merpati putih cantik menawan,, berkawan dengan si pipit kehitaman,, wahai cik adek yang duduk di kaki awan,, boleh kah abang memberi satu senyuman?....^L^,..
kesian si pipit tinggal di dalam kelam di tinggalkan merpati yang sedang terbang wahai cik adek jangan lah tak lena malam nanti abang pula yang gila bayang
pipit tak terbang dengan gembiranya, cuma merpati saja yang besuka ria,, adik dah lupa nak bagi ubatnya,, macam mana abang nak rasa bahagia dan ceria,,
14 ulasan:
burung merpati telurnya hijau
pecah sebiji di dalam cawan
abang pergi ke langit hijau
adik menanti di kaki awan
merpati putih cantik menawan,,
berkawan dengan si pipit kehitaman,,
wahai cik adek yang duduk di kaki awan,,
boleh kah abang memberi satu senyuman?....^L^,..
tinggi merpati tingginya terbang
tinggal sipipit di dalam kelam
tentu menawan senyuman abang
adik takut tak lena malam
^^
kesian si pipit tinggal di dalam kelam
di tinggalkan merpati yang sedang terbang
wahai cik adek jangan lah tak lena malam
nanti abang pula yang gila bayang
^L^, hahaha
haha. gila bayang ye. meh saya jawab.
merpati dan pipit terbang melayang
terbang bersama di puncak sana
jika abang gila bayang
elok lah cari pengubatnya
;p
tinggi sungguh ye merpati terbang
si pipit mengejar langsung tak berdaya
kalau adik sendiri yang buat abang gila bayang
mana pulak nk cari ubatnya
hahahaha ^L^,
merpati duduk dalam sarang
tinggalkan pipit terkulat-kulat
kalau adik buat abang gila banyang
adik boleh bagikan ubat
hoho. pantun gila.
hehehe..><
lama benar merpati di dalam sarang,,
si pipit memerhati cuma dari tempatnya,,
lama sudah abang jadi gila bayang,,,
adik cepat-cepat lah bagi ubatnya,,
hahahaha. nnt jd sewel. ^L^,
merpati terbang tinggi sakan
pipit tengok dukacita
mari sini adik ubatkan
mungkin abang dah jatuh cinta
hahaha. serius sewel dah ni.
pipit diam sakit terluka,,
merpati datang mengurangkan derita,,
kalau betul lah apa yang adik kata,,
rasanya memang abang dah jatuh cinta,,
hahahahaha adehh ^L^,
pipit terbang dengan gembira
merpati juga bersuka ria
kalau abang dah jatuh cinta
adik doakan bahagia hendaknya
hehe
tengok,,
pipit tak terbang dengan gembiranya,
cuma merpati saja yang besuka ria,,
adik dah lupa nak bagi ubatnya,,
macam mana abang nak rasa bahagia dan ceria,,
hehehe >,<
merpati terbang sampai tersesat,
digigit pula seekor kelawar,
jika abang perlukan ubat,
bolehkah senyuman adik jadi penawar?
hehe
hehehe
monyet naik pokok kelapa,,
memang dia binatang yang kuat,,
abang ingat adik dah lupa,
terima kasih kerana memberi ubat. ^L^,
Catat Ulasan