Ahad, 19 Ogos 2012

SAAT RAYA

emo boy sedih

bila tiba saat raya
semua orang sibuk belaka
hati riang tak terkata
balik kampung jumpa sanak saudara
ziarah menziarah adat temurun kita
kuih muih beraneka rasa
baju baru berbagi warna
anak-anak kecil sibuk dengan duit raya
ibu bapanya pula bergelak ketawa
kerana dapat berkumpul bersama
indahnya sungguh bila tiba hari raya

aku terfikir sekelompok manusia
yang kematian ibu dan bapa
apa lagi yang kematian seluruh ahli keluarga
entah macam mana dengan raya mereka
mesti sebak dan sayu rasa di dada
mengenang kenangan yang mereka lakar bersama
mesti berlinangan air mata
kenangan yang tak pernah di lupa
sewaktu mereka masih ada
dan kini mereka telah tiada
yang ada hanya batu nisan sebagai tanda
aku simpati dengan mereka
mngkin satu hari nanti masa ku juga akan tiba
menangis sendiri di batu nisan yang sama
baru lah aku rasa apa yang mereka rasa

ku doakan agar mereka bahagia
ketika menyambut hari raya
teruslah hidup untuk mengejar syurga yang maha esa
dunia ini hanya sementara
ntuk menguji iman dan takwa manusia
selamat hari raya mohon maaf di pinta.



ayie reshque edisi raya  ^L^,......

Tiada ulasan: