Ahad, 20 Mac 2011

LUAHKAN


kata hatiku.. luahakan lah
dengan kau berpuitis


secantik kau bagai mawar mewangi
tak ada yang kekal membangga diri
indah itu sekelip mata 
jaga lah kelopakmu 
biar hujan menimpamu
meski ribut menerjahmu
aku tak punya penawar untuk merawat
bila kelopakmu jatuh satu persatu,
ingin ku lihat kau tumbuh indah di tamanku
bersama harumnya aromamu

hujan itu membasahi
maka layu lah kau di luar kotak hati
warnanya juga semakin pudar

berapa kali ku cuba yakini
udara yang ku hirup ini 
adalah wangian dari aromamu
mungkin kau juga mendengar
tapi apa kan daya 
semua ni hanya impian yang terlerai

ingat pesan ranting yang telah memautmu
"bila kau jatuh pasti akan tumbuh bunga yang baru"


Sabtu, 19 Mac 2011

SELAMAT MALAM





S-EANDAINYA
E-NGKAU
L-EBIH KENAL
A-KAN DIRIKU
M-AKA AKU
A-KAN
T-ERSENYUM

M-ANIS UNTUKMU
A-GAR ENGKAU
L-EBIH TAHU
A-KU SENTIASA
M-MERINDUIMU

Rabu, 16 Mac 2011

LANGIT BIRU

aku memandang langit biru


Si kecil bertanya,,"kenapa langit berwarna biru?",,soalan itu di tujukan pada dirinya sendiri.si kecil itu lah aku.Langit yang biru itu lah selalu menemaniku.Bila aku meningkat dewasa,soalan itu  sentiasa saja bermain di mindaku.

Aku akan baring di rumput yang hijau,di tanah yang lapang,dalam cuaca yang cerah.untuk menikmati pemandangan langit yang biru.Kadang-kadang otak ku berfikir.Bukan kah langit itu hitam?.sentiasa saja menjadi persoalan di mindaku.

Aku suka memandang langit yang biru,ianya membawa ketenangan.jangan di hitung berapa luas lingkungan langit yang biru itu.Yang pasti ramai yang tak menyedari betapa indahnya ciptaan tuhan.

rumput yang hijau,
ianya menjadi alas belakang ku,
ini kah langit?
indahnya berwarna biru,
ini kah biru?
tenang sungguh warna ini,,
luasnya langit,,
langit memerhatikan ku,,
bagaikan bertanya,
kau mengagumiku?,,
kau menghargaiku,,
seolah langit berbicara kepadaku.

aku terus memandang langit,,
aku mula berbicara,
kau menaungiku,
sepantasnya aku mengagumimu,,
kau mendamaikn ku,
kau menyejukkan fikiranku,
kau menenangkan jiwa kerasku,,
tanya saja pada matahari yang panas itu,,
saat aku memandangmu,,
cahayanya juga sering menemaniku,,
bagaikan kau langit,,
pangubat dikala datang masalah membebaniku.

langit aku harap,,
mataku bisa lagi melihat indahnya warnamu,,
akan ku bisikan kegenerasiku,,
kau lah langit
kau lah kedamaian
kau lah biru
kau lah ketenangan
semoga hari esok dan mendatang
kau akan terus menemaniku
dan bila ku buka mataku,,
ada lagi langit yang biru itu

ESOK ADA LANGIT BIRU

Isnin, 7 Mac 2011

JANGAN HILANGKAN RASA KAGUMKU

tuhan acap kali aku cuba untuk mengagumi ciptaan terindahmu
acap kali itu juga cubaan sering menjadi benteng d hadapanku..
aku cuba untuk mengagumi satu ciptaan mu lagi..
kau kuatkan lah aku dan tabahkn lah aku..
jangan hanya kerana aku terlalu mengaguminya...
aku lupa akan diriku,aku lupa dengan namamu..
jangan hanya kerana aku mengaguminya,,
aku jadi buta dengan masa silam ku,,

NUKILAN KASIH TELAGA SUNYI

JAWAB LAH DENGAN HATI NURANI



Seandainya anak manusia berhati malaikat
Akankah dosa dianggap kebaikan

Seandainya kematian adalah sahabat manusia
Akankah kau terima neraka sebagai rumahmu

Seandainya dunia adalah surga firdaus
Akankah kelaparan dan maksiat dianggap kenikmatan

Seandainya fir'aun hidup kembali
Akankah kau percaya dia juga beriman

Jika anak manusia adalah anak-anak iblis
Bagaimanakah rupa kebaikan itu

Jika kematian adalah momok mengerikan
Apakah hidup lebih baik dari itu

Jika dunia adalah malam yang pekat
Apakah pagi adalah harapan yang tersisa

Jika cinta hanyalah topeng
Apakah kau tak percaya kebesaran tuhan

Jika tuhan telah bosan
Apakah kiamat adalah jawaban,,,

Ahad, 6 Mac 2011

LAYAN SEORANG DIRI PADAN MUKA

~Seminggu dalam keadaan demam memang sakit rasnya.~

....sakit kepala~
....sakit tekak~
....tekak yang amat gatal~
....sakit badan~
....hidung sempit dan selsema~
....badan sejuk dan mengigil~
....hilang deria rasa~
....tekak rasa loya~
....muntah~
....batuk teramat sangat~

Semua ni aku rasa sekali,,memang tak berdaya.macam dah jadi zombi rasnya.semalaman x bertidur hanya kerana melayani batuk dan sakit kepala.pengalaman ketika demam.

Selasa, 1 Mac 2011

masyaallah indah sungguh ciptaan tuhan

yang ku cari itu wanita muslimah,,
tahu tentang agamanya,,
beramal dengan ilmunya,
menyembunyikan kejelitaanya,,
jujur tutur katanya,,
manis tingkah lakunya,,
ikhlas dalam kesopananya,,
bila bejalan tak pernah mengangkat kepalanya,,
lemah lembut lontaran suaranya,,
memahami isi hati orang yang disayanginya,,
sentiasa tenang dalam sesuatu keadaan,,
tidak pernah cuba mengkhianati orang d sekelilingnya,,
sejuk hati dengan semua perbuatanya,,
tahu sebagai perananya,,
merajuk yang tidak berpanjangan,
malu yang tidak keterlaluan,,
salam di sambut dengan satu senyuman,,
tidak memilih setatus kekayaan,,
reda dengan ketentuan,,
akur dengan kehidupan,,
bersyukur dengan nikmat tuhan,
sentiasa cuba menasihatku yg sntsa dalam kealpaan,
mendoakan ku tak kira dalam kesenangan mahupun kesulitan,
tidak mementingkan perasaan diri,,
sentiasa mengambil berat orang yang di syangi,
tidak mengejar kekayaan duniawi,,
orang ini lah yang aku sayangi setengah mati,
kalau ada jodoh orang ini lah yang aku buat sebagai isteri.



Ketemu kah aku dengan muslimah sperti ini.aku pernah terserempak dengan muslimah sperti ini.ketika itu aku berada di feri,pelayaran selama satu jam setengah.sebahagian ciri-ciri di atas ada pada muslimah itu.tapi aku tdak mempunyai kekuatan untuk mendalami dan menjiwai muslimah itu.di antara beratus-ratus orang di dalam feri itu,hanya dia yang berbeza dari wanita yang lain.aku mengelarnya muslimah,kerana aku tak mengetahui namanya.dia hanya duduk dan diam,cara pandangnaya pada orang di sekeliling sungguh berbeza,tidak seperti yang lain.memandang 360 darjah.sepanjang perlayaran itu aku mengambil kesempatan memerhatikanya,dan aku juga menyedari dia juga memerhatikan ku.ternyata pandangnya padaku sungguh malu,terdetak hatiku untuk mengucapkan salam pada muslimah itu.kata-kataku di potong oleh sahabatku.bila saja muslimah itu lalu di hadapanku,,sambil tunduk tersipu malu.sepantas kilat "assalamualaikum" ku dengar dari sahabatku.lalu di jawab "walaikummusalam" dengan nada suara yang begitu ayu dan lemah lembut,di iringi satu senyuman.akhirnya pergilah dan hilang lah muslimah itu dari pandangan ku.mungkin dia bukan untukku.kerana aku tahu sungguh mustahil untuk aku terserempak lagi dengan muslimah itu.ini lah cinta sekilas pandang.


sekilas pandang keindahan ciptaan tuhan.