Ahad, 7 Julai 2013

AKU BUKAN ARKITEK


JIKA TERASA PANJANG JANGAN DI BACA.NANTI AKAN MEMBUAT ANDA BOSAN DAN MENYAMPAH.




manusia perlu berbicara
saat hati mula tertekan
bukan tak mengharap
pada dia yang maha esa
tapi itu juga usul darinya
aku menghitung perjalanan orang
sedang sendiri merasa peritnya

aku memang bahagia di mata manusia
aku mungkin tenang di fikiran mereka
saat itu lah manusia menghampiriku
kerana tahu kisah perjalananku
mungkin membawa kebahagian buat mereka
indah saja luarannya...
itu sebenarnya yang mereka tak tahu.

kini mereka dah tahu....
aku dah tak seperti yang mereka sangka.
dan aku dah tak punya apa-apa
mereka lari mengelak ku
bersembunyi senyap saat melihatku
terang nyata di depan mata
biarnya berlalu seperti insan tak berharga
luahan hatiku hanya buat mereka menyampah!
rimas dan bosan menguasai mereka
hati mana yang tak tertanya?
tak payah cerita  soal kecewa.

ketika nampak senang
ketika nampak susah
ada beza...
cuba lehat gerak geri mereka..
cuba perhati alasan mereka
dah tak sama
kesibukkan dunia tajuk utama
tak lagi bertegur sapa
memang munasabah
semua itu helah
kita punya haluan berbeza
tak sama dan tak serupa

kenyataan memang begitu
menyakitkan apabila sampai ke satu tahap
aku selalu mengukur baju di badan sendiri
ternyata tak pernah habis

mindaku bukan matematik
fikiranku bukan sains
aku bukan arkitek
membina sebuah lukisan kehidupan
aku hanya pemuitis desa
bermain dengan kata jijik
yang tak pernah di hargai setiap masa

bukan aku keras kepala
bukan minda ku tak pernah terbuka
kerana solusinya tak akan ada
seperti pasang surut
yang tiada sudahnya.



ayie reshque ^L^,...            .allah sedang menguji.



Tiada ulasan: