Jumaat, 5 Julai 2013

BOTOL KOSONG

botol kosong..
nampak tak berguna..
tak ada apa-apa..
di biar saja
sedangkan 
ada isi dalamnya
kecil saja
meronta-ronta nak keluar
menangis didalamnya
orang tak nampak
tak di peduli
macam tak ada perasaan
akhirnya semut mati sendiri.

hehehe makin panjang dah rambut.rindu pula suasana kat laut bila tengok rambut aku ni.rasanya dah tak ada makna lagi aku nak simpan panjang2.tapi rasa sayang pula nak potong belakang ni.usianya sama dengan aku kerja kat laut.tapi sekarang kerja tu dah jadi kenangan dan semestinya rambut ni pun akan jadi kenangan juga.

terumbang ambing dah sekarang ni.tak dapat-dapat lagi.pergi lahhhhhhhhhhhhhhhh ^^


ayie reshque ^L^,.....      ~terasa sangat tak berguna & yang jelas nampak bodoh~

Jumaat, 28 Jun 2013

BERLARI LAGI MENGEJAR CENDERAWSIH



aku mampu menasihati orang..
tapi aku sendiri berlari mendapatkan allah..
kerana gagal menasihati diri sendiri..
lalu menghurai maksud
dan tujuan kata-kata tajam
yang menghiris dalam

walaupun aku seorang yang sinis
namun tak pantas menerima
tujahan sadis yang menguris
kerana aku bukan seorang yang terbuka
dalam membicarakan perasaan
yang mudah terluka

ketika aku masih kecil aku bebas berkhayal
aku bermimpi untuk mengubah dunia
namun mimpi itu ku lihat sempit.

aku selalu berusaha untuk mengejar pintu hati orang yang aku cinta
tapi aku jarang sekali merebut pintu taubat yang sentiasa terbuka olehnya.




Rabu, 19 Jun 2013

BEKALAN SEPANJANG ZAMAN


Dunia tak akan berwarna tanpa cahaya

Senyuman tak akan ada tanpa gurau senda

Hati tak akan cerah tanpa taqwa

Iman akan hilang jika asyik berbuat dosa

Dan mesra tak akan tiba jika tak bertegur sapa



ayie reshque ^L^,.........

Sabtu, 15 Jun 2013

JANGAN MUDAH TERPEDAYA




Betul lah kata orang.jangan menilai orang dari luaran.Jangan mudah terpedaya pada pandangan pertama selagi belum di kenali.Aku dah banyak terpedaya dengan rupa paras manusia.Mana tidaknya  biasanya pandangan pertama mengharapkan sesuatau prasangka yang baik.dan mengharapkan apa yang kita sangka itu menjadi kenyataan.tapi akan menjadi hampa apabila sebaliknya pula yang berlaku.

contohnya:

1-rupa nampak baik tapi hati dan mulutnya sangat lah busuk sebusuk yang lebih busuk.

2-rupa nampak kacak dan cantik tapi perangai tidak mencerminkan apa yang ada di wajah.

3-rupa ganas tapi hati selembut sutera punya lah berakhlak tinggi tanpa di sangka ahli ibadah.

4-rupa tak canti dan hodoh tapi perangai seindah pelangi dan perintah allah di jaga.

5-rupa tak cantik dan hodoh perangai pun sama.

6-rupa cantik dan kacak perangai pun sama dengan paras rupa.



bila bertemu sesama manusia
jangan pernah berburuk sangka
bila bertemu manusia
lemparkan senyuman  padanya
nescaya akan lentur hatinya





ayi reshque ^L^,.........

Ahad, 7 April 2013

PENGGANAS SULU SERANG LAHAD DATU EDISI KHAS ( HILANG KEBAL )




Angkat tangan dan jangan melawan :P



semboyan telah berbunyi...
menuju medan bakti....
andai kata kami gugur semua..
tabur lah bunga di atas pusara...
kami mohon doa...
malaysia berjaya..


Korang pasti tahu kan lagu kat atas tu.serangkap tu saja yang aku ingat.betul atau tak aku pun tak yakin.kalau salah korang boleh betulkan.ok persoalannya,kenapa aku taip rangkap lagu ni dan muatkan dalam posting aku kali ini.kalau kita hayati betul-betul lirik lagu ini aku percaya akan menitis atau mengalir air mata kita apa tah lagi jika tempo dan suasana kena dengan tempatnya.( betul ker ayat aku tu.lantak lah..)

Jujur aku sebagai lelaki yang punya hati  lembut berwarna merah berbentuk jantung pisang tanduk tersentuh apabila mendengar lagu tersebut.Waktu tu aku di tengah laut,tengah kerja.heboh satu kapal Lahad datu di serang penceroboh sulu sehingga menyebabkan kematian beberapa orang anggota keselamatan kita.hati ini terus tersentak mendengar khabar angin yang semamangnya mengemparkan malaysia.Pada hari dan malam tu juga tv room penuh dengan orang semata-mata hendak melihat berita tv3 tentang perkembangan lahad datu.Dan apabila saja lagu semboyan di putarkan tanpa tak sedar air mata aku mengalir,terharu,sebak dan sedih di tambah lagi dengan melihat kematian anggota keselamatan kita.Takziah buat mereka yang mati syahid.Besar sangat jasa mereka buat tanah air.

Bagi aku lagu tu sangat bernilai harganya dan jika di hayati dengan hati memang mengalirkan air mata mengenangkan pejuang-pejuang kita yang mengadaikan nyawa di timur sabah.masa itu juga abang aku bertugas di sana.Sejak dari berita pencerobohan sulu tersebar hati ini sentiasa risau dan mendoakan keselamatan beliau dan rakan-rakan beliau yang lain.

Mendengar khabar juga segelintir pengganas dari sulu ini mengamalkan ilmu hitam iaitu ilmu kebal.Ada yang mengatakan bertalu-talu tembakan di lepaskan pun mereka masih mampu bertahan.Manakala ketika pasukan keselamatan cuba memasuki zon pengganas kabus pula menyelubungi kawasan tersebut.Ini menyukarkan lagi keadaan mengesan mereka.Ada jua yang mengatakn mereka mampu berlari di atas daun kelapa sawit.Kalau di fikir logik akal memang mustahil dan amat melucukan bagi yangberfikir mengikut logik akal.Mungkin bagi sesetengah pihak ianya cerita yang di tokok tambah dan mengarut.Mujur lah sebahagian anggota keselamatan kita berpengalaman menghadapi musuh-musuh yang sebegitu.Namun bagi islam kenyataan tentang adanya sihir cukup jelas.dan pengamalannya adalah di cegah sekali kerana ianya syirik dan amat di benci allah swt.kerana ianya ilmu syaitan yang di ajar pada manusia bagi menyesatkan umat islam dan seluruh manusia di muka bumi allah ini.

Ada cara nak memusnahkan amalan sihir mereka ini.Antara contoh amalan ilmu kebal.. cara nak menumpaskan adalah dengan meletakkan darah babi dekat peluru.Cara yang lain dengan menanam peluru ke dalam tanah sebelum di tembakan pada suspek.kerana asal usul kita adalah tanah.Ada juga cara dengan meletakkan darah haid wanita pada peluru.allahualam. Tapi sebahagian cara tersebut berkemungkinan di gunakan untuk menumpaskan pengganas sulu tersebut.Anggota keselamatan kita memang hebat.

Apa pun pegangan kita percaya lah.tiada yang mustahil melainkan semuanya berlaku atas kehendaknya
iaitu pencipta kita.Bagi umat islam..dunia ini hanya lah sementara tempat di mana iman kita di uji dan sejauh mana umat manusia bersyukur atas nikmat yang telah di beri olehnya..( tetiba pula aku ni berceramah ).

Ok bagi aku.bersyukur lah dengan keamanan dan kemakmuran yang telah sekian lama kita capai.bukan sesuatu yang mudah kita dapat hidup aman macam ni.buat apa kita nak mengeluh lagi.mungkin tragedi di lahad datu boleh mengukur sejauh mana kita bersyukur dengan keamanan yang telah kita capai.cuba bayangkan kalau benda tu berlaku di tempat anda.Kita tak payah fikir jauh sampi di palestin..baru korang tahu apa erti keamanan sebenar.Dan tak lama lagi pru 13 bakal tiba ( awat tetiba pru13 ni kihkihkih) pandai-pandai lah korang nak undi siapa.Kerana semuanya penentu masa depan negara kita yang tercinta.Bagi warga indonesia,singapore,brunei,myanmar,loas,afghanistan,turkistan,kazakstan , hindustan dan seluruh negara di dunia ni tolong la doakan  malaysia terus menjadi negara maju ( perasan giler blogger ni).


biarpun isu lahad datu dah hampir selesai.Ini adala edisi eksklusif yang aku buat untuk memperingati tragedi tersebut.( kahkahkah macam pro jer mamat ni).sebab aku memang dah terlambat nak buat entry ni.

kredit by: ayie reshque







AYIE RESHQUE   ^L^,......

.

Rabu, 3 April 2013

AKU BUKAN PEMUISI CINTA

aku bukan pemuisi cinta....

aku lahir dalam sebuah kehidupan..
punya ibu punya ayah...
namun masa lahirku aku tak mengenal mereka...
kelahiranku seolah-olah tidak di relakan..
apa dayaku si kecil yang masih tak tahu apa-apa..
hanya rela menjadi mangsa orang dewasa..
akhirnya aku menemui jalan ku sendiri

apabila aku meningkat dewasa..
aku mengenal siapa ibu siapa ayahku...
rasa berani aku semat dalam diri..
aku ingin merasa kasih sayang dari mereka..
kasih seorang ibu dan ayah..
yang selama ini aku tak pernah rasa..
harapan itu terlalu tinggi aku berikan..
namun apa yang aku dapat..
hanya hinaan dan cacian dari mereka..
siapakah aku di mata mereka?..
apakah seorang anak tidak bernilai bagi mereka?
luluh hati ini...
hancur hati ini...
saat seorang ibu melontarkan hinaan pada anak kandungnya sendiri..
apakah aku di cipta hanya untuk merasa kedukaan?
dan bila datangnya kebahagian dalam hidupku?..

aku pernah cuba untuk memesongkan diri..
yang aku rasakan...ianya sebuah ketenangan..
hidupku mula liar ..
seperti burung berterbangan bebas..
aku memberontak dalam diri..
mencari kedamaian dan kebahagian yang suci,,
ternyata jalan yang ku ambil salah..
aku tersesat dalam dua simpang..
menoleh kebelakang aku tak mampu..
aku berteman dengan orang yang salah..
aku buntu ..seolah-olah dunia mentertawakanku..
aku menangis di pinggir laut biru..
berteriak semoga ada yang mendengar jeritanku..

pada ayah dan ibu..
kasih sucimu tetapku tunggu..
walau kewujudan ku kamu tak pernah ambil tahu..
aku sayang seikhlas hatiku buat mu ayah dan ibu..
dan aku dahagakan kasih sayang kalian

buat rabbku...
maafkan aku...
aku lemah dalam menilai sesuatu..
bantulah aku menuju kejalanmu..
rahmat mu jadi impianku..



ayie reshque ^L^,....

Selasa, 27 November 2012

JERITAN BATINKU (PAC BINTAN)






angin malam bertiup sejuk menyentuh tubuhku..
bulan terang  malam ini..
tanpa di temani sebutir bintang..
kadang kala awan menyelimuti keindahannya..
terasa asyiknya kesyahduan malam..
aku rindukan dengan insan yang tak pernah aku temui..
mengalamun jauh seorang diri di atas kapal di tengah samudera..
di lautan luas ku coretkan rasa rindu dan sayangku..
ku kirimkan kabarku melalui tiupan bayu yang membawa embun..
entah sampai entah tidak..
aku seolah mengharap bulan dan bintang menjadi satu
seprti bersatunya cinta adam dan hawa
aku ingin dia tahu cinta ini bukan cinta palsu..
kemanisannya pula bukan seperti gula...
sayang ku bukan kerana rupa..
cintaku bukan kerana harta..



AYIE RESHQUE ^L^,...