Khamis, 17 September 2015

ILHAM YANG MATI

~ilham yang mati~

sekian lama aku mengejar mimpi...
akhirnya aku kembali lagi kesini..

berbicara soal hati..
berbicara soal diri...

bukan itu....

dan aku semakin dewasa berbicara tentang dunia yang semakin tua...
dunia yang sudah semakin kurang akhlaknya...
dunia yang penuh dengan penipuan..
dunia yang penuh dengan pemerasan..
dunia yang sedang menuju kehancuran...

dan aku tak mampu bersuara....
menagih jawapan dari kebenaran...
dunia kita semakin lemah...
dunia kita hampir mati....

dan aku mula sedar....
bumi kita sedang menagis.

by: ayie reshque

Rabu, 12 Februari 2014

TITIK KEHIDUPAN





wahai dunia yang indah...
ada satu rasa yang tak pernah terungkap..
dari lidah dan bibirku yang sentiasa kelu
dari rasa hati yang tak pernah mampu aku tafsir
dari jiwa yang sering dalam kehilangan
merindukan pada titik permulaan kehidupan

ayie reshque

Khamis, 30 Januari 2014

Kebenaran Theweeklypay?





Assalammualaikum...hari ni aku nak cerita tentang satu virus yang melanda kat alam maya sekarang.Benda ni mungkin dah lama.Tapi kali ni aku saja nak kongsi dengan korang..mungkin bermanfaat untuk sebahagian para reader dalam blog ni.

Rasanya korang pernah dengar dan tengok tentang theweeklypay.Mungkin ada juga yang tak tahu lagi.Ok..mehh aku kongsi satu hal..theweeklypay ni ada lah satu sistem yang akan generate trafik secara percuma.dan setiap klik pada link tersebut akan di beri ganjaran us10$ pada pemilik link tersebut.mak ai kau jahhh.siapa tak nak kan?...faham tak ni?...dia macam ni...siapa yang register kat theweeklypay tu akan di beri satu link.kemudian korang kononya akan bekerja dengan mempromosikan link tersebut.setiap klik pada link tersebut bermakna anda telah mendapat 10USD.gilerrrr weiyyyyy lumayannn.

Hahahahaha memang lumayan...cuba bayangkan kalau seribu orang yang klik.hahahaha...tak pun cincai je lah....30 orang..dah berapa? hahaha cuba pula darab dengan ringgit malaysia.kau gilerr jah.... bukan susah pun kalau setakat nak dapat 30 klik..tapi masalahnya di sini.adakah benda tu benar-benar wujud atau sekadar muslihat dari sesebuah agensi untuk mengaburi mata orang dengan menjanjikan jalan mudah?...hahahah

aku dah kaji benda alah ni...semuanya hanya lah tipu muslihat semata-mata.Bagi yang punya otak dan fikiran pasti dah boleh syak yang benda ni memang ada muslihat.so kalau korang rasa nak cuba boleh juga.korang tak akan rugi apa2 pun.selagi korang tak ON OK dan send ke 32355.aku dah sampai takat ni.tahap dah nak keluarkan hasil yang aku buat.dan ternyata semuanya hanyalah muslihat semata-mata.harap korang semua tak akan terpedaya dengan semua tu.kalu korang nak cuba silakan lah..dan tengok macam mana perjalanannya.

ok tu je lah yang boleh aku taip.harap bermanfaat untuk orang2 yang mencari kebenaran theweeklypay ni.benda ni kalau setakat nak buat game boleh...tengok berapa ramai yang dah klik boleh hahahaha



notis: kalau sesesiapa dah berjaya keluarkan duit dari theweeklypay tu.sila info kat sini hahahaha


by: ayie reshque____

Khamis, 16 Januari 2014

besi yang bengkok




hati yang terluka umpama besi yang bengkok.walau di ketuk sukar kembali pada bentuk asalnya.lebih baik berusaha menyalakan lilin daripada menyumpah kegelapan.

Jumaat, 29 November 2013

MONOLOG HATI PENGEMIS 3



PART 3





aku bicara tentang merpati yang kepenatan
yang tak mampu mendendangkan siulannya
namun tak ada yang mengerti

aku bicara tentang warna pelangi yang ke lapan
warna yang terhasil dari sebuah kerinduan
namun tak ada juga yang mengerti

aku bicara lagi tentang puisi yang ku ciptakan
tentang rose merah yang masih kemerahan
sungguh tak ada juga yang mengerti..

aku bicara tentang awan putih yang membawa hujan di empangan
sedangkan gurun sahara kering kontang  ketandusan..
ternyata tak ada juga yang mengerti

aku bicara seperti  orang gila
entah kemana hilang siumannya
monolog yang tiada sudahnya


by ayie reshque






MONOLOG HATI PENGEMIS 2



PART 2



bukan sekali jiwa tenggelam dalam lautan buana
atau terperangkap dalam tembok karya yang tak tercipta
ketahui la...
puisiku bukan lah untuk jiwa yang sedang berlari.

ayie reshque

Selasa, 26 November 2013

DI PONDOK KECIL DI PANTAI OMBAK






"di.... pondok kecil...di pantai ombak..berbuih putih. beralun....alun..''

ia sebuah lagu...lagu lama.ustaz kazim pernah nyanyi lagu ni..suatu hari tu. ketika aku menonton tv keluar la iklan karoot komedia.dalam tu aku tedengar jep nyanyi lagu ni..tersentap hati aku masa tu.kemudian pencarian aku pada lagu tu pun bermula.lama aku cari..akhirnya hari ni...aku dapat juga cari lagu tu.berbelit tak ayat aku?...huhu..aku ni mudah sangat tersentuh masa tengok movie dan masa dengar lagu.tapi lagu ni buat aku nak nangis jer dengar.

lagu ni ada dua versi.satu ada muzik dan satu tak ada muzik.bagi aku yang tak ada muzik tu meresap sangat kat jiwa..korang percaya la.... pada hati-hati yang suci pasti menangis dengar lagu ni.ek elehhh kononya hati aku ni suci la ye.hehehe (poyo).heyyy korang kalau tak menangis.sentuh dada sebelah kiri pejam mata.tanya hati kenapa aku tak menangis? kenapa aku tak tersentuh?.pasti ada yang tak kena.klik link kat bawah.

http://www.4shared.com/mp3/_QqPgUcK/nadamurni_-_di_pondok_kecil.htm = <<< versi tak ada muzik


huhu aku jer yang sebenarnya ketinggalan.dah berkurun lagu ni sebenarnya.

''BUIH PUTIH''

bergetar jiwa dan sarafku
mendengar lagu tentang ayahku
perginya bukan seperti ombak
mengempas tepian pantai
datang dan kembali membawa buih putih
oh ayah...
kau pergi melepasi sempadan duniwi
menunaikan janji bertemu yang maha tinggi
tinggal la kami disini
berperang dengan diri sendiri

oh ayahku
doaku adalah hadiah buatmu
airmataku bukan tak merdhai pemergianmu
kenangan yang kau tinggalakan bersamaku
tak mungkin aku temui lagi

ya allah..
rahmati lah ayahku..
tempatkan lah dia kedalam taman-taman syurga
di temani dengan khairatun hisan
yang di cipta dari zafaran di syurga
semoga kau tenang di alam sana.

(untuk yang kehilangan ayah)
ayie reshque.