Selasa, 3 Mei 2011

HATI ATAU CINTA YANG BUTA


siapa aku sebenaranya
aku sendiri juga tertanya
yang kini berada di dunia maya
hilang dari dunia nyata
merindui insan yang jauh disana
yang juga mengharap aku merinduinya
tolong jangan buat aku buta
menutup mata dengan cinta
aku sudah serik banyak kali di dusta
tapi aku tak mampu menolak mainan jiwa
yang mudah saja bermain dengan cinta
tapi aku seorang yang setia
bila sudah jatuh cinta
bukan mudah untuk ku melupa
apa lagi insan itu yang ku anggap istimewa
memang sesuatu yang amat payah
sungguh aku insan biasa.
pernah beberapa orang berbicara tentang cinta
tapi apa maknanya jika hati tak gembira
itu bukanya cinta
tapi sebaliknya derita
aku tak pernah mengangap cinta itu buta
tapi sebaliknya hati manusia itu yang tak ada mata
mencintai membabi buta
hingga tidak memikirkan hati yang bakal terluka
bila sudah terkena
jiwa sendiri juga yang merana
itu semuanya kebodohan manusia
mudah saja menyebut cinta
cuba kita menghayatinya
mampu kah kita menghargainya
bukan semua yang berjaya menangani cinta
meski pun seseorang itu sudah berumah tangga
akhirnya ada juga yang mengabaikanya
sehingga keluarga tak tentu hala
payahkan cinta?
memang asyik pada mulanya
antara dua jiwa
semakin kita mendalami makna cinta
semakin banyak dugaan yang melanda
sudah ku pujuk hatiku yang pernah terluka
jangan pernah menyalahkan cinta
kerana semuanya dari manusia
mencipta perasaan tanpa diduga
kita juga yang bersalah dan disebabkan leka
kerana terlalu mengagungkan perkataan cinta
aku masih ingat seorang insan pernah berkata
dia meluahkan melalui puisinya
katanya
"andai kata ditakdirkan bersama
pasti kita akan bersama jua
andai kata tidak di takdirkan bersama
pasti kita tak akan bersama buat selamanya"
kata-katanya sungguh bermakna
cinta tak semestinya untuk selamanya
bila kecewa jangan lah terlalu terseksa
kelak sendiri juga yang merana
ku pegang kata-katanya
ku buatkan azimat dalam jiwa
insyallah di samping aku berdoa
pasti ada allah yang bersama
walau pun aku seorang yang hina
wahai cinta
apa pun yang kau buat semuanya bahagia
 tapi
apa kecewa,terluka,cemburu,sakit hati itu juga cinta?
yang ku tahu cinta itu cuma sayang,pengorbanan dan setia
apa benar kau itu buta?
yang dikatakan semua manusia?
sukar mencari rahsianya
dengan pemikiran manusia yang berbeza
ku rumuskan kau tentang cinta
hadir lah kau bersama takdir yang diciptanya
kerana ia maha kuasa
tahu apa saja keinginan manusia
walau ku letak jauh namamu di tembok besar china
redha saja apa yang di tulisnya
kerana dia mengetahui segala-galanya.




^L^,   AYIE RESHQUE
mengatakan cinta itu bahaya.

11 ulasan:

kyra berkata...

cinta yang hakiki adalah cinta kpd-Nya(^_^)...walau apa pun berlaku bertahanlah,,kerana Allah yg maha Esa sentiasa dihati,,malah keluarga,sahabat,saudara sentiasa dsekeliling kita menemani kita meneruskn perjalann hdup...

mardiana berkata...

saya suka ^^

iRa a.k.a RaRa berkata...

wahhh...ayie, memg x dpt dinafikan, kamu memg pndai menyusun kata2..setiap bait2 kata yg kamu tulis sgt menyentuh perasaan..mst semua ni mlalui pngalaman kn??..hehe..stuju dgn pndpt kyra kt atas, cinta yg hakiki memg cinta kpd-NYA..tp kamu msti ingt yg kamu msih mmpunyai kwn2 yg menyayangimu yg kamu bole hrapkn..ayie, ingatlah bhawa stiap dugaan yg datg adalah utk menguji sjauh mne keimanan n kesabaran kte dlm menempuhinya..byakkan brsabar ye..insyaALLAH, ada hikmah disebalik semua yg trjadi..peace no war utk ayie reshque..hehe~~

AkuOsi berkata...

ya, bahaya. >_< nice

AREIY ANIQUE berkata...

thankz ya semua dgn komen2 yg brguna,ngan yg like.sy hargai anda.mls nk ckp bnyk2,,nnt korang bkn bca pn komen ni pas ni hahahahaha..thankz olz..^L^,...LABIU.

iRa a.k.a RaRa berkata...

uhh..ok...welcome~~

AREIY ANIQUE berkata...

thankz ye rara yag sllu melawat hehehe,,^L^,

mardiana berkata...

nak entri lagi ^^

AREIY ANIQUE berkata...

bt masa ni,,xde idea lg lah mardiana,,idea xdtg2 lg,x tau nk taip ape hehehehe..insyallah,,lau idea tue dtg sy bt entri bru.huhu..thankz sudi dtg lg...ingtkn xnk dtg dah hahaha...^L^,

mardiana berkata...

hehe. dtg nak tgk ada x entri baru. tu yg slalu intai tu kot2 ada.

thinkingalways berkata...

ayie, best entry nie...
yup mmg mudah menuturkan cinta tpi ade ke yg phm maksud sebenar cinta...