Rabu, 4 Julai 2012
Isnin, 30 April 2012
aku suka D.L.K
kau yang maha pengasih dan penyanyang.dalam sujud sejadahku.ku mohon permudahkan lah setiap jalanku.apa yang ku pandang dan apa yang ku perbuat.semuanya hanyalah ingin menuju kejalanmu ya rab.andai tersalah kaki ku melangkah arah,maka kau bimbing lah aku di lorong-lorong yang tak mampu aku lalui.aku hanya lah insan kerdil yang hanya berbekalkan hati yang hanya mengharap pada redhamu ya allah.senjataku hanya iman dan taqwa.yang kadanganya tumpul tak berasah.
![]() |
| mencipta angan-angan ketika ada kesempatan |
![]() |
| ini bukan lah hujan.tp air mata dunia yang menangisi mereka |
![]() |
| tak akan pernah berhenti mencari redhamu |
![]() |
| aku sayangkan mak dunia akhirat |
![]() |
| jangan pergi mak...... |
![]() |
| selamat tinggal orang kampung.hijrah jalan terbaik buatku |
![]() |
| bantu lah dia mengejarnya |
![]() |
| kecian aku tengok |
![]() |
| yang di damba akan hilang |
![]() |
| kita di jalan yang sama |
![]() |
| jangan kecewa kerana allah ada bersamanya |
![]() |
| jalan di takdirku |
hidup seperti dalam kotak kaca
ayie reshque ^L^,..
Rabu, 18 April 2012
TAK ADA TAJUK
aku berlari lagi.mengejar sebuah mimpi yang aku tak pasti.dalam diari hidupku.aku sering menyesali benda yang pernah aku lalui.bukan nak menyalahi takdir illahi...diriku yang sentiasa dalam keadaan rugi.hanyut dalam kesesatan dalam duniawi.banyak liku-liku yang harus aku harungi.pernah aku tersesat di suatu simpang kehidupan.di dalamnya tersimpan seribu pengajaran.namun simpang itu lah yang membuat aku semakin tak faham.apa ertinya hidup.aku berlajar tentang hati,ada apa pada hati.hati yang sering di perkatakan orang.jauh aku mendalaminya.dalam hati segala-galanya ada.kata orang hati itu keras dan kata orang hati itu lembut.Aku di goda oleh satu perasan,iaitu perasan ingin tahu.
aku melihat banyak manusia menangis.mereka berlari sekuat hati,memerah keringat memaksa tangisan meresap kedalam diri.aku dapat merasa,ia amat menyakitkan.tapi atas alasan apa mereka menangis.mereka melebelkan dunia ini kejam.aku mula terfikir,mungkin ini di sebabkan tentang hati.
hati...
kau selembut sutera..
kau juga sekeras batu
namun kau sungguh mudah rapuh
baru lidah yang menyindirmu
kau sudah remuk seperti di hempap kayu
apa lagi bila dunia yang menghina mu
kau mesti hancur berderai tak berdebu
semalam kau di uji dengan satu harapan
kononnya kau sudah menemuai jawapan
tentang hidupmu di masa hadapan
tapi hari ini semuanya suram
bahagia yang kau idamkan hanya lah sebuah khayalan
kau seolah di permainkan
oleh dunia yang kau rasa kejam
ketika langit hitam menurunkan hujan
lalu kau memujuk aku dengan rayuan
gugurla air mata titisan demi titisan
ku cuba tahan,
namun kau tak ada kekuatan
lalu aku turutkan apa yang kau inginkan.
gugurlah air mata ,sederas hujan jatuh dari awan.
(belum habis)
ayie reshque ^L^,.......
Selasa, 6 Mac 2012
BERAT SANGAT HATI NAK MELANGKAH.
Hari ni.mula la 2 bulan lagi di sini.maaf ....
aku x dapat mengelak semua.aku x dapat tolong korang masa
masjlis tu nanti.semoga kau gembira dik.semoga majlis tu
berjalan dengan lancar.
jumpa lagi.
ayie reshque ^L^,.....
Khamis, 23 Februari 2012
BIAR AKU SAJA YANG RASA
semalam
di sini lah kami berkumpul
sebuah rumah yang begitu meriah
ayah dan mak tersenyum gembira
melihat anak-anaknya yang dah bahagia
masing-masing dah punya keluarga
kecuali aku yang belum berpunya
abang sibuk dengan anaknya
masih seorang tapi dah cukup nakal
kakak pula sedang di dapur
masak untuk suaminya yang sedang tidur
anaknya bermain dengan anak abang
adik...sibuk melayan isterinya
maklumlah pengantin baru
tak putus-putus bercerita dengan mak dan ayah
dalam sayu ku selitkan tawa
aku hanya menumpang gembira mereka
bodoh lah aku bercerita yang aku sedang berduka
senyum ku lebarkan ketelinga
cemburu juga rasanya
bila melihat mereka bahagia
____________________________________
giliranku pula bila?
layak kah aku mengimpikan bahagia?
dalam keadaanku yang serba tak ada
ketika dadaku sakit
kepala bagai nak pecah
dalam jaga mahu pun lena
jantungku berdenyut lemah hinga tak bermaya
hanya aku seorang yang merasa
dalam menahan sakit yang tak terkata
aku sering bekurung di bilik yang tak ada sesiapa
jam aku rasakan seperti saat
begerak begitu pantas
mungkin usia ku bakal tamat
sebelum tiba hari kiamat
dan macam mana pula mereka?
bila aku dah tak ada
apa kah dunia mereka akan terus bahagia?
menangis kah mak dan ayah?
ada lagi kah senyum dan tawa?
mesti mengalir air mata mereka
mengenang aku yang dah di alam sana
abang,kakak dan adik,
mereka pula bagaimana?
ada kah mereka juga akan berduka?
kawan.....
mereka tau kah bila aku dah tak ada?
senyap tanpa berita
hilang secara tiba-tiba
mesti ingat aku dah lupa mereka
biarlah apa mereka kata..
aku mohon maaf andai aku pernah berdosa
gurauan ku semua bukan bermakna menghina
gurauan ku juga bukan bermakna mengata
ikhlas dari ku ingin melihat kamu ketawa
di samping aku menumpang bahagia..
kenalanku banyak di dunia maya
tempatku berhibur saat aku berduka
di situ lah aku jumpa bahagia
bersembang dengan manusia
walaupun tak kenal paras rupa
terima kasih semua
melihatkan aku erti bahagia
bukan air mata yang aku minta
hanya doa yang ikhlas mungkin menyejukkan aku di sana
aku hanya mengharap dan meminta
ada insan yang akan terus berdoa
saat ini
aku masih lagi sehat..
jangan risau...
aku masih lagi mampu gelak ketawa.
betul..
berjalan kemana saja aku suka
mungkin... esok lusa aku dah tak ada
aku tak tahu bila..
.jangan sesekali jatuhkan air mata.
ayie reshque ^L^,.....
Isnin, 20 Februari 2012
KAU BUKAN BONEKA MURAHAN
itu yang kau kata?
ilusi yang kau jadikan jenaka
mengheret kau kelembah sia-sia
jujur aku ketawa
mungkin kau lupa
cinta dan sayang jangan kau jadikan mangsa
mereka sangat berharga
nilai sebuah harta
yang tak ada bandingnya
mereka tak perlu kau duga
saat kau kata
kau bukan siapa-siapa
sehingga kau sanggup mengadai nyawa
merobek hati sampai tak ada jiwa
hanya kerana menginginkan cinta
kau sangat pelupa
sampai dirimu kau tak tahu siapa
bukan cinta yang mengawalmu
bukan sayang yang menjeratmu
pada satu perasaan yang kau jadi buntu
sampai hatimu remuk jadi pilu
kau terperangkap oleh amukan nafsu
yang sering mengodamu
disitu lah kau lemah dan tersungkur kaku
oleh bisikan syaitan yang cukup syahdu
kau bukan bondeka murahan
merayu cinta untuk perhatian
ya...nilai cintamu tak ada tandingan
tapi kau manusia ciptaan tuhan
yang sering saja tak terlepas dari pandangan
hidupmu satu taruhan
adakah kau lepas dari ujian
atau terus hanyut dalam khayalan.
ayie reshque..^L^,...
Langgan:
Catatan (Atom)














.jpg)

