jangan kau pernah rasa segan terhadap diriku.aku sudi mendengarnya.dan akan ku hiburkan kau dengan semua ceritaku.


bila kancil sudah semakin terkenal.dia pun semakin berubah.janjinya pada si pokok pun di lupakkanya.si kancil sibuk dengan teman-teman barunya.bergelak ketawa dan kadang-kadang tak pernah lagi menjenguk si pokok.alangkah patah hatinya si pokok.buah hatinya yang dulu rapat kini dah tak lagi macam dulu.di tegurnya pun tidak apa lagi nak menjengoknya.mungkin dia dah lupa pada si pokok.

hari semakin beralalu.pada suatu hari ada seorang pemburu berada di dalam hutan.di lihatnya si pokok sesuai di jadikan kayu api.lalu di tebangnya si pokok.ibarat malang tak berbau.rumah kata pergi kubur kata mari.tamat la riwayat si pokok yang rimbun di tangan si pemburu.

si kancil terus hanyut dengan dunianya.tanpa mengetahui kekasih hatinya telah di timpa malapetaka.dan jika ia mengetahui akan kejaidan si pokok.apa mungkin dia menyesali dan menangisi pemergian si pokok?.menjadi satu tanda tanya.


ayie reshque ^L^,,....

Khamis, 13 September 2012

mendengar bukan melihat jadi buta






entah kenapa tiba-tiba hati ini tak tenang...
taman yang ku jaga mungkin di cerobohi orang
apa daya ku tak mampu menjaganya
hanya mendengar indah kabarnya dari angin
jauh di lautan sana..
sepertinya ros yang kuning telah di usik kumbang
semoga durinya menjadi pelindung kelopaknya
jangan ia tumpul di sembur racun berbisa
bila layu dah tak ada lagi nilainya
dan tragedi ku harap tak akan terjadi lagi.



ayie rshque ^L^,..........

PELIK








dunia penuh dengan warna.
ibaratkan manusia ada pelbagai ragam.
ada yang baik ada yang jahat.
ada yang jujur ada yang munafik.
ada setia ada yang khianat
ada yang menepati ada yang memungkiri
ada yang percaya ada yang tak percaya..
ada yang berjaya ada yang tidak
manusia boleh berubah.
manusia kejam pada diri sendiri
manusia cepat lupa
manusia cepat alpa
manusia pentingkan diri.


ayie reshque ^L^,....