Isnin, 20 Februari 2012

PERASAAN YANG MANUSIA TAK SEDAR


puisi ni jawapan kepada persoalan seorang rakan di fb.
tercetus ketika membaca puisi beliau yang seakan
menafikan hadirnya cinta dalam dirinya.sedangkan
cinta itu adalah lumrah manusia.yang sememangya
sudah wujud dalam diri masing-masing.

siapa aku?
aku adalah cinta..
perasaan yang sekarang kau rasa..
aku duduk didalam jiwa
penghuni hati setiap manusia
kau masih tak percaya?
aku sering teriak tanpa suara
memanggil namamu hinga kau gulana
namun kau seperti leka
tak menyedari diriku yang nyata...

tiga purnama ku buat madah
menyusun kata yang cukup indah
ku kabarkan diriku...kau seperti tak endah

bukan keliru yang membuat kau resah
kau terlalu mudah menyerah
itu yang membuat dirimu rebah
tapi kau belum kalah
mencari cinta yang tak ada sudah

aku tak akan menjelma
rindu pasti tak akan kau jumpa
dalam setiap puisi yang kau cipta
aku sering kau hina
cinta kau kata tak ada guna
aku menjerit kau kata tak bersuara
cinta kau anggap pendusta
aku kecewa
aku terluka
oleh kata-katamu yang kau tak sedar rupanya

pergilah dengan hati terbuka
terjunlah setinggi mana yang kau suka
tapi cinta tak akan kemana
walau seribu kali kau mengelaknya
walau seribu kali kau membencinya
aku adalah cinta..
yang akan terpahat di dalam jiwa
tak akan lenyap sampai bila-bila.



ayie reshque ^L^,

Tiada ulasan: