Jumaat, 24 Ogos 2012

MANUSIA BONGOK


lihat....
sekeliling kalian....
jutaan manusia....
seperti boneka yang di gerak-gerakan...

hampir sedar dan tak sedar..
semuanya kian tersesat..
bahkan aku sendiri di kalangan mereka...
semakin hilang titik terang dalam hidup...
seperti berjalan dalam gua yang tak ada nurnya...

manusia....
semakin angkuh dan bongok....
sedar kuasa allah itu tiada batasnya...
tapi masih juga seperti binatang...
yang...
zinanya bukan lagi di tepi jalan..
bahkan di tengah jalan...
mengalahi anjing...
yang tak mampu mengawal nafsu syawatnya.


ayie reshque ^L^,...

Selasa, 21 Ogos 2012

TERKUNCI RAPI




lautan menjadi saksi sebenanrnya
tentang apa yang aku rasa
setiap hari menghitung waktu
kadang-kadang yang bertemankan siang
ada waktunya bertemankan malam
terlihat masa depan yang aku belum sampai lagi
bahkan diriku sudah ada di sana
imaginasi yang terlalu kuat
hingga aku melepasi lorong-lorong waktu
adakalanya ianya mengarut
entah lah keliru di buatnya dengan dunia ni
ada saja yang tak kena
bila aku melihat laut yang bergelora
aku samakan seperti hatiku
yang tak akan pernah tenang
tak tahu apa yang mengganguku
mungkin jantungku masih di dalam kotak
berdenyut tapi masih terkunci rapi.


ayie reshque ^L^,.....

Ahad, 19 Ogos 2012

SAAT RAYA

emo boy sedih

bila tiba saat raya
semua orang sibuk belaka
hati riang tak terkata
balik kampung jumpa sanak saudara
ziarah menziarah adat temurun kita
kuih muih beraneka rasa
baju baru berbagi warna
anak-anak kecil sibuk dengan duit raya
ibu bapanya pula bergelak ketawa
kerana dapat berkumpul bersama
indahnya sungguh bila tiba hari raya

aku terfikir sekelompok manusia
yang kematian ibu dan bapa
apa lagi yang kematian seluruh ahli keluarga
entah macam mana dengan raya mereka
mesti sebak dan sayu rasa di dada
mengenang kenangan yang mereka lakar bersama
mesti berlinangan air mata
kenangan yang tak pernah di lupa
sewaktu mereka masih ada
dan kini mereka telah tiada
yang ada hanya batu nisan sebagai tanda
aku simpati dengan mereka
mngkin satu hari nanti masa ku juga akan tiba
menangis sendiri di batu nisan yang sama
baru lah aku rasa apa yang mereka rasa

ku doakan agar mereka bahagia
ketika menyambut hari raya
teruslah hidup untuk mengejar syurga yang maha esa
dunia ini hanya sementara
ntuk menguji iman dan takwa manusia
selamat hari raya mohon maaf di pinta.



ayie reshque edisi raya  ^L^,......

Rabu, 4 Julai 2012

hati di tengah lautan



12.6.2012

aku di kelompok sekumpulan manusia
di tengah-tengah aku berada
keseorangan menilai diri
siapa aku yang sebenar
terasing dan terpnggir
seolah-olah ada jurang pemisah
antara aku dan mereka.

pada zahirnya aku memang sendirian
menghadapi mereka
aku tenggelam dalam lautan yang mereka reka
tapi aku punya kekuatan
pencipta yang sering menemaniku
aku yakin dengannya
dan setiap kali aku kesepian
ketakutan
kesusahan
dia yang selalu membantu aku
aku hanya perlu mengangkat ke dua tanganku
lalu ku kata
''ya allah permudahkan lah segala urusanku.
berkatilah segala pekerjaanku.lindungilah aku daripada sifat benci,sakit hati,khianat,
amarah orang lain terhadap diriku.permudahkan lah orang-orang di sekelilingku
mendekatiku.petahkan lah lidahku untuk memesrai mereka.dan jangan lah kau kelukan
lidahku.sesungguhnya hanya padamu aku memohon dan berlindung.kerana aku tak
punya siapa-siapa hanya melainkan kau ya allah''


ayie reshque ^L^,.....

Isnin, 30 April 2012

aku suka D.L.K


kau yang maha pengasih dan penyanyang.dalam sujud sejadahku.ku mohon permudahkan lah setiap jalanku.apa yang ku pandang dan apa yang ku perbuat.semuanya hanyalah ingin menuju kejalanmu ya rab.andai tersalah kaki ku melangkah arah,maka kau bimbing lah aku di lorong-lorong yang tak mampu aku lalui.aku hanya lah insan kerdil yang hanya berbekalkan hati yang hanya mengharap pada redhamu ya allah.senjataku hanya iman dan taqwa.yang kadanganya tumpul tak berasah.


mencipta angan-angan ketika ada kesempatan






ini bukan lah hujan.tp air mata dunia yang menangisi mereka


tak akan pernah berhenti mencari redhamu



aku sayangkan mak dunia akhirat






jangan pergi mak......




selamat tinggal orang kampung.hijrah jalan terbaik buatku




bantu lah dia mengejarnya 


kecian aku tengok



yang di damba akan hilang





kita di jalan yang sama




jangan kecewa kerana allah ada bersamanya






jalan di takdirku




hidup seperti dalam kotak kaca

ayie reshque ^L^,..



Rabu, 18 April 2012

TAK ADA TAJUK





aku berlari lagi.mengejar sebuah mimpi yang aku tak pasti.dalam diari hidupku.aku sering menyesali benda yang pernah aku lalui.bukan nak menyalahi takdir illahi...diriku yang sentiasa dalam keadaan rugi.hanyut dalam kesesatan dalam duniawi.banyak liku-liku yang harus aku harungi.pernah aku tersesat di suatu simpang kehidupan.di dalamnya tersimpan seribu pengajaran.namun simpang itu lah yang membuat aku semakin tak faham.apa ertinya hidup.aku berlajar tentang hati,ada apa pada hati.hati yang sering di perkatakan orang.jauh aku mendalaminya.dalam hati segala-galanya  ada.kata orang hati itu keras dan kata orang hati itu lembut.Aku di goda oleh satu perasan,iaitu perasan ingin tahu.
aku melihat banyak manusia menangis.mereka berlari sekuat hati,memerah keringat memaksa tangisan meresap kedalam diri.aku dapat merasa,ia amat menyakitkan.tapi atas alasan apa mereka menangis.mereka melebelkan dunia ini kejam.aku mula terfikir,mungkin ini di sebabkan tentang hati.


hati...
kau selembut sutera..
kau juga sekeras batu
namun kau sungguh mudah rapuh
baru lidah yang menyindirmu
kau sudah remuk seperti di hempap kayu
apa lagi bila dunia yang menghina mu
kau mesti hancur berderai tak berdebu
semalam kau di uji dengan satu harapan
kononnya kau sudah menemuai jawapan
tentang hidupmu di masa hadapan
tapi hari ini semuanya suram
bahagia yang kau idamkan hanya lah sebuah khayalan
kau seolah di permainkan
oleh dunia yang kau rasa kejam
ketika langit hitam menurunkan hujan
lalu kau memujuk aku dengan rayuan
gugurla air mata titisan demi titisan
ku cuba tahan,
namun kau tak ada kekuatan
lalu aku turutkan apa yang kau inginkan.
gugurlah air mata ,sederas hujan jatuh dari awan.
(belum habis)








                                ayie reshque ^L^,.......

Selasa, 6 Mac 2012

BERAT SANGAT HATI NAK MELANGKAH.




Hari ni.mula la 2 bulan lagi di sini.maaf ....
aku x dapat mengelak semua.aku x dapat tolong korang masa 
masjlis tu nanti.semoga kau gembira dik.semoga majlis tu
berjalan dengan lancar.
jumpa lagi.

ayie reshque ^L^,.....